Friday 13 November 2015

29 Oktober 2015


Hai semua.

Well, tau cerita ni dah agak basi. Berkepam. Baru ada masa nak update. Hahaha. Apa nak buat, sentiasa buat-buat busy mengadap timbunan kerja sampai dah tak berapa ada life. Uhukhukhuk.

Seperti biasa setiap 29 Oktober menandakan tambah satu lagi angka.
Untuk 2015, aku bersyukur masih dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, masih bersama keluarga bahagia dan baik, diberi peluang merasa nikmat dapat husband baik (up la sket husband sendiri, hehehe) dan semua yang baik-baik la. Terima kasih untuk semua yang mendoakan, yang meraikan dan yang menggembirakan hati kecil ini. Tak tau nak cakap macam mana, cuma sangat terharu je. Untuk 29 Oktober yang ke 28, rajin kawan-kawan kesayangan ni bawak main tiup-tiup lilin.

Tapi sebelum tu dah kena operasi tepung tawar dulu la. Penat pastikan line clear dan keadaan terkawal, sudahnya kena jugak. Redha.
Selebihnya macam biasa la, mesti penuhkan memory phone dulu. Acah-acah model 90-an. Ekeke 





Tak berseni betul tulisan orang kedai ni. Rasa macam tulisan adik aku pun lagi cantek. Eh syukur, tak nak complaint. Zzzz
Terima kasih semua.
Nampak tak. Dalam diam ada orang cuba nak tikam kitew depan-depan. Padahal masa tu dah ready nak angkat ponggong nak balik. Sempat lagi, Grrr! You owe me Miera, tunggu bulan 12 nanti. *dengan nada dan mood syaiton, hahahaha*
Lagi sekali, R.E.D.H.A.
Lepas 2 minggu berlalu, ingatkan semua celebration dah tamat. Sebab dah sampai turn untuk meraikan orang lain dah pun. Tapi sangat tak sangka tetiba eh, ada lagi yang sudi nak belikan kek. Hehehe. Maaf kak irin, terpaksa belated birthday girl ni share kek dengan birhday girl.

Terima kasih kepada pembeli kek. Terus dedua orang feeling muda remaja balik. #youknowwhoyouare ☺
Ni taktau la nak gelak ke nak nangis. Happy terlebih kot. Tu yang muka pun jadi semacam je.
Sebenarnya nak cover nervous memula tengok kek. Ingat si pembeli kek tersilap letak nama. Maklum la, IRIN & ERIN tu dah dekat-dekat sama. Tanjat kitew tau. Hahaha
Akhir kata, terima kasih pada semua yang wish dan pada semua kiriman doa. Terima kasih jugak pada yang sudi celebrate, yang sudi bagi hadiah, yang sudi macam-macam lagi. Terasa diri ini disayangi gitew. Hehehe. Happy Birthday jugak untuk kakak kuat meroyan kitew, Irin Fauzi. Hidup Scorpio! Kasi sengat sikit. Wakaka.


Thursday 1 October 2015

Kangen Water


Hai semua.

Pernah dengar pasal KANGEN WATER?

Kangen Water ni sebenarnya tergolong dalam kategori Air Ber-ion (Ionized Water) . Terdapat 6 jenis kategori air ber-ion iaitu :

Air Kangen (p.H 8.5 - p.H9.5)
Minuman anti-oksida untuk meneutralkan radikal bebas. Ini kerana alkali meneutralkan asid badan, struktur mikro hexagonal untuk detoksi toksin dan hidrasi air, nutrien dan oksigen 6 kali lebih cepat dari air yang bukan mikro hexagonal.

Air Antiseptik (p.H2.5)
Antiseptik alami yang mampu membasmi 99.9% kuman. Digunakan untuk mencuci luka, kudis, kurap, fungus, jerawat bernanah, psoriasis, ekzima, nafas berbau dan sebagainya.

Air Kecantikan (p.H5.5)
Sebagai toner kulit. Mampu mencantikkan kulit dengan p.H yang sama dengan p.H semulajadi kulit. Cara penggunaan yang mudah sama ada semburkan pada kulit / tekap dengan kapas.

