Sunday, 28 April 2013

Lost World Hot Spring


Kebaikan mandi manda kat kolam air panas :

  • Boleh menghilangkan stress
  • Membuatkan tubuh lebih bersih
  • Melancarkan peredaran darah dalam tubuh
  • Membuka pori-pori dan membuka liang atau ruang pada kulit
  • Boleh menurukan 13% kadar gula dalam darah (penyelidikan oleh New Zealand Medicine)
  • Memperbaiki kesihatan jantung (penyelidikan oleh Jepun)
  • Mampu mengatasi ruam atau jangkitan kulit
  • Mampu mengeluarkan racun atau toksin
  • Menyembuhkan sakit otot dan menjaga usus besar
  • Membantu dalam penyembuhan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kaki
  • Menghilangkan lenguh-lenguh badan
  • Tidur lebih nyenyak

Disebabkan nak mengkaji fakta-fakta disebalik kebaikan mandi air panas tu, semalam kitorang pun berakit-rakit la pergi kat Lost World Hot Spring..selalu pergi berjimba kat lost world ni time siang je..kali ni tuka strategi, layan air panas malam-malam..

Asalnya plan nak ke Ulu legong kat Baling, Kedah..tapi bila pikir balik macam jaoh sangat pulak..jadi layan dekat-dekat punya je lah..yang bestnya kat sini ada kolam air panas dengan suhu yang berbeza..kiranya memula tu boleh la warming up masuk kolam yang suam-suam kuku dulu..pastu ada gak refleksologi kat dalam air (jalan atas batu dengan air panas boleh membantu melancarkan peredaran darah dan baik untuk kesihatan) dan yang paling best masuk sauna cave..tapi yang ni serious buat aku sesak nafas..panas gila weh, terus batalkan hajat nak bertapa dalam tu lama-lama..









mandi tu mandi, tapi henpon tak tinggal..
ingatkan aku sorang je yang takleh berpisah dengan teknologi..hehehe


haa ni la dia..kat pintu gua tu ada tulis takleh duduk dalam ni lebih dari 5 minit..memula konon nak pertikaikan apsal kejap sangat, tak sempat la nak feel..sekali masuk, meloncat-loncat nak keluar..ni kira yang paling panas la..masterji je bleh layan duduk dalam ni lama-lama..
sebelum balik sempat la melayan san yang konon artistic sangat tu..

Kalau teruja sila lah datang sini sendiri ye nanti..tiket masuk RM15/person..tapi kena datang awal sikit, sebab hot spring ni bukak sampai pukul 10 je..

Sunday, 14 April 2013

Perak vs PKNS


Hollaaa..ini pengalaman pertama si jakun masuk stadium..maklum lah, orang tak minat sukan..ini pun kebetulan atas dasar kerja, maka dapat dan berpeluang la si jakun masuk stadium tengok bola..tapi tak semangat pun, sebab tak kenal player dan tak tau pape pasal bola..*terasa diri ini sangat lah useless dalam bab sukan, haih..*

Memandangkan stadium Ipoh masih dalam proses baik pulih upgrade lampu, game kali ni dekat stadium Lumut..bapak jaoh kan..terpaksa la kami si penjaga tiket ataupun lebih mesra dikenali sebagai "sukarelawan" datang awal..sepanjang nak tunggu bukak gate, game mula sampai game habis asyik terpikir nak pergi makan seafood je..ehehehehe

Game malam tu menyaksikan keputusan seri 2-2 Perak dengan PKNS..haih ape la tu pun takleh menang..meh nak review sket berdasarkan pemerhatian saya sebagai seorang yang bukan kaki bola..mula-mula game tengok dorang maen macam sukan zaman sekolah je..bayangkan 10 minit pertama PKNS dah score..ayam betul team Perak ni..nasib baek lepas tu boleh kejar balik..memula masuk separuh masa kedua lak Perak score lagi sebijik..baru nak hepi konon Perak menang la..dah PKNS goal lagi sebijik..pastu semua player dah semput..tak dapat la mereka menambahkan bilangan goal yang ada..sekian..

itu dia abang Peros tengah garu-garu kepala sambil berkomitmen lebih jaga gate..sementara kami berpeleseran dan bergosip kat belakang..hehe
stadium kosong je..bukan team favorite kan..
penyokong nan sejemput..
drama betoi..kadang-kadang jatuh sket je..tapi golek lebih..patut la ramai player bola bercinta dengan artis/pelakon..amek feel nak berdrama rupenya..haha



keputusan separuh masa pertama..
itu dia, rembatan kencang dari player perak yang tidak dikenali namanya..hahaha, maafkan saya..
Sehingga bertemu lagi untuk game akan datang..dan skill mengenali player akan di upgrade demi kepuasan semua pihak..bye..^__^"

Wednesday, 10 April 2013

Fawaz BeautyQ Collection


Assalamualaikum gegurl semua..haa boboy pun kalau nak join group takde hal..hari ni nak promote sikit tau..betul ni..janji..sikit je..adek kakak makcik semua meh tengok kaen meh..kat sini ada kain sari chiffon dengan kain sulam vietnam..kalau berminat ke hape, sila contact direct dengan tuan tanah Fawaz BeautyQ ye..:)














Seronok cuci mata? nak lagi seronok? sila klik sini..TQ ^___^