Tuesday 26 February 2013

Kenduri Berderet


Weekend haritu adalah hari makan free..sampai tak menang tangan, eh silap..sampai tak menang perut nak isi lauk pauk kenduri yang sedap tu (benda free harusla sedap kan) kenduri pertama adalah pada Jumaat malam..majlis akad nikah Kak Sue..esoknya lagi sekali repeat pergi makan rumah Kak Sue..omnomnom..walaupun selalu jumpa dorang semua ni kat office, still terasa kenduri ni macam majlis reunion staff dan ex staff company..:)

malam akad nikah..
pelamin..
batal air sembahyang..

:: Alzri & Suria ::
ketua kumpulan dah kawen..pasni tak tau la ada trip jenjalan lagi ke tak..uhukhukhuk

Wan dan Ain..
Kuchik dan anak-anak beliau..
ex staff GW..As si baju hijau..
yang belakang pengantin lelaki tu pun ex staff GW gak..Kak Mas..

Setel la mission makan free hari Jumaat dan Sabtu..bersambung pulak ke hari ahad..ada dua kenduri berderet..rumah En. Saiful (panjang) ngan Kak Siti..kenduri naek buai..baby boy vs baby girl..

baju biru tu Kak Farah (wife panjang)..lupa lak apa nama baby..
Adeeb..


yang senyum comel bertudung biru tu Kak Siti..yang tumpang sekaki tu Fatehah dan Anis Humaira..baby baru namanya Hana Aqilah..:)


sesi bergosip sambil menghadam makanan..

~ SEKIAN~

Saturday 23 February 2013

Anniversary


Korang ingat bercinta je ada anniversary? takseindahmana pun ada anniversary jugak la..dengan ini, diumumkan, takseindahmana dah genap setahun..yeayyyyy, semua tepuk tangan cepat..*ini paksaan*

Dalam setahun ni macam-macam yang dah aku bebelkan, share dan paksa korang baca..ada yang boleh pakai, ada jugak yang merapu takde motif..harap tidak lah mengguris hati sesiapa..kalau tak suka, jangan la tengok lagi ye..:)

Terima kaseh jugak kepada kengkawan yang selalu usha takseindahmana, yang selalu cakap "wei cepat la update blog..", yang selalu bagi sokongan padu dan jitu..jutaan terima kaseh jugak kepada facebook yang menjadi orang tengah kepada pembaca-pembaca takseindahmana ni..(pasni boleh la keluarkan sijil penghargaan kat Mark Zuckerberg, hahaha)

Harapan untuk tahun kedua ni semoga lebih ramai viewers dan followers supaya boleh celen Hanis Zalikha..okey ini perasan namanya..booooooooo untuk diri sendiri..

Sekian saje wish dan harapan poyo dari saya..peace..:')




Friday 22 February 2013

Tutorial Remove Followed Blog


Cewah tajuk macam educated bila guna perkataan "T.U.T.O.R.I.A.L"..hahaha..okey, entry ni sesuai di baca oleh blogger-blogger noob macam aku..(lagi skali nak gelak) hahahahaha..okey, stop!! hamboi, kalau bab gelakkan orang, suka..seperti yang dah terang lagi bersuluh tu, harini saya akan mengajar kawan-kawan noob sekalian untuk remove blog yang kengkawan noob follow, tapi dah lama berabad berhabuk dia tak update..walaupun aku sebenarnye takde la follow ramai orang, tapi aku agak rimas bila nengok nama blog yang takde ke funtionnya dalam list blog yang aku follow..

Aku tanye la sifu blogger kat office yang konon dah lama gila ada blog..lepas dah godeh dia kata, "oo ni template baru, tak tau r camne nak delete dah.." what?? takpe-takpe..aku tak putus asa..aku pun google la camne caranya..tapi banyak yang cakap klik button Manage sebelah button Add..celah mane button manage?? damn.. setelah hampir-hampir aku hempok laptop ni sebab geram sangat, baru la tau caranya..meh aku share sket..orang kata tak baek kedekot ilmu..:)


Langkah 1 : Pergi ke Blogger Dashbord
nampak tak kat tepi sebelah kanan tu ade icon untuk Manage Reading List? ok klik situ..

 Langkah 2 : Manage Blog
bila dah klik tadi, keluar la page ni..pandang sebelah kanan, nampak perkataan Setting tu kan? klik..

