Thursday 27 December 2012

Buat Pasport


Assalamualaikum..okey semua, hari ni kite nak citer pasal buat pasport ye..al-maklum la, baru first time nak berjalan jaoh-jaoh pegi obersea gitew..jadi berakit-rakit la cik kiah 5 ketul tu pegi Imigresen..diketuai oleh Cik Suria yang dah ada pengalaman tu..

Ok, untuk korang-korang yang baru pertama kali nak buat pasport, jangan neves, jangan takot..camni caranya..memula, pegi dekat Portal Jabatan Imigresen ni..



pastu amek dekat Perkhidmatan Awam >> Pasport >> Pasort Malaysia Antarabangsa..sila klik di situ..

Bila dah klik situ keluar la terma dan syarat-syarat nak buat pasport ni..sila baca dengan teliti..download borang dekat tajuk Cara Memohon Pasport Kali Pertama (klik sini) dan print..sila print borang depan belakang ye (jangan nak print sehelai sehelai walaupun korang sebenarnye banyak stok kertas A4)

**kalau taknak print borang tu dan nak pegi amek dekat sane pun takpe..saya cuma suggest sebab nak jimatkan masa korang masa dekat Imigresen nanti je..**

Lepas tu sila isi dengan teliti..ala senang je..takde soalan hardcore macam jawab SPM pun.. (jangan jadi macam kak awien ngan wanie tau, print borang sampai 2 kali sebab silap isi..oppssss!! hehehe)

Bila dah siap isi jangan lupa bawak gambar 2 keping dan salinan fotokopi IC korang (walaupun sebenarnya dorang taknak pun salinan fotokopi IC tu, sedih tau ^_^')

muka penjenayah sensorang..moh la ke Imigresen..

nak tunggu ni lama sket..siap ada yang tertido..masa kat kaunter nanti, buat bayaran dan amek resit..lepas tu pegi tunggu tempat nak amek pasport..kitorang kira nasib baek sebab member kak sue ade keje situ, 15 minit je tunggu, pasport siap..*seronotttt :)

yeayy saya dah dapat..tapi wanie belom..

owh ni memang perkara biasa..suka buat drama..hahaha

ceceehhhh kak syila tu syok tengok gambar sendri..kak awien lak muncung panjang nak pakaikan baju dekat pasport beliau..

masih tak dapat..bergaya la ngan pasport pinjam..ekekeke

orang penting pada hari kejadian..kalau tak, mesti kitorang kelam tak tau nak buat ape..

saya dah ade pasport..nampak gayanya tahun depan kena la bercuti jaoh-jaoh pulak..ade sape-sape nak sponser?? (:

Sunday 23 December 2012

Cyst


Korang penah dengar pasal cyst? tau tak ape itu cyst? first time i dengar perkataan cyst from my cousin..tapi masa tu blur tak tau apa..pastu ada pulak tengok dekat facebook my friend cakap costumer dia berjaya kurangkan saiz cyst lepas amalkan herbalife..jadi sebagai seorang yang bernaluri ingin tahu, i pun menggoogle la ape ke bendanya cyst tu..and here it is..

Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovari..tumbuhan ini mengandungi cecair/fluids, samada air, cecair becampur protien, darah beku, darah haid , minyak dan lemak ataupun lendir..ia jugak boleh disertai dengan tumbuhan daging yang mungkin jenis kanser, rambut, cartilage, tulang dan lain-lain..



Cyst ni terbahagi kepada dua..ada yg normal dan tak merbahaya dan ada yang agak bahaya sampai kena operate..bagi cyst yang tak bahaya, ia sebenarnya adalah karung telur yang tidak pecah pada waktu subur (masa period la kan)..tapi hanya akan membesar pada saiz lebih kurang 5 cm, lepas tu pecah..cecair tu akan diserap oleh badan secara semulajadi..so, no worries..dan ini pulak jenis cyst yang agak bahaya dan kena operate :

  • Hemorrhagic cyst - cyst yang mengandungi darah
  • Ruptured ovarian cyst - cyst yang menyebabkan kesakitan
  • Endometriotic cyst of ovary - mengandungi darah kotor, merosak ovari, saluran fallopio dan rahim
  • Dermoid cyst ovary - mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage, gigi atau tulang

Symptom cyst adalah berbeza bagi setiap individu..ada yang rasa sakit dan ada yang tak rasa pape, sedar-sedar je dah ade cyst..biasanya doktor akan bagi pil perancang pada orang-orang yang dikesan ada cyst ni bertujuan untuk stop period buat sementara dan untuk monitor saiz cyst..

