Thursday, 14 May 2015

YBUDR Photoshoot 2015


Hellooo.

Isnin dan selasa lepas sangat lah busy. Bukan sebab kerja tapi sebab photoshoot. Sebab apa rasa busy gila? Sebab sebok nak menempek dekat set even time session orang lain. Habis jadual kerja aku lari. Hahahaha.

Sebenarnya Isnin tu penat sikit sebab ahad tu kan baru balik dari Pangkor. Ikutkan malas je nak pergi kerja. Tapi ada photoshoot pulak. Oh terbeban sungguh la kononnya. Sekali dapat camera. Eh, apsal macam best je. Lagi mira, satu lagi, haa camni pulak, eh nak lagi. Mampus photographer menyampah nak layan aku (Sebenarnya tak menyampah pun, sebab si photographer pun satu kepala).

Dua hari tu nampak la ramai jelitawan YBU dah macam stewardess nak mula bertugas dah. Gitewww. Perasan nak mampus! Meh share sket muka-muka penting di sebalik YBUDR.

Tulang Empat Kerat YBUDR
Unit Sumber Manusia
Unit Hal Ehwal Korporat
Unit Kewangan (Tak cukup sorang, bos diorang EL)
Unit Komunikasi Korporat
Unit Penilaian Kredit
Unit Kawalan Kredit
Unit Penghasilan Dana Korporat
Unit Kedai Bergerak 1 Amanjaya
Unit Hubungan Antarabangsa & Sukarelawan

 Unit Teknologi Maklumat. Sukati la nak upload 2 keping pun, unit sendiri. 


 Selebihnya, terima lah banjiran gambar dari group meroyan pantang nampak camera. Korang hadap jela ea. Banyak sangat rasa nak share. Hahaha

Mulanya cuma kerana gambar sopan ni.
Dan gambar feeling model skirt ni.
Tetiba ade orang nak tiru.
Tetiba jugak terus semua lupa diri.










 Sekian. Terima kasih sudi scroll. :)


Tuesday, 12 May 2015

Family Day


Al-kisahnya, last weekend aku pergi Pulau Pangkor. Family day Kelab Kebajikan YBU. Kali ni lain pulak rasanya. Sebab bawak husband, hehehe. Selalu pergi mana-mana, pikir diri sendiri je. Sekarang kena pikir husband pulak (Taip sambil senyum simpul teringat husband - Hahaha, tolong jangan rasa nak muntah hijau!)

Geng buat kepala janji nak berkumpul kat Jeti Marina jam 11.30. Pagi tu aku gerak dari Tapah. Pumpang pumpang, terlajak sikit masanya. Pastu silap jalan pulak. Aku confident Syafiq tahu jalan, takde la aku nak cari direction awal-awal. Muncung jugak la kejap. Tak tahu sebab nak marah Syafiq ke apa. Yang pasti aku jenis on time dan aku moody sebab takot sampai lambat. Nak jadi cerita, sampai je kat Seri Iskandar, tayar kete pulak pancit. Cis! Sumpahan taik minyak apakah ini? Lalu kawasan abang long tak mintak izin ke apa? Hahaha. Terus hilang moody tadi sebab kesian tengok Syafiq berpeluh tukar tayar. Kesian husband aku.


Perjalanan diteruskan dengan gaya pemanduan selamat. Takleh lebih 90 km/j. Bertambah susah hati sebab takot lambat. Sekali sampai kat Ayer Tawar, elok je nampak kereta si Khairil. Ceh, ade jugak yang lambat macam aku. Dah tak risau sangat. Sudahnya sampai jeti jam 12.45. Kesian geng buat kepala yang lain sebab tunggu lama - Ayu & Farid, Hana & Zainal, Neeya, Mira & Adik Beradik. Khairil & Family tak masul list kesian sebab dia pun lambat macam aku. Naik feri jam 1. Sampai Kejora Garden Resort jam 1.45. Terus makan, naik bilik. Lemau weh, serius rasa nak tido. Tapi kang jam 3.30 ada sukaneka pulak. Hadoiiiiii.

Nama pun family day kan, bukan pergi honeymoon nak menempek bawah ketiak husband dalam bilik je. Relakan jiwa la jam 3.30 tengah-tengah panas tu pergi berjemur tepi pantai. Syafiq awal-awal nampak pantai dah buat hal sendiri. Hahaha. Elok jugak, bagi dia refreshment lepas penat tukar tayar kereta tadi. Aku pun boleh la bersosial bersama kawan-kawan.


Angin kencang punca tudung dan rambut kami berantakan. Sekian.

Macam biasa, lompat-lompat kan acara wajib.
Konon sexyback.

Yang paling glemer dalam trip ni sebenarnya Baby Alycia. Pergi mana pun semua orang berebut. 
Ini masa game Kontaktor Pencen. Kalau tengok IG, tau la camne tahap blur sorang-sorang. Kesian ketua kumpulan. Hahaha
Tapi walaupun blur, dapat no.3. Hidup sotong!
(Aku tak suka gambar ni sebab aku nampak kembang semangkuk)
Esoknya cuma aktiviti bebas. Niatnya nak melepak tepi pantai, tapi hujan mencurah-curah pulak pagi tu. Jam 11 camtu baru naik matahari, mana sempat dah nak jalan. Tengahari nak checkout + gerak balik dah. Jadinya, bergolek-golek serta bermalas-malasan kat bilik jela. 

-- Sekian --