Wednesday 4 December 2013

Mengo Greenhunt 2013


Hye.

Ermm, camne nak mula ek? Sebenarnya kan, ni entry lapok gilaaaaaa bab* punya. Kita kan lupa nak update. Beriya cakap dekat instagram masa update gamba, "update soon dalam takseindahmana.blogspot.com", tapi lepas tu, hampeh. Maafkan kita. Kerja hakiki di office ni membatasi segalanya. Hahahahaha. Harini datang awal sket, belek-belek thumbdrive, alamak!! (keluar peluh kat kepala macam dalam kartun sincan). Baru tersedar yang kita ni pelupa rupanya. Ihik!

Ceritanya camni............

Ex- officemate aku yang fanatik treasure hunt ni ngajak la pergi treasure hunt together-gether sebab kitorang sekarang dah kurang masa bersama. Kebetulan masa tu memang tak sibuk sangat, aku pun on je. Treasure hunt ni start dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), lepas tu bla..bla..bla (macam dalam map tu)


Kalau korang perasan, dorang ni la yang menang tempat kedua masa Innorace kat Ipoh dulu. Join diorang dengan harapan nak menang la nih. Huahahaha
Tema treasure hunt kali ni adalah hijau. Tribute to nature katanya. Kena guna public transport ataupun berlari-lari anak keliling KL sampai bengkak jari kelingking kaki tersepit dalam kasut yang tetiba jadi ketat (overnya metafora nak gambarkan jaoh perjalanan treasure hunt ni, hehehe)

Konsepnya, guna public transport supaya dapat kurangkan air polution, guna barang kitar semula sepanjang treasure hunt supaya dapat jimatkan tenaga, kos dan kesiankan bumi, makan makanan vegetarian untuk tunjukkan kita sayang haiwan dan nak lindungi sesetengah haiwan yang hampir pupus. Gitewww.

Yang pasti, soalan kali ni susah sangat, menembak jela kerja kitorang nak isi jawapan dalam kertas soalan tu. Clue dia seriously tak tercapai akalmu. Tak macam soalan treasure hunt yang sebelum-sebelum ni yang still boleh guna logic akal.



Melilau snap ape saje gambar yang rasa mungkin jawapan. Sebab kitorang malas nak pikir on-the-spot. Pikir nak cepat sampai ke garisan penamat je.
Muka tekanan nak cari jawapan.
Lepas dah berlari, berjalan, bergadoh, bertengkar semua, akhirnya sampai jugak kat SPAD balik. Masa tu Tuhan jela yang tahu. Jalan pun dah senget-senget, ketiak dah keluar corak bunga raya, perut lapar (sebab pagi sesat tak jumpa cari SPAD dekat mana, makanya tak sempat breakfast, sadis!)

Lepas dah makan, dah tengok persembahan, dah dengar ucapan, acara kemuncak, penyampaian hadiah. Gila weh dup dap dup dap bajet boleh menang. Paling lawak masa dengar skema jawapan. Wahahaha, salah banyak gila, nampak sangat otak berkarat. Takleh pikir maksud tersirat soalan. Aku setiap kali treasure hunt pun memang camtu gayanya. Lampi.


Tak sangka boleh menang. Top 15. Ok la kan dari menganga tak dapat apa.
Lepas tu terus laju-laju ke Central Market redah hujan nak redeem hadiah (tapi kali ni naik kereta la, kalau jalan lagi, boleh pengsan hoi). Then balik Ipoh. Malam tu semua tido tak sedarkan diri sebab penat sangat. Kalau timbang berat lepas tu mesti sensorang turun 2, 3 kilo. Kak Awien pulak dah nekad tak nak join treasure hunt camni lagi, penat nak mampos katanya. Haha.

Monday 11 November 2013

Burps & Giggles










 





Sebelum ni kalau orang datang Ipoh tanya mana port lepak best, jawapan dia mesti macam.....

“ermmmmmmm..zzzzz (pikir port lepak sampai tertido habaq hang)”

“eh, Ipoh ade port best ke?”