Air Strong Kangen (p.H 11.5)
Digunakan untuk masalah saraf, otot dan sendi. Juga boleh digunakan untuk mencuci sayur, buah, daging dan kotoran berminyak.

Air Strong Kangen Tanpa Sodium (p.H10 - p.H 10.5)
Minuman untuk pesakit kronik.

Air Neutral (p.H 7.0)
Digunakan semasa mengambil makanan, membancuh susu bayi dan pengambilan bersama ubat-ubatan.

Ok, teknikal sangat ye explanation tu? Mesti kerut-kerut dahi sambil baca kan. Hehehe. Senang cerita Kangen Water ni banyak fungsi dia. Untuk minum dan untuk kegunaan luaran. Harini akau nak cerita untuk kegunaan luaran a.k.a kecantikan. Hakak-hakak mesti suka topic ni kan.☺

Aku start kenal Kangen Water ni dari kakak ipar. Kesian kan, orang dah lama tau, aku je baru nak tau pasal benda ni. Sebab masa aku nak kawen dulu kulit tengah problem sesangat. Tak pernah dalam sejarah hidup ada masalah kulit seteruk tu. Aku dah pergi jumpa beautician, dah pergi jumpa pakar kulit, dah cuba produk tu, produk ni. Macam-macam. Pun tak dapat setel jugak masalah kulit aku. Stress kot. Niat dihati nak kulit flawless dihari bahagia tak berapa nak capai. Cuma ok sebab make up tebal boleh tutup semua masalah kulit tu. Tapi sampai bila kan. Nak jugak rasa kulit gebu gebas bangun pagi dah takyah buat apa pun laki teruja nak gigit tengok pipi bini flawless ya hamat. Eh, lari topic. Maaf-maaf. Hahaha.

Nasib kakak ipar introduce dengan Kangen Water ni. Mesti ramai nak tau berapa lama pakai nak nampak kesan. Jujur, aku pakai dari bulan 4. Sekarang bulan 10. Dah 7 bulan, Alhamdulillah, kulit dah takde kering-kering, takde gatal, takde naik ruam kecik-kecik dan takde naik jerawat beriya. Naik jerawat seketoi dua masa nak period tu normal la kot. Tu pun baru nak naik dah terbantut jerawat tu sebab kena spray dengan antiseptik, Ekeke. 

Mesti ramai cakap lamanya 7 bulan. Tak jugak selama tu sebenarnya. Ada je officemate aku baru pakai 2 minggu, jerawat semua dah kecut. Cuma nak kena mention siap-siap je, jangan expect kesan yang cepat. Sebab apa? Sebab ni produk semulajadi. Bukan kau pakai produk kecantikan yang tinggi chemical sampai siap boleh iklan #kesanseawal3hari. Oh, memang takkan dapat. So aku bagitau siap-siap, nak cantek kena sabar. Jangan esok lusa datang claim pulak kenapa pakai seminggu tapi kulit still takde perubahan. S.A.B.A.R.

Set Normal - RM 40
Set Refill - RM 30
Set Combo - RM 60

Antiseptik - pH 2.5
  • Berindak sebagai Anti-Bakteria
  • Membasmi Jerawat
  • Boleh digunakan untuk Kumur dan Ulser Mulut
  • Sesuai digunakan untuk Luka, Kudis, Eczema, Psoriasis, Ruam, Gigitan Serangga, Gatal-Gatal dan Semua Masalah Kulit
Beauty Water - pH 5.5
  • Meratakan Warna Kulit
  • Melembabkan Kulit
  • Melembutkan Kulit
  • Mengecilkan Pori/Liang Roma
  • Melembutkan Rambut
Cara Penggunaan :
  • Sembur KW Anti-Septic Water pada muka/kulit. Selepas 30 saat, semburkan KW Beauty Water.
Tu untuk cara guna yang formal la. Macam aku, pakai antiseptik tu 2 kali sehari, pagi ngan malam. Lepas spray antiseptik, aku tap tap muka dalam 30 saat, terus spray ngan beauty water. Beauty water tu bukan setakat toner, kalau lepas make up pun boleh spray, mesti nanti korang rasa muka macam glowing gitew. Betul tak tipu. Tak caya tanya officemate aku. Hehehe. Bukan tu je, beauty water ni boleh spray bila-bila masa. Contohnya lepas muka pedih kena panas matahari pergi beli goreng pisang kat makcik kiah, spray sikit. Mesti muka segar bugar balik. Antiseptik lak boleh spray kat badan sekali kalau ada jerawat kat badan.

