Wednesday, 30 January 2013

Vietnam #3


Fuuuuhhhhhh fuhhhhhhhhhh (tiup habuk sambil bersembur air liur)..dah basi dah cerita vietnam kitorang..souvenir pun dah habes diedarkan..tapi entry kat blog tak habes karang lagi..hahahaha..walaupun diri ini tau tiada pengikut tegar di sini, izinkan lah juga diri ini mem-publish-kan entry Vietnam versi ke-3 ni supaya boleh menjadi tatapan dan pedoman serta tunjuk ajar untuk para cik kiah yang mungkin bakal ke Vietnam dalam jangka masa terdekat ni..izinkan saya, izinkan saya..

Ok Vietnam #3 ni lebih kurang hari ketiga kat Vietnam la..memula kitorang plan nak ke sungai mekong..tapi disebabkan kos yang agak tinggi iaitu $17 yang bersamaan lebih kurang RM51, rombongan cik kiah saya berpikir berkali-kali untuk mengambil pakej tersebut..bukan kedekut ye..sebab pertama = baca review sungai mekong tu tak cantek pun, kotor je, macam geli sket (dah tawar ati sket)..sebab kedua = takot tak sempat nak shopping kencang memandangkan dalam masa dua hari sebelum ni asek pandang-pandang tenung-tenung je barang yang ade kat sana..jadi, setelah proses undian dilakukan, undian si Erin Ismail kalah terok di tangan mereka itu yang lebih mementingkan shopping..saya akur kengkawan..

Walaupun tak ke Sungai Mekong, idak la kitorang seharian suntuk berkampung dalam Ben Thanh Market tu..hari ketiga tu, pengisian paginya lebih kepada lawatan sambil belajar..pegi Independence Palace, Muzium, Pejabat pos dan tempat-tempat yang di kategorikan agak bersejarah..kali ni takde sebarang pengangkutan di gunakaan, kitorang jalan kaki berbekalkan peta habaq hang..huihhhhh basah gak la ketiak keliling pekan jalan kaki..kaki pun kembang setaman lepas tersepak batu dan terseret debu dan habuk jalanan di sekitar kota..

Lepas dah balik tukar baju dan mandi wangi-wangi sebab baju pagi tadi dah basah ketiak, baru la mulakan mission yang ditunggu-tunggu group rombongan cik kiah..terus serbu walaupun badan dah lemau..tapi itu bukan penghalang untuk mengahabiskan duit berguni-guni yang di bawa oleh kami..tapi, bukan petang je, sampai ke tengah malam shoppingnya..ada yang hepi ada yang tak hepi bila dapat tau ade yang dapat beli barang sama dengan harga yang lebih murah..tu la orang dah pesan jangan gelojoh, tak dengar jugak..padan muka sape yang terkena tu..hahahahahaha..bersama ini saya kepilkan beberapa keping gamba untuk tatapan korang semua ye..silakan..





hah mana pokok, mana askar, mana rumput pun dah tak tau..kompius..kompius..
The Independent Palace 






terasa kerdil diri ini bila bersama jelitawan Vietnam itu..
Pejabat Pos


sempat singgah Hard Rock..tapi hanya orang kaya berdua ni je yang membeli belah..:)
yeahh dah sampai Ben Thanh Market..
siyes rambang mata cakap kat awak..fuhhhh, bepeluh dahi nak buat pilihan..
kan dah cakap sampai ke malam shopping lagi..pantang jumpa orang meniaga, tepi jalan ke tepi longkang ke, sume singgah..:)
banyaknye duit kak awien..sebab muka kak awien yang siyes dan muncung tu, tak sempat tawar menawar, orang tu dah bagi murah..kecut perut dorang..hahaha

Malam tu semua balik hotel dengan tangan yang penuh menjinjing bungkusan..naek la musle sensorang bawak hasil belian yang tak ternilai tu..hewhewhew

Tuesday, 29 January 2013

Terapi Ion


Dah berapa tahun korang semua hidup? puluh-puluh tahun dah kan..selama puluh-puluh tahun tu jugak, penah tak korang terpikir mane peginye semua sisa toksin yang tak dapat dicernakan badan korang tu? kua jadi peluh ke? air kencing ke? wee wee ke? haa, pikr ye pikir..

Dari mane datangnya toksin tu jangan tanya aku ye..pegi tanya incik google yang lebih arif..tapi penah ke korang terpikir nak kuarkan semua toksin tu dari badan? sebelum ni banyak gak kaedah nak kuarkan toksin dari badan, ade minum teh la, pakai kinohimitsu la, mak nenek ape lagi kan..

Yang terbaru (tapi takde la rasa baru sangat kot) orang semua sebok cakap pasal terapi ion..kaedahnya rendam kan kaki korang dalam air yang dicampur dengan natural therapeutic salt atau lebih glemer dengan nama kampungnya garam bukit..pastu ada la arus letrik kecik dalam air tu..kang bagi letrik kaw-kaw, ramai lak yang kejong kat situ..tak gitu?