 “alaa, tak tau nak bawak hangpa pi lepak tang mana..”

Tapi, aku baru discover satu tempat yang aku rase macam cool gila nak melepak. Aku tak tau port ni memang baru atau aku yang tertinggal keretapi. 

Setiap kali datang, aku ngan sue mesti amek gamba berjuta-jutalion sampai naik hang telepon masing-masing. Biasa la, kitorang memang jakun + syok sendiri. So what?

Burps & Giggles. Minggu pertama setiap bulan ade market ape ntah kat tingkat atas kedai ni. Banyak barang-barang handmand. Best!

Plan B tu pulak sesaje lalu, pun sempat. Maafkan kami tokey kedai. Hahahaha.

Wednesday 23 October 2013

Perangai


Hai.

Orang kata jaoh perjalanan luas pengalaman. Betul tu. Makin jaoh kita mengembara, makin banyak benda yang kita tahu (cewaahhh, pakai ayat mengembara giteww. Hahaha). Macam aku, tak lah jaoh mana pun mengembara, tapi setakat hari ni aku rasa aku dah jumpa macam-macam perangai orang. Ada yang ok, ada yang mintak kena hempuk. Apa pun atas diri sendiri macam mana nak handle keadaan tu.

Pengalaman aku bekerja sebagai vendor, bekerja dengan GW Intech Sdn. Bhd, bekerja dengan Yayasan Bina Upaya, buat aku jumpa macam-macam karakter manusia. Sebab dah terlampau ramai dan banyak perangai sangat, hari ni aku nak buat kesimpulan berdasarkan kajian singkat setahun jagung aku ni. Ihik!

Mr. Right
Ini bukan Mr. Right dalam kes dah bertemu jodoh, tapi Mr. Right a.k.a encik serba tahu dalam organisasi kerja korang. Jenis orang macam ni selalunya rasa diri dia perfect, tak pernah buat salah dan tak takot dikritik. Biasanya orang macam ni akan masuk campur, amek tahu dan sebok nak buat semua kerja orang lain tanpa mengetahui yang orang lain dah naik rimas dengan dia. Duduk kat Unit Korporat, pastu nak buat kerja-kerjaPejabat dalam Unit IT. Contoh. Perangai dorang ni jugak kekadang boleh di kategori kan sedikit Bossy.

Kaki Gosip
Biasanya individu / group ni majoritinya orang pompuan la. Dah lumrah pun. Memang pompuan kuat potpet dan suka menyembang. Dorang ni biasanya suka dengar rumours je. Lepas tu tanpa siasat kebenaran, dok seronok menyembang, terus sebarkan khabar angin tu ke dalam satu ofis. Si mangsa sedar-sedar je semua orang dah sosek-sosek pasal dia. Jenuh nak betulkan balik keadaan yang dah nasik jadi bubur disebabkan si kaki gosip tadi.

Alim Ulama
Biasa lah dalam ramai-ramai kawan, mesti ada sorang pembimbing kan. Haa, sila lah terima bimbingan tersebut. Hahaha. Dalam kes ni, keadaan jadi kurang menyenangkan bila si Alim Ulama join conversation, lepas tu cantas semua perbualan rancak dengan point agama. Jangan di lawan. Terima je seadanya. Sebab orang macam ni selalunya taknak kalah. Yela, sebab dia rasa kalau dia tak tegur benda yang salah, dia pun berdosa sebab kes subahat. Jadi, redha je la bila terjumpa orang macam ni dekat ofis.

Pak Turut
Ini kategori paling kesian bagi aku. Terpaksa mengikut orang yang dirasakan idola. Biasanya orang macam ni tak banyak membantah dan suka pendam perasaan. Yela, orang macam ni selalu tersisish. Jadi sebab nak beramah mesra dengan masyarakat, dia rela je orang buat apa, suruh apa, macam lembu kena cucuk hidung. Sebab nanti kalau bersuara atau bagi pendapat kang, kena reject dari geng pulak. Sadis!