Tapi kena ingat, ni cuma ionized water yang berfungsi untuk stabilkan p.H muka. Kalau nak keluar rumah, jangan la pulak tak pakai apa langsung. Calit la sikit skincare ke bedak ke, Kang udah muka sunburn dek panahan mentari zaman sekarang ni.

Sebenarnya rasa macam banyak benda nak share, tapi jari-jemari speechless nak menaip. Hehehe. Nanti lain kali aku update lagi ape yang tertinggal tu. 

Sesiapa yang berminat nak try, boleh usha IG aku.

Tuesday 11 August 2015

Homemade Mushroom Soup

Hai. I'm back. Hehehe

Baca tajuk pun dah tau kan. Harini nak share resepi lagi. Sejak kawen ni macam rajin pulak masuk dapur. Yela, kengkononnya bila jumpa laki time weekend nanti skill masak dah power (nasib orang PJJ, sobssss). Kononnya la, tapi bila jumpa jarang pun masak beriya. Hahaha.

Ok harini kita nak masak mushroom soup. Selalu kalau nak makan, beli yang paket tu je. Letak air panas, siap! Tak thrill pun kan. Jadi harini kita buat sendiri. Kisahnya bermula bila Mommy Lycha dah berapa kali meroyan sebab bila lepak Simpang 3, nak order mushroom soup tak dapat. Western tutup. Kesian dia. Nasib tak pregnant, kalau tak meleleh air liur baby lahir nanti. Kebetulan pulak ternampak la orang share resepi buat benda ni. Macam senang je. Terus semangat nak try.

Bahan-bahan :
1. Cendawan Shitake
2. Bawang Merah (potong dadu)
3. Bawang Putih (potong dadu)
4. Susu Segar/Susu Cair
5. Kiub Ayam
6. Butter

Cara-cara :
1. Panaskan butter


 2. Masukkan bawang putih dan bawang merah. tumis sampai naik bau.


3. Bila bawang dah naik bau, masukkan cendawan yang dah dipotong-potong. Motif potong nak bagi cepat masak. Kalau letak seketoi gedabak macam tak confident pulak dah masak ke belum.


4. Masukkan kiub ayam. Sebab aku masak sepeket cendawan je, cukup la seketoi benda ni. Kacau-kacau sampai kiub tadi larut.

*Perasan tak kuali dah bertukar kaler. Memula masak dalam frying pan je. Bajet muat ni, kita nak masak sikit je. Sekali dah masuk cendawan...... Alamak, penuh pulak! Takleh nak kacau. Tula sudahnya tukar masuk kuali yang besar sikit. Nampak sangat amaturnya. Hahaha ☺

5. Masukkan tepung gandum dan gaul. Anggaran lebih kurang 3 sudu je.


6. Masukkan susu. Dalam kes ni korang ada option sama ada nak letak susu segar atau susu cair. Aku pakai susu segar. Beli sekotak kecik, yang sekali minum tu je.


 7. Kacau sampai sebati dan puas hati dengan tahap masak cendawan korang. Make sure cendawan tu masak, kang tak pasal-pasal jadi ting tong sebab makan cendawan half cook (ni Mira yang cakap). Bila dah masak, tutup api, biar dia sejuk jap.


8. Lepas dah sejuk, blend. Ni ikut suka, kalau nak dia hancur, blend lama-lama. Kalau nak dia macam ada rasa kasar-kasar sikit, takyah blend lama sangat.


9. Lepas dah blend, masak balik kejap. Masa ni letak la gula, garam, perasa apa semua yang perlu. Boleh tambah air kalau rasa soup korang tu pekat sangat. Masa ni aku masukkan mushroom yang aku dah potong nipis. Masak sampai puas hati, siap!


10. Tadaaaa. Maaf la presentation out. Maklum la, masak sambil amek gambar sambil jaga anak. Camni je la gaya yang mampu. Yang penting rasa tip top. Puas makan.