 Langkah 3 : Sila lah kick mana yang tak berkenaan
nanti keluar la pop-up ni..sila klik Stop following this site..(tapi kadang-kadang sebelum keluar macam ni, dia ada suruh login dulu..yang tu ikot suka hati korang la nak login guna google ke twitter ke atau apa-apa pilihan yang dia bagi)

Settle..senang je kan..lepas ni jangan noob sangat..LOL!

Wednesday 20 February 2013

Hutan Lipur Ulu Kenas


Weekend haritu adalah mission mandi manda bersama tetamu jemputan..nak tau sape, tunggu jap lagi..dengan semangat berkobar-kobar pagi tu berlari pergi Mydin beli barang nak masak..siap masak je terus pecut lelaju ke Kuala Kangsar (walaupun otw tu berdebar-debar sket sebab nampak macam nak hujan)..dan inilah hasilnya..mempersembahkan..........................

ini wanie *semangat hajak orang, tapi dia tak mandi*
ini hafizan *tetamu jemputan wanie..abaikan gambar kak awien tengah bermesra dengan jejaka misteri kat blakang tu..haha*
ini kak syila *dia pun sebok taknak mandi jugak*
ini tempatnya..Hutan Lipur Ulu Kenas..
perkara pertama kena buat..cop tempat..
orang laen lepas cop tempat terus mandi..tapi kitorang bertiga cop makanan lak..berebut ngan orang laen..*sorry la terburuk lantak jap, hohoho*
wan dan famliy *cewaahhhh, family la sangat*
haa muka gua memang teruja lebih kalau dapat berendam, hahaha..*yang botak bajet seksi pakai baju puteh tu namanya san*
kecut dah sensorang..sejuk gila habaq hang..ketaq oo..
**kredit untuk camera baru wanie sebab dah menyumbangkan gambar-gambar kat atas**

Friday 15 February 2013

Orang Kawen Anak Emas Masuk Asrama


Pertama sekali, jangan terpedaya dengan tajuk entry yang mengelirukan tu..kedua, disebabkan kemalasan berganda, jadi la cerita bergabung camni..sekian..

Cerita pertama, geng rumah bujang dekat MDJ dulu dah selamat jadi bini orang..terharu tsk tsk..tinggal lah daku seorang diri yang tak kawen lagi..tapi takpe, belom taraf andartu..hewhewhew..dengan semangat berkobar-kobar, pepagi buta gerak ke Kota Bharu..pastu sebab awal sangat gerak, belom kul 11 dah sampai Jeli..sebab awal tu jugak, baru la teringat nak roger kak tie..nasib baek available..ade la geng nak pegi kenduri..yehuuuuu..

sebab sampai awal, rasmi pelamin dulu..itu kawan saya..nama dia min..:)
dari kiri..kak nor, kak tie dan anaknye, min si pengantin dan erin si bujang..:) *apsal pose aku macam kopipes dari atas je, huhuhu*
rombongan dah sampai..sebab malas nak berpanas, tengok dari atas jela..:)
Selamat pengantin baru Min & Amir
-- Tamat Bab 1 --

Cerita kedua, rabu lepas pulak adalah sesi mengantar anak emas En. Ismail dan Pn. Sakinah masuk asrama..berat hati si anak emas nak masuk asrama dan tinggalkan dunia berpoya-poya dia, berat lagi hati si ibu nak melepaskan anaknya berdikari..sebab kat rumah jarang buat kerja, tak tahu la boleh survive ke tak..tapi dari penelitian yang aku buat, aku rasa Nica ni kental jiwa raga..jadi rasanya takde la jadi macam Farid dulu..duduk asrama  tak sampai 2 bulan, lari balik rumah..*aptb*

dia memang semangat nak tinggalkan kitorang..sobs sobs (eh apsal aku lak yang sedih ni? huhu)
sesi pendaftaran yang telah mengurangkan bilangan kertas biru dalam beg duit puan besar..
lepas daftar, dapat bilik..sempat la berkenalan..sorang budak kelantan, sorang ipoh dan sorang lagi gerik..
sesi mengemas loker..