Kalau ikot kan banyak lagi perangai yang ada. Tapi untuk kali ni aku publish yang ni dulu. Kang entry panjang berjela, bosan pulak nak baca. So, which character are u?

Sekadar kartun hiasan.. :)

Tuesday 8 October 2013

ISO lah sangat!


Complain. Kenapa kita suka complain? Bukan sebab tak bersyukur, tapi sebab hasil tak sepadan dengan effort yang kita bagi. Jadi complain tu salah satu terapi untuk puaskan hati. Contoh situasi? Korang kena paksa dan terpaksa pergi kursus, lepas tu orang yang manage kursus tu cincai kira. Bagi korang duduk tempat yang entah pape selama 3 hari. Nak lebih detail? 

Team Pelaksana ISO (bunyi je gah), kena pergi kursus ISO dekat KL. Dah terpaksa pergi tu, redha je la. Pepagi buta berkumpul dekat office. Muka buat-buat ceria macam nak pergi holiday.

Sebelum bertolak. Tak termasuk group manager. Kitorang ni anak bilis je.
On the way, bergambar update masuk group konon nak jelouskan orang yang tak pergi. Padahal dalam hati menyumpah sepanjang jalan.

Team A. Masuk kereta terus lelaju camwhore. Kak Irin, Kak Farah, Moo dan Dayah.
Team B. Kitorang lagi syok. Ade kumbang nan sekor. Hahaha. Mira, Ujang, Hana dan Makcik Erin Ismail.
Sampai je hotel tengok entrance cantik, ok. Tengok landskap cantik, ok.



 Ambik kunci masuk bilik. What the…… Bilik bau lembap. Almari roboh. Hair dryer terbakar (nasib baik makcik bawak hair dryer sendiri). Bilik air sadis. Shower keluar air nan seciput macam kena catu. Memalam tingkap bilik bergegar macam dalam club. Seriously wadahel is this place? Itu bala pertama.



Bala kedua, nasik keras. Itu main point sebab makcik tengah sakit gusi. Jenuh nak kunyah. Makanan lain pulak, kalau tak habis pagi, bawak ke tengahari, tak habis tengahari bawak ke malam. Bagus betul dorang amalkan konsep membazir itu amalan syaiton. Dekat dewan pulak, bagi air pakai cawan berkeladak. Err, bukan sekarang kebanyakan pakai mineral water ke? Old school betul (sama la dengan orang yang arrange kursus tu. Sigh.

Malam last. Lepas dah complain dan sebab Dato' CEO datang, baru dorang tukar pakai air mineral.
Cukup la kot pasal hotel tu, kang terlebih review, tutup periuk nasik dia pulak. Masih murni rupanya hati aku ni. Ahaks!

Untuk mengelakkan diri dari stress lebih mengenang nasib diri, ini lah yang kitorang buat setiap hari. Berendam dan keluar cari makan sedap-sedap.


Terasa model Mangga sangat. Hahaha
Chilis bersama group anti-sosial!
IKEA. Abaikan muka terencat makcik tu ye.
 Lepas ni kalau suruh pergi kursus kat tempat tu lagi, taknak pergi dah. Azab!!


Monday 30 September 2013

Angah


Aku
Aku  ingat hari tu. Masa petang. Berebut mainan atau mungkin cuma isu budak-budak. Aku ingat masa tu. Dalam diri aku cuma ada rasa marah. Rasa tak puas hati. Aku kakak tapi aku tak boleh beralah, aku tak suka berkongsi. Aku kakak tapi kakak yang selalu marah, yang selalu cari pasal. Aku antagonis. Aku pukul dia dengan batang penyapu. Aku cubit dia sampai berkudis. Aku suruh dia buat itu ini. Aku tak sayang dia. Aku selalu marah. Aku selalu buli. Aku baik bila bersebab. Bila nak mintak tolong. Bila aku rasa perlu.