Sebenarnya main masak-masak semalam kat rumah Ayu. Tu yang terus terasa macam mak-mak, masak sambil jaga anak. Baru kacau sikit, anak nangis pulak. Terus rasa nervous nak jadi mak budak. Hahaha. Memang respect mak-mak seluruh dunia. Boleh masak, jaga anak, kemas rumah, basuh baju, bla bla bla. Korang hebat!

Akhirnya princess tertewas juga. Ni la dia orang paling sibuk masa kitorang kat dapur. Dia pun nak join main masak-masak jugak. Sudahnya dapat shushu terus lentok. Sejuk hati tengok. Tak sabar pulak rasa. Eh! Hahahaha
**psssttt, sebenarnya Lycha tertido sebab kenyang makan mushroom soup aunty reen dia masak. Ehehe


Saturday 25 July 2015

Sambal Hitam Pahang - Versi Kering

Assalamualaikum. Selamat hari raya lagi sekali.

Raya tahun ni sedih sebab aku takde gambar raya. Meroyan lah aku kat laki sebab tak dapat gedik-gedik macam tahun sebelum ni. Tapi.......... ada sesuatu yang telah menggembirakan hati aku. Bila usha belakang rumah opah, tersergam indah sebatang pokok belimbing buluh yang berbuah lebat. Serius banyak gila buah. Terus kecur air liur aku. Teringatkan post kak sue suatu ketika dulu - Sambal Hitam Pahang. Masa tu memang teringin nak makan tapi taktau mana nak cari buah belimbing comel ni. Credit untuk laki aku yang tinggi sampai 177 tu sebab jadi pemetik buah berjaya. Kalau harapkan bini dia yang 153 ni je, terloncat-loncat. Kesian.

Kot la ade sesape yang tak penah nengok camne rupa pokoknya. Ni aku tampal kat sini.
Dah dapat buahnya, kita cari resepi kat blog kak sue dulu @ suriamj.blogspot.com. Resepi kak sue bagi tu memang straight to the point + senang aku nak paham. Resepi ni aku dah olah ikut citarasa aku. Sambal Hitam Pahang Versi Kering. Yang penting, halatuju utama sambal-pedas-masam-sedap dapat capai. So, jom masak!

Bahan-bahan
1. Belimbing Buluh - Ikut selera masam masing-masing nak letak banyak mana
2. Bawang merah - Ikut keadaan belimbing tu banyak mana
3. Cili Burung - Ini pun ikut selera sendiri nak tahap pedas camne
4. Ikan Bilis - Ini pun jugak ikut selera sendiri nak banyak mana

**Aku pun dah terikut kak sue, masak takde sukatan, agak-agak je. Hehehehe

Cara-cara
1. Rebus belimbing buluh. Petua aku baca cakap jangan rebus kat periuk yang baru sebab nanti getah belimbing ni buat periuk kita jadi kusam. Masa aku masak ni kat rumah kakak ipar aku. Jenuh la cari periuk yang tak semegah. Kang jahanam periuk dia, naya. Nasib ada.

Si comel yang dah siap rebus.
2. Tumbuk bawang, cili, belimbing yang dah direbus. Tapi kat rumah kakak ipar aku takde lesung. Jadi kita potong kecik-kecik je semuanya. 

Ni la semua bahan yang dah dicincang halus. Cili tu nampak je sikit tapi pedas dia Ya Rabbi. Aku amek iktibar dari kejadian menangis di bucu singki sebab tak mampu tahan pedas masa buat mee goreng kemarin.  Jadi hari ni, kita beringat. Ikan bilis tu pun sepatutnya ditumbuk-tumbuk manja. Tapi aku suka crunchy, jadi aku nak goreng je.
3. Goreng ikan bilis sampai garing. Ketepikan.


4. Tumis bawang, cili dan belimbing. Time ni masuk garam gula perasa apa semua ikut panda mung ahh. Ehehehe

Dah masuk semua ni, kacau-kacau. Jangan tinggal gi tengok TV lak. Kang tak pasal hangit.
Tumis sampai kering ye. Aku tumis sampai extra kering sebab kalau basah-basah nanti ikan bilis aku lemau. Hehehe
Dah sampai tahap kering yang memuaskan hati, masukkan ikan bilis. Kacau-kacau sat bagi sebati. Siap!
Senang tak? Senang sesangat kan? Ape lagi, makan nasik jom.