dah siap kemas bilik, semua pegi dewan balik untuk majlis perasmian dan simbolik pendaftaran pelajar baru..tak sangka pulak budak ni yang jadi wakilnya..dah ma ngan abah tersipu-sipu kena naek pentas..hahahaha
tau apa budak ni cakap? "tak sangka 1st day dah glemer camni.." wakakaka, dasar si gila glemer!!!
Last sekali sesi bertemu homeroom..macam-macam soalan ibubapa semua ni..jenuh cekgu tu nak jawab..
Dah setel semua ni, tinggal lah si anak emas tu kat asrama..mudah-mudahan okey la dia kat sana..sedih pulak rasa..lepas ni kalau balik rumah, takde dah budak mengacau malam-malam cakap "along, nak maen game kat henpon jap.."..takde dah budak yang nak kena buli suruh amek itu ini bila aku malas..takde dah budak yang selalu layan k-pop kat rumah dan macam-macam takde lagi..sedihhhh..ma pulak hilang geng nak menyembang, hilang geng nak ajak kuar pekan..tahun depan kalau Farid pun masuk asrama, ma ngan abah jadi bujang kembali la jawabnye.. :)

-- Tamat Bab 2 --

Thursday 14 February 2013

Matang


Kalau keluarkan stetmen silap, orang mesti kate "lu ni tak matang la.."..kalau suka merajuk, orang mesti kate "awak ni tak matang la.."..kalau selalu buat bende pelik orang cakap "ko ni tak matang la.."..haa habis semua ada sangkut paut dengan matang..silap sket je, terus declare tak matang..meh kite flashback balik apa sebenarnya yang tak matang tu..

Dulu masa zaman sekolah, taip mesej kat kengkawan "kowang, na kua ta? nati jgn lupew roger taww!" hamboi lembut betul nada dan intonasi sebutan..mengalahkan orang takde gigi bercakap..dengan mengeja tak cukup huruf, kesian cekgu sekolah mengajar bersungguh-sungguh..last-last  anak murid dorang sensorang becakap guna bahasa penduduk marikh..bila dah besar sket baru la reti bahasa oo gediknye guna bahasa macam tu..ok, dah matang sket..

Dulu masa memula kenal cinta, kalau ade boypren gepren keje nak expose je..bia orang tau kononye dia tu hot stuff, dia ade boypren ade gepren..gambo kat frienster (yela, zaman dulu pesbuk takde lagi) sume gamba laga-laga kepala ngan cinta hati..sampai orang laen yang rasa meluat nak tengok profile dia..bila orang komen mula nak melenting cakap jangan jaga tepi kaen orang..sebenarnye adek-adek yang tak matang hoi, tu bukan jaga tepi kaen, tapi kakak-kakak abang semua cuba nak bagi korang tu sedar diri..sekarang bila dah selalu bercinta putus bercinta putus, baru reti bahasa nak cover-cover sket..haa, setapak lagi dah matang (tapi ni pun tak semua yang sedar..)

Dulu masa tak cukup umor, bila mak bapak tegur sket mula la nak hentak-hentak kaki masuk bilik sambil hempas pintu kuat-kuat..rasa puas hati habes la kan buat macam tu..konon hebat boleh protes..pastu berkurung dalam bilik lelama sampai mak bapak pulak yang kena merendah diri pegi pujuk..haisshhhh bebudak..sekarang baru la sedar oo tak perlu kot sampai camtu nak protes..boleh cakap lelok kot..haa, dah makin matang kan..

Malam semalam sebab bosan sangat takde ape nak buat, aku godek la entry lama kat blog ni..mak aih, dulu camni ke gaya penulisan aku?? tak profesional langsung..dan sebab dalam topic matang, aku kategori kan dulu aku menulis blog tak matang..hahaha, sebab aku banyak guna shortform macam hantar mesej kat jiran sebelah rumah..hahaha, pengaruh SMS la tu..kata short, tu yang habis semua konsonan aku buang..asal boleh paham je..mintak maaf la ye..sekarang aku cuba untuk membuat cara penulisan aku menjadi matang..(walaupun kekadang aku mengeja tak betul sebab huruf 'i' selalu jadi 'e'..bak kata syafiq, bad habit die hard..hehe)

Haa dah paham ke idok? bila dah tua bagka ni tolong la ye jangan buat perangai tak matang..kang ada pulak yang meluat nak layan..yela, kalau silap sket tarik muka, sentap, emo seharian..hadoiii jenuh la pulak kan nak mengadap..jadi pesanan penaja untuk hari ni, apa kata yang mana perangai tak matang lagi tu, belajar untuk kawal keadaan dan jangan ikot perasaan, baru la matang tahap boleh kawen terus..okey tak lawak dan takde kena mengena..bye..

tapi tahap tak matang aku belom mendorong aku untuk menaip sebegini rupa..choiii, tak paham gua..:)