Memula i beranggapan cyst akan kena pada orang yang dah kawen je..tapi meleset..sebab banyak review yang i baca dari blog dan article, cyst ni tak mengenal status..asalkan nama perempuan, kita semua berisiko..gulp!! **telan air liur neves** so ladies, rajin-rajin la buat check-up untuk pastikan kite bebas dari cyst dan jugak penyakit-penyakit laen yang mungkin lebih bahaya..mencegah itu lebih baek dari merawati..

**tetibe terasa diri ini macam doktor sakit puan, hehehe..sekian**


Tuesday 11 December 2012

Eksplorasi Warisan 2012


"This is not a race..just enjoy your hunt..take time..jaga keselamatan, jangan lupa pakai seat belt..setiap team ada masa masing-masing and bla bla bla........" panjang lebar pesanan penaja sebelum kitorang mulakan race pada hari tersebut.." dalam kepala hotak asyik cakap jangan lelaju, nak makan angin je ni.."..eh lupe nak bagi intro..hye semua..ok sambung balik, disebabkan terpengaruh dengan pesanan penaja yang berpesan supaya jangan kalut, kitorang pun sangatlah relaks dalam race ni..sebab relaks sangat, kalah..hahahaha, padan muka kitorang..tapi takpe, pengalaman pertama..pasni kalau join explorace lagi, kompem boleh menang..hahahaha..jom flash back balik apa yang terjadi masa Eksplorasi Warisan dari Menara KL ke Menara Alor Setar ni..

team nombor 4 daripada 50 team..nampak sangat excited..awal giler register..

salah satu punca kalah..kete berat bawak barang banyak..ekekeke

tunggu flag off..sempat la beramah mesra dengan team laen..

muka semangat di awal pagi..

here we go bebeh..

destinasi pertama, Ipoh..dalam hati masing-masing cakap, kacang je ni..negeri sendiri..masa sampai Ipoh, masih seiring ngan team laen..kat sini kena cari nama kedai ikot clue yang dorang bagi..bagi kitorang yang otak berkarat ni, susah kot..clue pun berbelit-belit..huhuhuhuhu

tengok muka serius sensorang tengah pikir..masa ni habes semua kedai yang ada kitorang tangkap gamba sebab nanti dalam kete boleh pikir dan discus kot-kot nak tukar jawapan..tapi silapnye, kitorang spend masa lama sangat kat sini..dah tercicir..

Next destination, Muzium Arkeologi Lenggong..sekali lagi kitorang rasa over convident sebab selalu lalu jalan ni..tak bukak GPS, tak tengok tulips yang dorang bagi dan bawak kete lenggang mak limah..dah la tadi kat Ipoh lebih masa, terlajak pulak cari muzium ni, bertambah lambat la citernya..masa sampai ni, ade  berapa kerat je lagi kat sini..sedihhh..kat sini ada dua task, 2 orang kena masuk muzium dah jawab soalan, 2 orang lagi kena buat stone challenge..

ketok batu yang besar-besar godang ni atas batu lain untuk buat senjata dan pisau zaman purba..hah? terus terfikir, sepatutnye kak awien yang gagah perkasa yang buat ni..hahaha

tapi gagah jugak la aku ngan wanie nak ketok benda ni..sampai sakit sendi kitorang..akhirnya pecah jugak..:)

tunggu kak awien ngan kak syila jawab soalan..

lunch dekat Restoran Tasek Raban..bila panas dan lapar bergabung, makan siap senteng lengan baju..hahaha..lapar kot, breakfast dorang bagi donut je seketul..(nak cakap lapar jugak walaupun sebenarnye sebelum tu aku dah breakfast kat McD ngan syafiq, hahaha)

jom ke Juru pulak..

kat Juru ni pun kena buat challenge macam kat Ipoh, cari kedai..dan jugak kena buat kad Starbuck dan beli Christmas drink..pandai penaja kita ni nak meniaga tau..masa ni kitorang dah sedar yang team kitorang dah ada kat hujung tanduk dah..kak awien yang tadi lenggang mak limah dah mula pecut laju-laju sampai gegar stereng..hahahaha

Next station, Kubu Kota Kuala Kedah..ni la klimaks kelambatan team 4..team kedua last kat sini..kena jawab soalan sejarah dan maen meriam..

dapat in car aktivity 4..terus laju-laju jawab dengan bantuan incik Google..

