Thursday 3 April 2014

Bila Aku Terkenang.....


*sila abaikan tajuk entry yang sedikit macam harem tuh


Lama betul rasanya aku tak jumpa dia ni. Padahal kalau tak silap baru minggu lepas bertentang mata sambil ngadap teh tarik lepas balik dari Hospital Pantai. Tapi situasi masa tu tak sama macam selalu. Sebab dah lewat malam dan dah masuk waktu tido princess. Jadi otak tak berapa loading nak nyembang banyak. Dalam tak loading tu sempat jugak la aku paw lighter dia. Ekekeke.

Kalau dulu, setiap kali lepas balik kerja confirm mengadap. Dah mengalahkan pasangan kapel pulak kan hari-hari kena jumpa. Bukan apa, rasa macam masa tu dia jela yag ada dan paham semuaya. Plus, dia jela kaki merayau dan melayan aku. 

Mana tak nya, dedua pun gila. Kalau lapar, mau pergi cari makan sampai ke Penang. Kalau panas, mau panjat Cameron Highland cari sejuk.

Gila aku rindu weh nak macam dulu tu.

Rindu nak nanges-nanges bila tak dapat nak elak kura-kura melintas tengah jalan. HAHAHA~

Rindu jugak nak baca update blog gila dia tuh! Tapi sejak dah keluar daerah ni, jarang pulak dia meng-update. Agaknya dah takde idea sebab dah lama tak membodoh dengan aku kot.

Kawan sama tarikh lahir, if u alert this, I MISS YOU





*psssttt, suwit tak gua? hahahaha

Tuesday 1 April 2014

YBU Fun Ride


 Hollaa.

Kalau cakap pasal program anjuran YBUDR, biasanya mesti sinonim dengan bantuan kemasyarakatan. Tolong orang miskin, turun padang, program amal dan seangkatan dengannya. Tapi kali ni kita buat program lain sket. YBU Fun Ride. Program mengayuh basikal membakar lemak dari Rumah Sukarelawan YBU ke Bercham. Sampai Bercham, ada majlis gotong royong kecil-kecilan (see, still ada bantuan kemasyarakatan).

Apa yang best pasal YBU Fun Ride ni, tak sangka ramai jugak geng-geng verteran join. Kagum aku dengan semangat pakcik makcik ni semua. Kalau team bikers, memang tak heran sangat sebab deme banyak kederat, selalu berkayuh kesana kesini. Setakat ke Bercham tu apa sangat la kan. Tapi bila makcik pakcik yang dah nampak macam tak larat, tapi semagat jugak nak berkayuh naik beskal tua, itu memang buat aku terharu. Rasa macam nak turun kereta pergi amek autograph je. Salute!

Sebab dapat sambutan meriah, maybe next time kitorang buat lagi program macam ni. :)

Pendaftaran peserta mula seawal 7.30 pagi. Masa ni mata aku pun bengkak lagi sebab tak rela kena bangun awal. Jadi, aku takde dalam gambar. Hehe
Ready nak flag off. Yang kat depan pandang bawah tu KP Perak dan jugak merangkap Bos aku. Sebelah dia tu YB Maslin Sham. Deme pun semangat nak berkayuh.
Nampak tak? Ada makcik ada pakcik ada adik-adik, ada semua lah. 

Ini orang penting YBU. Takde Mira takde la gambar best. Hehe
Ini pun orang penting jugak. Takde aku, YBU tak heran pun. Wakaka sadis. Menyibuk nak jadi paparazi jugak. Muka ter-excited + rambut barai kena angin kencang duduk belakang hilux + otot perut sakit tahan keseimbangan badan bila Abang Jep bawak laju.  
Sampai dah kat Bercham. Tengok muka deme, macam tak penat je. Kompius  -___-"

Muka happy tamatkan kayuhan yang tak seberapa penat tuh.
Ini pulak simbolik kedatangan Skuad Sukarelawan datang bersihkan kawasan. Tolong tebang pokok, tanam pokok, cat pagar, cat rumah, sapu sampah dan macam-macam lagi.


Ini geng cik kiah, penat tolong tengok saje + bergosip sepanjang hari. ihik!
Bila orang dah dekat nak balik, pegang la berus cat kejap. Nanti kalau bos tanya, boleh cakap tolong cat tingkap. Siap simpan bukti bergambar. HAHAHA~
Lepas tu, ada makn tengahari dan lepas tu jugak balik. Yeayyy boleh sambung tido. Dasar si pemalas!