Dia
Dia sayang aku. Dengar cakap aku. Tak suka melawan. Bila aku ajak kayuh basikal petang-petang pergi beli cactus, dia ikot. Bila hari minggu aku ajak pergi tangkap anak ikan dekat sungai, dia ikot. Semua dia buat. Aku masih tak sedar. Aku masih penting diri.

Hari tu
Aku ingat hari tu. Hari terakhir aku tengok dia. Bulan Ogos 2001 mungkin. Aku ingat kata-kata terakhir aku. Aku ingat jugak pesan terakhir dia. Aku tak sedar, itu saat terakhir kami. Aku tak sedar, aku akan hilang dia selamanya.

Sekarang
Bukan aku menidakkan. Bukan aku menafikan. Aku cuma taknak orang tahu aku manusia khilaf. Aku hidup dalam kenangan. Aku hidup dalam kesal. Aku selalu berharap. Aku selalu berfikir. Kalau aku boleh ulang masa. Mesti aku jadi kakak yang baik. Tanpa aku sedar, aku rindu dia. 


- Al-fatihah -




Thursday 5 September 2013

Tribute to Nature


Assalamualaikum. Hai.

It's been a long journey. Mengadap timbunan kerja sampai takde sosial life. Sampai takde masa jugak la nak meng-update blog. Tekanan, stress and im so hope to go on vacation. Tenang, damai and nature. Perfect!

And because now i cant go anywhere (sigh), i just had to telan air liur sambil tengok gambar-gambar lama. Here we go, nature. Enjoy!








Friday 12 July 2013

Ramadan 1434H


Assalamualaikum w.b.t.

Rasanya tak terlambat sangat lagi nak ucap Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa untuk semua.
Bila Ramadha jugak, akan banyak keluar quote yang menaikkan semangat diri sendiri macam ni...



tak kesah la ape korang tulis nak cakap, yang penting hati korang ikhlas.
Bulan puasa seperti biasa, mengajar kita semua menjadi lebih sabar, lebih dekat dengan Tuhan, lebih muhasabah diri, lebih banyak melakukan amal kebaikan dan lebih segala-galanya yang baek. Pintu rezeki terbuka luas, pahala amalan jugak diberi ganjaran berlipat kali ganda. Subhanallah, indahnya Ramadan.

Ramai jugak bila Ramadan rajin pergi terawih, bagus. Ramai jugak bila Ramadan pakai sopan, Alhamdulillah. Ramai jugak bila Ramadan jaga percakapan dan perbuatan, syukur. Mudah-mudahan mendapat keberkatan bulan yang mulia ini bersama-sama.

Bila bulan puasa ramai yang seronok sebab dapat balik awal. Siapa tak seronok hoi balik awal (walaupun awal setengah jam je pun, huhuhu). Tapi ada satu benda yang tak seronok. Jalan jem. Nak dijadikan cerita, dekat belakang office aku memang port Bazaar Ramadhan. Jadi setiap petang bila nak balik kena bersesak-sesak. Me dont like. Last-last sampai rumah lebih kurang macam tak balik awal jugak. Tapi setakat ni aku masih mampu mengawal mulut ini dari sumpah seranah seperti di hari biasa. Alhamdulillah.

Petang semalam, aku merajinkan diri pergi bazaar dekat Taman Jati. Pergi dengan Wanie dan Kak Awien. Meriah. Seronok cuci mata tengok makanan, tengok mamat hensem.. Eh? Behave. Behave. Bulan puasa ni nama pun kena banyak sabar kan. Makanya kami bertiga semalam pun bersabar la dengan gelagat makcik jual popia. Haih. Nak meniaga tapi customer service failed. Parents aku pun meniaga jugak kat bazaar. Bila orang bagi duit besar dan takde duit kecik nak pulangkan, usaha pergi tukar. Tapi makcik tadi............. Dengan muka tak senyum, bising sebab kitorang bagi RM5. Takde duit nak pulang balik RM2. Usaha la sikit makcik. Kitorang bukan bagi RM50 pun. Dah la muka kerek. Nasib baek bulan puasa, jadi kami sabar. Apa salahnya senyum sikit. At least sejuk hati walaupun bengkek dengan layanan makcik yang tak seberapa tu. 