Ini je dah cukup. Siap tambah lagi. Nikmat sungguh rasanya. Lepas satu gian. Zoom sikit.
Ikan bilis gedabak ni dah overshawow keseluruhan sambal lak. Maafkan lah beliau. Macam aku cakap awal-awal tadi, yang penting halatuju utama sambal-pedas-masam-sedap dapat capai. Hehehe.
Sambal ni sampai ke malam krup krap lagi ikan bilis dia. Memang tiptop. Ingat nak simpan makan esok lak. Disebabkan laki aku pun hantu masam jugak, dinner malam tu setel terus. Takpe balik umah opah kita kutip belimbing + buat lagi okey.


Selamat mencuba ☺


Friday 24 July 2015

Petua/Cara Hilangkan Ketumbit

 Hai. Selamat Hari Raya.

Raya punya raya punya raya, sudahnya mata naik ketumbit. Terlebih makan lemang gamaknya. Ekekeke. Rasanya dalam hidup aku ni baru 1st time kot naik ketumbit besar dan sakit dan denyut-denyut camnih. Huaaaaaa. Nangis guling-guling sebab malu nak kuar rumah.

Disebabkan jakun dek pengalaman pertama ni, laju la mintak pertolongan encik serba tahu (Google). Seperti kebanyakan post-post dekat blog lain, diorang dah explain punca ketumbit ni. Ada 2 jenis, sebab liang roma tersumbat, dan macam-macam explanation yang sangat berguna untuk newbie macam aku. Hahahaha. Tenkiu semua. Kalau tak, mata aku mesti tengah bengkak memboyot + tak baik lagi.

Ni masa hari ketiga. Tengah meranum dan denyut-denyut. Bila ngadu kat laki, gelak-gelak je dia. "U tetap cantek dihati I". Ceh. Nak pi potong kaki sat sebab level sweet yang sangat tinggi nak sedapkan hati bini yang tengah meroyan. Hahahaha

Kalau google memang banyak la orang share petua nak hilangkan ketumbit, tapi biasa la aku. Pemalas. Aku malas nak try kalau yang macam agak leceh. Nak yang senang dan cepat. Gitewww. Makanya yang agak menarik perhatian aku ialah tuam dengan air panas dan tonyoh bawang putih.

1. Tuam dengan air panas
Fungsi tuam yang diorang cakap untuk open pores yang tersumbat tu. Ala kira ni adik beradik jerawat jugak la. Tapi sebab dekat mata, panggil ketumbit. Kalau kat bontot, panggil bisul. Ye dak? Ke salah teori aku ni? Ekekeke. Ok, focus. Sambung topic tuam. Aku pemalas nak amek air panas-letak dalam mangkuk-cari sapu tangan-celup-perah-tuam-ulang sampai puas hati. Jadinya setiap kali mandi, aku on je water heater bagi panas yang mana kulit aku boleh tahan, hala je ayor tu kat mata sampai puas hati. Walaupun sekarang musim panas, gagah jugak la aku mandi air panas smpai dah terasa macam duduk dalam kotak sauna. 2 in 1. Merawat ketumbit + membakar lemak. Wakakaka.

2. Tonyoh bawang putih
Lepas dah mandi, dah bagi lemak-lemak ketumbit tu sedikit cair, aku potong bawang putih, picit bagi keluar air dia. Slowly sapu kat mata. Masa memula sapu tu rasa la jugak pedih dia. Yela bawang putih kan panas. Tahan jela. Nak baik cepat kan. Aku sempat buat 3x je. Pagi-tengahari-malam. Esoknya bangun tidur, eh dah kecik ketumbit aku.

