Aku
Aku ingat hari tu. Masa petang. Berebut mainan
atau mungkin cuma isu budak-budak. Aku ingat masa tu. Dalam diri aku cuma ada
rasa marah. Rasa tak puas hati. Aku kakak tapi aku tak boleh beralah, aku tak
suka berkongsi. Aku kakak tapi kakak yang selalu marah, yang selalu cari pasal.
Aku antagonis. Aku pukul dia dengan batang penyapu. Aku cubit dia sampai
berkudis. Aku suruh dia buat itu ini. Aku tak sayang dia. Aku selalu marah. Aku
selalu buli. Aku baik bila bersebab. Bila nak mintak tolong. Bila aku rasa
perlu.
Dia
Dia
sayang aku. Dengar cakap aku. Tak suka melawan. Bila aku ajak kayuh basikal
petang-petang pergi beli cactus, dia ikot. Bila hari minggu aku ajak pergi tangkap anak ikan dekat sungai, dia ikot. Semua dia buat. Aku masih tak sedar. Aku masih
penting diri.
Hari tu
Aku
ingat hari tu. Hari terakhir aku tengok dia. Bulan Ogos 2001 mungkin. Aku ingat
kata-kata terakhir aku. Aku ingat jugak pesan terakhir dia. Aku tak sedar, itu
saat terakhir kami. Aku tak sedar, aku akan hilang dia selamanya.
Sekarang
Bukan aku menidakkan. Bukan aku menafikan. Aku cuma taknak orang tahu aku manusia khilaf. Aku
hidup dalam kenangan. Aku hidup dalam kesal. Aku selalu berharap. Aku selalu
berfikir. Kalau aku boleh ulang masa. Mesti aku jadi kakak yang baik. Tanpa aku
sedar, aku rindu dia.
- Al-fatihah -
No comments:
Post a Comment