Nak meniaga kena la ikhlas. Tau semua lapar, semua penat dan tak larat, tapi tu bukan cara terbaek nak expose penat dan lapar dan haus tu. Jangan sampai orang meluat dan taknak datang kedai kita lagi. Haa tengok, dah aku membebel macam-macam. Kurus pahala bulan puasa aku sebab makcik jual popia tuh. Uhukhukhuk. 

Sekian, pesanaan untuk semua. Jaga hati, jaga mata, jaga minda. Perbanyakkan amalan di bulan mulia. InsyaAllah Ramadhan kita semua diberkati. Ada tokoh jadi ustazah tak aku? hehehe


Tuesday 9 July 2013

Sira Labu Kelantan


Hai awok. Hari ni sayo nok ngaja lagu mano nok buat siro labu. Awak kenal dok siro labu tu hok mano so? Okey aku tau sekarang ramai kerut-kerut kening sebab tak berapa nak paham kan. Fine, aku cakap bahasa baku.

Ceritanya camni, aku bukan la sorang yang rajin masuk dapur, rajin masak ataupun rajin buat kerja-kerja wanita melayu terakhir. Al-kesah hari tu aku pergi program dekat Kuala Kangsar. Masa nak tunggu minum petang tu bosan gila babas + lapor. Aku pun ter-imagine la amenda la dorang nak bagi masa minum petang jap lagi. Pikir punya pikir punya berangan, tetiba sira labu buat segmen terjah pulak kat otak aku. Perghh sedap siot. Terus aku teringin nak makan, tapi mana nak cari kat area Perak ni. Memang susah sikit rasanya nak jumpa. Teringat kalau kat kelantan, asal kenduri je mesti ada benda ni.

Sebab keinginan yang tak berbelah bahagi tu, weekend hari tu semangat aku terjah pasar pergi cari labu dan bahan-bahan penting nak buat sira labu nih. Fuhhh, first time in my life rasanya bersemangat pergi pasar sampai camni sekali (tolong baca part ayat condong tu dengan nada gedik, ihik!).

Kalau dekat kelantan memang manis sampai tahap kena kencing manis, tapi aku dah ejas ikot tekak aku. Kasi manis-manis buah je. Jaga kesihatan kata kau. Ok ni resepi sira labu aku. 

Bahan-bahan :

  • Sebijik labu
  • 5 ketul gula melaka (kalu dekat kelate ore panggil nisse)
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kapur makan

Cara-cara membuatnya :

Sediakan bahan-bahan. Potong labu ikot saiz feveret masing-masing. Potong gula melaka sampai hancur kecik-kecik. Cuci daun pandan untuk pastikan bebas ulat dan kotoran. 

Rendam labu dalam air kapur selama 1-2 jam. Functionya nak bagi isi labu tu pejal. Nanti bila masak takde la lembik dan tak jadi rupa labu. Lepas tu tos kan dan basuh bersih. Kalau ada kapur tertinggal takot kang jadi pahit (aku agak je la akan rasa pahit tu, hehe).

Susun cecantek dalam periuk. Tabur gula melaka. letak daun pandan. Air tak payah letak sebab nanti labu tu sendiri akan  keluarkan air dari dalam badan dia. Kalau degil taknak dengar cakap jugak, letak la air sikit, 2-3 sudu.

Masak dengan api sepoi-sepoi bahasa camni. Tujuannya supaya labu tu tak masak terkejut. Biar dia masak manja-manja dan penuh kaseh sayang giteww.
Lepas sejam. Tadaaa. Konon nak Master Chef sangat plating siap ngan hiasan daun pandan kecut. Hampeh!
Mari menjamu tekak. Sedap sangat untuk orang malas masuk dapur dan pertama kali cuba macam aku nih. Kalau letak dalam peti ais, makan sejuk-sejuk lagi mabeles tau u olls.

Selamat mencuba.