Monday 4 February 2013

Ketombe


Ketombe atau kelemumur atau nama saintifik pityriasis capitis merupakan satu fenomena biasa yang dialami oleh 50 peratus manusia di seluruh dunia..keadaan ini disebabkan oleh kehadiran sejenis yis iaitu malassezia globosa di permukaan kulit kepala yang memakan sebum kulit (lipid) dan kemudiannya mengeluarkan sejenis molekul..molekul yang dirembes ini punca kulit kepala menjadi berkuping dan terjadinya kelemumur..bila dah ade kelemumur ni mula la asek nak garu kepala je..kalau sehari tak syampu rambut pun dah rasa azab gila..pastu confiden level pun menurun bila ada orang tegur, "eh ade kelemumur la kat kepala awak..!!" oh, terima kaseh awak sebab concern (tapi tolong jangan tegur kuat-kuat depan orang hoi!! itu bukan concern, tapi menjatuhkan namanya..paham? kalau nak cakap pegi bisik pelan-pelan belakang pintu supaya orang laen tak dengar, huhuhuhu..)


okey, geliiii..

Kalau nak tulis sebab kelemumur ni bleh ade atas kepala, banyak gile weh..tapi meh aku senaraikan punca-punca yang aku rasa glemer dah menjadi penyebab kepada ramai orang :

  • Seborrheic dermatitis - gatal-gatal dan kulit kepala berminyak
  • Kurang mencuci rambut - sebab kalau jarang cuci, minyak dan sel kulit kepala akan jadi tebal dan terhasil lah incik kelemumur..
  • Produk penjagaan rambut yang tak sesuai - oleh itu, kaji dulu syampu ape yang sesuai..jangan maen balun je..
  • Kekurangan nutrien penting - ni boleh kira sebab faktor pemakanan la kan..jadi sila pilih makanan seimbang ye kawan-kawan..
  • Tak cukup tidur, tertekan, letih dan gelisah - jadi sila rehat secukupnya dan jangan stress sangat..

Dan ni pulak cara-cara nak mengatasi masalah kelemumur :

  • Guna syampu anti-fungus..agen seperti ketoconazolebifonazole dan ciclopiroxolamine (juga dipanggil ciclopirox) yang terdapat dalam formula berlainan seperti krim, gel, losyen dan syampu boleh membantu mengatasi masalah ni..yang ni takde hal sebab kat pasaran sekarang pun besepah syampu anti kelemumur..antara sesuai ke tak je nak guna..tapi korang kena ingat, syampu anti kelemumur selalunya berkesan sebanyak 99.9%..kelemumur ni pulak adalah kaum kerabat kulat, jadi baki 00.1% tadi bila-bila je boleh merebak jadi banyak dalam masa 24 jam..kiranya syampu lebih kepada merawat, melegakan dan mengurangkan jela..takde sampai tahap nak menghilangkan..sebab kalau dah hilang terus, lepas ni korang takde la beli syampu anti kelemumur lagi, rugi la syarikat syampu tu nak habaq hang..
  • Rentetan dari gejala dari point pertama, apa kata korang yang ada masalah kelemumur ni rajin-rajin la sket merawat kepala korang ngan cara alami..senang cite pakai bahan tradisional..jangan pandang enteng ye sebab sesetengah tu memang mujarab..ada yang guna daun pandan, santan dan yang paling glemer pakai limau purut..tenyeh dan sental la puas-puas kat kepala tu..
  • Sebelum ni banyak la orang cakap kelemumur tak berjangkit..hah ye la tu..semua tu stetmen propa dan helah syarikat syampu je..yela bila cakap camtu ramai orang gesel-gesel kepala pastu jangkit..pastu ramai la jugak yang beli syampu anti kelemumur..pastu syarikat tu pun untung lipat kali ganda..kita ni dok situ jugak kelemumur berkepu-kepuk..dah nama pun kelemumur tu fungus a.k.a kulat..dah sah-sah la kulat tu merebak dengan cepat..makanya lepas ni jangan share sikat dengan orang yang ade kelemumur..cakap kat dorang leklok bukan sebab kedekut, tapi secara jujurnya, tak larat nak menanggung salji yang mencurah-curah..

Macam orang cakap, rambut adalah mahkota wanita..terutama awak yang free hair tu kan, silap sket nampak terus..yang pakai tudung lak jangan la pikir takpe takde orang nampak rambut aku..balik rumah bukak tudung, nah rambut kau, nauzubillah..kena la rajin sket kalau nak cantek..bukan wanita je, laki pun sama..kalau rambut bau kepam, nak dekat pun malas..:)