Hye. Hari ni datang office dengan muka
sikit hitam dan badan sikit kurus. Nak tau kenapa? Sebab Sabtu lepas dah berjaya membakar beratus-ribu kalori dengan join Innorace Jejak Warisan Ipoh. Kalau ikotkan, ini explorace kedua aku
lepas Eksplorasi Warisan Menara KL dulu. Dah lama tak asah otak. Dah berkarat pun.
Cuma kali ni dah tak group dengan cik kiah GW. Sebabnya kena masuk ikot
company. Sedih tau. Kena berkumpul depan Railway Station pukul 7 pagi. Awai
gila habaq hang.
Ini team baru aku. Ayu si kuat gelak, Wanie
si bijak pandai dan Cain si ketua kumpulan yang sentiasa positive dan confident. Nama team? YBU
Avengers. Hahaha sila jangan gelak hokey!
Ini pulak ex-team masa Explorasi Warisan
Menara KL. Kak Sue (yang baru berjinak-jinak), Kak Syila, Wanie dan Kak Awien.
Sebelum mula, senamrobik dulu. Kasi regang
urat, kang kejang tetiba lak. Tapi aku tak buat pun, gelak-gelak tengok orang
je lebih.
95 team. Cuba la cari kitorang. Clue dia
senang je, cari yang suka gelak.
Task pertama, rekacipta produk innovative.
Hmm hampeh la jadinya bila tak buat homework. Orang dapat barang terus mula,
kitorang termenung dulu. Padan muka, malas lagi!
Lepas tu melilau pusing Ipoh jawab soalan.
Ada 4 check point dan berapa puluh soalan mencabar minda ntah. Gambo
takde sebab malas nak bukak camera, focus konon. Memula tu okey, semangat lagi.
Bila dah masuk tengahari, panas, lunyai la sensorang. Otak pun makin tepu jawab
soalan. Last-last hantam sajo lah labu.
Akhirnya berjaya menamatkan cabaran. Yeay!
Lepas tu kena gerak ke Bangunan MBI untuk penyampaian hadiah. Tak sabar nak
dengar jawapan. Bajet menang nih.
Bila sesi mendengar jawapan mula, terkedu
jap. Sebab banyak jawapan salah. Hahahaha. Terasa macam zaman belajar, pergi
exam tak baca buku. Baru sedar sesorang rupanya lurus bendul. Baca soalan
straight forward sangat. Bila pusing sikit dah blur. Dem u.
Last-last YBU Avengers, ber nombor 053 yang
konon power sangat dengan dapat ini je. Itu pun sebab cabutan bertuah. Kalau
tak, haram. Dan mereka……
Dapat tempat ke-2. Ohh how could them.
Sampai hati tak berkongsi jawapan dengan kitorang. Kalau tak boleh share dapat
nombor 2 sesama. Nak menang, nak hadiah, tak dapat. Tumpang bergambo je la.
Mengubat duka lara di hati (okey dah, geli dengan ayat sendiri).
**cakap dalam hati : balik rumah kang siap
sensorang, aku nak paw hamper tu serta paksa mereka open table sekali. Hahaha
aku memang muka tak malu!**
Lepas tu kitorang pun balik dengan hati
hancur remok sebab tak menang. Tapi tak putus asa, tahun depan kita repeat.
Daa! J
No comments:
Post a Comment