It's been a long long longgggg time aku tak berblog. Bukan tak mau, tapi sebab abang long IT dah blocked semua siaran jimba-jimba dekat office. Balik rumah pulak macam sentiasa lemau. Maka terbiar la blog aku ni dipenuhi sawang. Sian dia.
Sempena merasmikan pengaktifan kembali, nak bagitau. Last week anniversary pertama aku. Dalam hati feeling bunga-bunga. Terasa diri diawangan. Hahahaha. Serius rasa macam baru semalam kawen, tup-tup dah setahun. Cepatnya masa berlalu.
Sempena 1st Anniversary ni, aku dan si jambang plan nak pergi jenjalan. Kalau ikut plan, memang macam-macam tempat nak pergi tapi banyak sangat hal duniawi ni yang tak mengizinkan. Sudahnya mereput la kami laki bini ulang alik Ipoh-KL, KL-Ipoh. Harapan anniversary pertama ni, mudah-mudahan cepat la aku dapat duduk bawah ketiak husband.
Pengalaman sepanjang kawen? Uish banyak gila. Mau 3 hari 3 malam pun tak habis lagi. Serius memula kawen banyak jugak la cabaran. Paling besar ialah nak kena terima hakikat diri dah ada tanggungjawab. Susah. Sebab selama ni pikir diri sendiri je. Memula kawen, husband suruh basuh seluar jeans pun rasa macam eh, pergi la buat sendiri. Tapi, melawan kang tak cium bau syurga pulak. Buat jugak walaupun dalam hati merepek berbakul. Lama-lama baru la paham tanggunggjawab. Tapi husband pun kena la paham. Kalau dedua kerja tapi husband balik kerja terbongkang, wife dah macam sotong kurita nak siapkan semua, itu dah melampau. Tapi aku takde la masalah tu sebab kitorang PJJ. Jumpa pun time weekend je. Lagipun sayang nak bergaduh, masa pendek. Kang bila pulak nak berbaik. Kena tunggu seminggu. Nanti dah rindu-rindu pulak. Dah nangis-nangis tepi bucu katil tunggu weekend seterusnya.
Mesti korang baca sambil cakap ala baru setahun boleh la. Betul, dalam harmoni kitorang pun ada jugak gaduh. 1st argument adalah pasal ikan bilis. See. Benda kecik je. Sebabnya aku dah biasa beli ikan bilis siap-siap kopek. Nak masak senang, cuci terus masak. Suami aku ni penjimat orangnya, ikan bilis dah siap kopek mahal, jadi suka beli ikan bilis raw. Kononnya nanti sweet la pakat dok kopek ikan bilis sebelum masak. Tiba masanya, dia elok je terbongkang tengok TV. Mula la rasa nak campak je taik ikan bilis yang dah kopek tu kat dia. Damn u husband! dannnnnn sampai sekarang isu ikan bilis tu tak setel lagi hampa tau dak? Gila lama kes pending. Mengalahkan kes mahkamah.
Disebabkan isu pemanasan global yang tak tertanggung sejak dua menjak tiga menjak ni, kitorang decided pergi Cameron Highlands jela. Kononnya nak cari sejuk. Persoalannya, sejuk ke? Hahaha. Sebelum pergi tu aku dah imagine dah how my 1st anniversary going to be. Mesti sweet-sweet, mesti banyak gambar best, mesti bla bla bla. Hasilnya, mesti la krik krik krik. Fine, there is no such things bila kau berjalan dengan manusia bernama Mohd Syafiq. Sila sedar diri wahai Farhana Azreen.
*menangis sendirian di bucu katil*
Nampak kabus berlari-lari anak kat luar tingkap pun dah buat aku terhibur. Yeayyy sejuk akhirnya. |
Semestinya orang yang paling penat kutip jem stoberi sepanjang perjalanan. Terbongkang teruih. |
Hari pertama tu takde la berjalan sangat, rehat-rehat je sambil stabilkan tekanan angin dalam badan. Pusing-pusing, makan-makan, lepak-lepak. The next day, kitorang pergi Ladang Teh BOH. Ini memang mengimbau nostalgia menangis di tepi batu sebab kereta hangit nak daki bukit masa nak amek gambar pre-wedding.
Nasib baik jalan ke ladang teh ni tak se-mencabar nak ke Mossy Forest masa pre-wedding tu. Kalau tak mau jadi drama tamil lagi skali. |
Tercapai la hajat si husband nak pergi minum kat sini walaupun minum dalam tekanan sebab manusia ramai bebeno. |
Setelah dibodek-bodek, akhirnya dapat la sekeping gambar paling berprestij ni. Sebab susah sangat nak dapat, aku rasa kena framekan gambar ni besar-besar gantung kat dinding rumah. Wakakaka |
Akhir kata, kami berjaya mengharungi 365 Hari pertama ni dengan jayanya. Kalau terbegaduh, mesti terpikir, ini la orang yang aku pilih, yang aku halalkan, yang aku relakan setiap zarah perbuatannya. Jadi la bahagia je kesudahannya walaupun kekadang hati panas kena soalan pedih Makcik Bedah yang sinis "takde isi lagi ke?", "bila nak ada baby?" dan yang seangkatan dengannya. Untuk makluman Makcik Bedah, kami dalam phase honeymoon lagi. Rezeki tu kan rahsia Tuhan. Harap Makcik Bedah dapat sabar menunggu.
-Sekian-