Last check-point should be at Balai Nobat..tapi memandangkan dah tak sempat dan kitorang dah guna banyak masa penalty, kitorang terus je ke Menara Alor Setar dan skip jawab soalan kat balai nobat tu..dah hilang berape puluh markah kat situ..dengan rasa sengal dan bebal menguasai diri, masih mampu senyum bila jumpa makhluk 2 ketul ni..

tak nak berangan lebih, kalau dapat yang RM 500 tu pun cukup la..(ada hati, jawab soalan pun tak habes..sobssssss)

team yang sampai awal kat sini, boleh la balik hotel dan mandi dan wangi-wangi untuk penyampaian hadiah..tapi kitorang...

masih berlengas dan pecah minyak..

dah penat kan, makan kena la banyak..sambil neves tungg lucky draw..kot la dapat..hampeh..memang tak bertuah sekor-sekor..huaaarrrgghhhh!!!

dengan kecewa nak balik hotel, tegur la dorang ni dan melawak kasar mintak hadiah..sekali memang dorang bagi hamper tu..2 pulak tu..hahaha, malu tapi nak..

tenkiu team Fadhil..hehehe..nanti jumpa lagi kat explorace laen..:) 
mari lah pulang dan tidur..zzzz

sunrise di Alor Setar..segar walaupun sakit badan..

muka tak mandi pergi breakfast, pastu balik tido..

nak bukak stiker pun ade drama..camni la kalau giler camera..

sebelum balik, bawak kak awien jalan Alor Setar sedas sebab ni first time dia jejak kaki..macam aku, wanie ngan kak syila dah tak heran..kitorang kan belajar kat kedah dulu..

dapat tiket percuma naek Menara Alor Setar dan Menara KL..

walaupun masa belajar dulu dah selalu naek, naek lagi sekali..benda free..hehe

-- Selesai --

Wednesday 5 December 2012

Self-Campaign


On behalf Hanis Zalikha yang selalu bz sebagai artis, i nak buat kempen sket..ape kate supporters Hanis Zalikha sekalian dan kengkawan kita berdua (Farhana Azreen dan Tiffany Oii),  tolong naek kan rating viewers team kitorang..jangan missed satu pun tau..


Hit the video on youtube and keep watching..thanks for you're support..:)

Intro

Teaser

Episod 1

Episod 2

Terima kaseh daun keladi semua..bye (tengah tahan malu sebab promote diri sendiri, hahaha)


Monday 3 December 2012

Berjaya Langkawi


Sekarang musim cuti sekolah kan? musim orang jenjalan makan angin kan? ade sape-sape yang nak pergi Langkawi tak? tak tau nak stay kat mane? meh i suggest sket tempat yang i rase menarik dan berbaloi untuk u olls..tempatnya adalah *jeng jeng jeng.....................................* Berjaya Hotel & Resort..

Neves nak mula ni..sebab tempatnye cantek sangat, susah nak luahkan ngan kata-kata..yela kan, cantek tu subjektif..kang i cakap cantek, u olls rase macam biasa-biasa je..sedeh la kalau camtu, semangat citer sensorang, huahuahua..kalau dari jeti, lebih kurang 45 minit nk ke sini..u olls bleh pilih nak seaview ataupun rainforest..kalau bagi i dedua ni pun menarik..memula datang i dah nampak challet yang rainforest tu..waaa canteknyeee, nak dok situ..tapi dah booking yang seaview punye, tabahkan hati jugak la..sampai depan bilik, okey! sket pun tak nyesal pilih seaview..hehehe

Berjaya ni luas sangat, kalau dari receptionist ataupun dari challet nak ke tempat paking kete, dey olls ade sediakan shuttle..kalau u olls rajin dan nak jaga kesihatan, silakan la berjalan menuju ke bilik..kompem basah-basah ketiak (cakap ikot pengalaman ni, hahaha)..ok lah tak nak membebel tak tentu arah..nak tunjuk gamba je supaya u olls paham kat sini sangat lah awesome ^___^









sampai bilik, terus dengan jakun amek gamba bebanyak sambil lepak amek angin dekat balcony..



port fevret siang malam pagi petang..





yang berlampu tu restoran thai..

dah malam..selamat tidur..

bangun pagi..udara segar..tengok sunrise..terbaeekkk..

yang ni pulak mase jalan pegi tengok challet rainforest..nanti datang nak stay sini pulak..( verangans ^.^' )















sarapan..



kalau nak tan lebih bleh la salai badan u olls sini ye..





rasa tak nak balik bila dah duduk kat kerusi nih..



ni memang takde keje..bajet artistic habes la amek gambo sliper cenggini..kalau fipper tengok mesti nak amek i jadi photog dey olls..hahaha

Sebenarnye dalam kepala hotak ni ada banyak benda nak cakap, tapi speechless..kesimpulannya (macam karangan sekolah pulak kan ade kesimpulan siap,haha) kalau u olls suka nature, environment tenang dan ade bajet lebih sket, boleh la try stay kat Berjaya kalau datang Langkawi..untuk info lanjut, boleh tengok dekat website Berjaya Resort Langkawi ni..boleh view sendiri challet camne yang u olls suka, tengok rate dan buat reservation siap-siap..kalau booking awal bleh dapat diskaun sekali..selamat bercuti..

I'll update story cuti-cuti Langkawi ni later tau..