3. Gunakan teknik penyamaran

Pakai spec kalau nak keluar. InsyaAllah, terlindunglah ketumbit itu disebalik bingkai spek. Hehehe
Sekian saje petua menghilangkan ketumbit dari aku. Harap anda semua terhibur dan dapat try kalau nanti-nanti ada rezeki naik ketumbit jugak. Serius berkesan dan cepat. Takyah gi klinik pon (jimat duit laki aku). Sehari je terus hilang. Harini aku bangun, tengok cermin, dah boleh tersenyum girang. Hiphiphoreyyyyyyyy. 

Sekian. Harap membantu!


**tapi sekarang tengah hazab nak menahan gatal la pulak. Macam nak tonyoh mata kat simen. Kang terlebih tonyoh, tetiba ketumbit aku besar balik. Makanya, marilah kita tidur. Semoga boleh lupa perasaan tengah gatal ni**


Wednesday 1 July 2015

Syafiq & Erin - Akad Nikah

Hai

Ermm. Aaaa. Ermmm. Tak tau nak mula dari mana. Dah 100 hari woi aku kawen. Dah 100 hari jadi bini orang (korang ingat pantang je ke ada 100 hari? Hahahaha). Punya berhabuk baru nak buat entry. Memula dah malas dah tapi pikir balik, up jela. Esok senang anak cucu nak tengok opah ngan atuk diorang masa tengan sweet-sweet. Ku gagahkan jugak la scroll album kawen yang ada berjuta-juta lemon gambar tu. Berpinar bijik mata tengok gambar sendiri. Wakaka.

Persiapan sebelum kawen, malas nak cerita. Sebab masa tu aku nampak macam orang gila. Serabai kot. Semua benda nak kena siapkan just to make sure everythings gonna be perfect. Malangnya, tulang 4 kerat haku ni tak mampu nak realisasikan impian nak kawen ala anak pak jibby dan mak mah. Redha jela dengan apa yang termampu. Dah last minit tu pikir asalkan semua berjalan lancar dan husband aku tak kelu lidah nak akad nikah sudah la. hehehe. Tenkiu penduduk kampung sebab tolong rewang setelkan semua benda last minit macam goodies, bunga telur dan macam-macam. Tanpa korang mesti aku meroyan.

Aku akad nikah lepas isya'. So lepas je magrib, mak andam dah sampai depan rumah. Kali kedua dalam hidup rasanya nak pakai mekap tebal. First time masa jadi bidang terjun dedulu (aku malas nak link ke sini sebab masa tu aku gemok, hahahaha) Benda paling tak suka bila kena make up, nak tengok hasil. Takot la kang make up macam opera cina. Nak akad nikah, majlis simple suci murni camtu taknak la make up over kenzz.



Lepas je isya', family syafiq sampai. Masa ni rasa tak keruan dah. Ikut aku yang gelojoh ni, time tu dah nak keluar duduk atas pelamin. Hahaha. Tapi penasihat aku semua suruh tunggu tok kadi dulu. Jangan nampak nau tak sabar nak jadi bini orang. Ok baik baik. Aku rileks-rileks bergelak ketawa dalam bilik dulu. Masa jenguk kat luar, dah penuh orang dalam rumah aku yang sekangkang kera tu. Nervous gila nak keluar sebab masa tu aku dapat rasa semua orang dok tunggu nak tengok aku. Pastu aku rasa make up aku tebal. Huhuhuhu.

Ikutkan nak duduk atas pelamin tapi sebab keluar bilik lambat dan tok kadi dah sampai, kena duduk sini jela. Huhuhu
Masa ni walaupun bukan aku yang nak akad nikah, macam semput-semput nafas jugak la. 
Aku terima nikahnya. Sah je, baru rasa boleh bernafas balik.☺


Eh, maaf kan la husband aku yang dah terlebih happy tu. Haha



Dedayang over. Thanks Aida, Kak Irin & Mira.

Family aku.
Family Syafiq. Ayah takde sebab tengah makan. Adik chik muka blur. Ibu dia happy terlebih. Hahaha
Ini kena ada. Syafiq besar bertemu Syafiq Jr.
Hai husband. I ♥ U. 
 Bila dah share banyak gambar, aku dah tak tau nak tulis ape. Kira setel la kot, Hahaha.
Sekian untuk cerita akad nikah. Next Part kita cerita pasal sanding ngan bertandang lak ok.

- Daa -