Hai semua.
Pernah dengar pasal KANGEN WATER?
Kangen Water ni sebenarnya tergolong dalam kategori Air Ber-ion (Ionized Water) . Terdapat 6 jenis kategori air ber-ion iaitu :
Air Kangen (p.H 8.5 - p.H9.5)
Minuman anti-oksida untuk meneutralkan radikal bebas. Ini kerana alkali meneutralkan asid badan, struktur mikro hexagonal untuk detoksi toksin dan hidrasi air, nutrien dan oksigen 6 kali lebih cepat dari air yang bukan mikro hexagonal.
Air Antiseptik (p.H2.5)
Antiseptik alami yang mampu membasmi 99.9% kuman. Digunakan untuk mencuci luka, kudis, kurap, fungus, jerawat bernanah, psoriasis, ekzima, nafas berbau dan sebagainya.
Air Kecantikan (p.H5.5)
Sebagai toner kulit. Mampu mencantikkan kulit dengan p.H yang sama dengan p.H semulajadi kulit. Cara penggunaan yang mudah sama ada semburkan pada kulit / tekap dengan kapas.
Air Strong Kangen (p.H 11.5)
Digunakan untuk masalah saraf, otot dan sendi. Juga boleh digunakan untuk mencuci sayur, buah, daging dan kotoran berminyak.
Air Strong Kangen Tanpa Sodium (p.H10 - p.H 10.5)
Minuman untuk pesakit kronik.
Air Neutral (p.H 7.0)
Digunakan semasa mengambil makanan, membancuh susu bayi dan pengambilan bersama ubat-ubatan.
Ok, teknikal sangat ye explanation tu? Mesti kerut-kerut dahi sambil baca kan. Hehehe. Senang cerita Kangen Water ni banyak fungsi dia. Untuk minum dan untuk kegunaan luaran. Harini akau nak cerita untuk kegunaan luaran a.k.a kecantikan. Hakak-hakak mesti suka topic ni kan.☺
Aku start kenal Kangen Water ni dari kakak ipar. Kesian kan, orang dah lama tau, aku je baru nak tau pasal benda ni. Sebab masa aku nak kawen dulu kulit tengah problem sesangat. Tak pernah dalam sejarah hidup ada masalah kulit seteruk tu. Aku dah pergi jumpa beautician, dah pergi jumpa pakar kulit, dah cuba produk tu, produk ni. Macam-macam. Pun tak dapat setel jugak masalah kulit aku. Stress kot. Niat dihati nak kulit flawless dihari bahagia tak berapa nak capai. Cuma ok sebab make up tebal boleh tutup semua masalah kulit tu. Tapi sampai bila kan. Nak jugak rasa kulit gebu gebas bangun pagi dah takyah buat apa pun laki teruja nak gigit tengok pipi bini flawless ya hamat. Eh, lari topic. Maaf-maaf. Hahaha.
Nasib kakak ipar introduce dengan Kangen Water ni. Mesti ramai nak tau berapa lama pakai nak nampak kesan. Jujur, aku pakai dari bulan 4. Sekarang bulan 10. Dah 7 bulan, Alhamdulillah, kulit dah takde kering-kering, takde gatal, takde naik ruam kecik-kecik dan takde naik jerawat beriya. Naik jerawat seketoi dua masa nak period tu normal la kot. Tu pun baru nak naik dah terbantut jerawat tu sebab kena spray dengan antiseptik, Ekeke.
Mesti ramai cakap lamanya 7 bulan. Tak jugak selama tu sebenarnya. Ada je officemate aku baru pakai 2 minggu, jerawat semua dah kecut. Cuma nak kena mention siap-siap je, jangan expect kesan yang cepat. Sebab apa? Sebab ni produk semulajadi. Bukan kau pakai produk kecantikan yang tinggi chemical sampai siap boleh iklan #kesanseawal3hari. Oh, memang takkan dapat. So aku bagitau siap-siap, nak cantek kena sabar. Jangan esok lusa datang claim pulak kenapa pakai seminggu tapi kulit still takde perubahan. S.A.B.A.R.
Set Normal - RM 40 |
Set Refill - RM 30 |
Set Combo - RM 60 |
Antiseptik - pH 2.5
- Berindak sebagai Anti-Bakteria
- Membasmi Jerawat
- Boleh digunakan untuk Kumur dan Ulser Mulut
- Sesuai digunakan untuk Luka, Kudis, Eczema, Psoriasis, Ruam, Gigitan Serangga, Gatal-Gatal dan Semua Masalah Kulit
- Meratakan Warna Kulit
- Melembabkan Kulit
- Melembutkan Kulit
- Mengecilkan Pori/Liang Roma
- Melembutkan Rambut
- Sembur KW Anti-Septic Water pada muka/kulit. Selepas 30 saat, semburkan KW Beauty Water.
Tu untuk cara guna yang formal la. Macam aku, pakai antiseptik tu 2 kali sehari, pagi ngan malam. Lepas spray antiseptik, aku tap tap muka dalam 30 saat, terus spray ngan beauty water. Beauty water tu bukan setakat toner, kalau lepas make up pun boleh spray, mesti nanti korang rasa muka macam glowing gitew. Betul tak tipu. Tak caya tanya officemate aku. Hehehe. Bukan tu je, beauty water ni boleh spray bila-bila masa. Contohnya lepas muka pedih kena panas matahari pergi beli goreng pisang kat makcik kiah, spray sikit. Mesti muka segar bugar balik. Antiseptik lak boleh spray kat badan sekali kalau ada jerawat kat badan.
Tapi kena ingat, ni cuma ionized water yang berfungsi untuk stabilkan p.H muka. Kalau nak keluar rumah, jangan la pulak tak pakai apa langsung. Calit la sikit skincare ke bedak ke, Kang udah muka sunburn dek panahan mentari zaman sekarang ni.
Tapi kena ingat, ni cuma ionized water yang berfungsi untuk stabilkan p.H muka. Kalau nak keluar rumah, jangan la pulak tak pakai apa langsung. Calit la sikit skincare ke bedak ke, Kang udah muka sunburn dek panahan mentari zaman sekarang ni.
Sebenarnya rasa macam banyak benda nak share, tapi jari-jemari speechless nak menaip. Hehehe. Nanti lain kali aku update lagi ape yang tertinggal tu.
Sesiapa yang berminat nak try, boleh usha IG aku.