Antara kebaikan terapi ion ni :
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menguatkan fungsi daya ingatan
  • Menghalus dan mencantikan kulit
  • Mengurangkan dan mengawal kolestrol dalam badan
  • Memperbaiki fungsi buah pinggang dan hati 
  • ada banyak lagi..tapi aku kan pemalas nak taip..jadi, maafkan daku..:)

Untuk mengetahui kesahihan kaedah rawatan terapi ion ni, maka dengan senang hati aku dah pegi cuba..nak tengok hasilnya? tadaaaaaaa

memula nampak tak air suci lagi jernih tu..
bila dah masuk 15 minit, air tu pelan-pelan tukar kaler..
pastu nampak la keladak ni keluar..nampak cam sikit je..sempat terpikir, ooo dalam badan aku tak banyak toksin..skaliiiiiii.........................
naahh..ni kau punye tak banyak?? jangan tenung lelama, ngigau nanti..hahaha
bila kali kedua dan ketiga dah takde dah..tapi bergantung la kadar toksin dalam badan korang..kalau banyak, kali kedua ketiga pun banyak la keluar..

Mesti penasaran kan nak tau kalau kuar keladak hitam ke hijau ke oren ke ape maknanya..mari aku terangkan :
  • Kuning kehitaman : toksin dari buah pinggang dan hati
  • Kuning kemerahan : toksin / asid daripada penyakit gout
  • Kuning berminyak : toksin mengandungi kolestrol
  • Coklat : toksin dari hempedu /  hati
  • Hijau tua : toksin dari (pundi hempedu (batu karang)
  • Buih putih : toksin dari kelenjar limpa
  • Buih gelembung : toksin yang menyebabkan gastrik
  • Zarah putih keju : ortoprosit tulang
  • Hitam : toksin dari paru-paru, minuman berkafien, nikoton, rokok dan ubat-ubatan
  • Merah : ketulan darah beku dan perjalanan darah yang tak lancar

Sahih atau tak, wallahualam..dah itu yang dia explen..aku sekadar cuba dan berkongsi..kalau nak tau, cuba la sendiri..tak mahal pun..sekali buat RM 10 untuk 30 minit..seeloknya orang tu cakap kena buat 3 hari berturut-turut..selamat mencuba..:)

Thursday, 24 January 2013

Vietnam #2


Heyoooo..ok sekarang nak cite pasal Vietnam lagi..sila la jangan jemu ye kawan-kawan..hehehe..kali ni kite cite pasal pegi Cuchi Tunnel lak..tau tak ape benda ni? kalau korang peminat sejarah kompem tau kan..bagi yang tak tau, Cuchi Tunnel ni adalah tempat penduduk tempatan vietnam menyorok masa Perang Dunia dulu..bukan sorang, bukan dua, tapi lebih kurang 180 ribu orang..haa cuba la imagine camne nak duduk dalam terowong sempit ramai-ramai, takde cahaya, takde angin..bukan sehari dua nak duduk betapa dalam tu..boleh sesak nafas kot..dan disebabkan terowong tu jugak la Vietnam boleh menang dalam perang tu..hebat kan..

Harga tambang $10/person siap dengan tourist guide..kalau ikotkan gerak dari hotel pukul 7.45..tapi delay sket..sempat la kak awien makan karipap kegemaran beliau yang dibeli di kedai Hajah Basiroh depan hotel sambil tunggu bas yang datang lambat tu, hewhewhew..perjalanan dari bandar Ho Chi Minh nak ke Cuchi Tunnel ni amek masa lebih kurang 1jam 45 minit..sebab apa lama? sebab bas pun gerak lebih kurang dalam 60km/j je..jadi kitorang pun tido bangun tido bangun tak sampai-sampai jugak..hahahaha, dasar semua si kaki tido..

muka segar sebelum masing-masing melentok liuk dalam bas..hahaha
camne nak laju kalau sesak camni..
Sepanjang perjalanan, encik tourist guide kitorang, Jackie, tak berhenti cite pasal sejarah Vietnam..tapi sebab masing-masing ngantuk..tenggelam timbul je dengar..tapi yang paling menarik, ada satu perkampungan ni, masa perang dulu dorang ada lepaskan bahan chemical..tujuannya untuk kosongkan kawasan tu..bila terkena dekat penduduk situ, sampai sekarang genetik dorang tak sempurna macam kita semua..senang cite cacat la..kesian kan..dorang tu sekarang generasi ke-3 dan jugak merangkap generasi terakhir..sebab dorang ni tak dibenarkan ada zuriat dah..dorang ni buat kraftangan untuk menyara kehidupan seharian..tapi korang jangan terkejut, walaupun dorang tu camtu, hasil seni yang dorang keluarkan tu, siyes halus..seni siott..kita yang sempurna ni pun belom tentu sabar dan boleh teliti nak buat semua tu..

encik Jackie Chan yang suke bercerita sampai orang tertido..
ni lah tempatnye..
salah satu..nampak tak lukisan tu..dorang pakai kulit telur je tau..tekun kan..
pantang jumpa cahaya..
 Lepas melawat perkampungan kraftangan tu, kitorang pun gerak la ke destinasi sebenar..sampai kat sana, terus pegi kaunter beli tiket..tiket masuk VND 90,000..kat dalam ni nanti boleh la tengok jenis perangkap yang penduduk Vietnam guna masa perang, kereta kebal, bom dan macam-macam yang berkaitan dengan perang dorang..tapi yang palinggggg best, masuk terowong dan pegi menembak..

sampai dah..

masa ni rasa taknak masuk..sebab sempit dan gelap..takottttt!!
lepas tu dah ubah fikiran..jom..tapi kalau nak masuk ni make sure bawak tourch light..siyes gelap gelita tak nampak ape..dup dap dup dap nak sampai pintu keluar..takot salah jalan..huhuhu

yeayyyy dah keluar..oksigen oksogen!! eh kakwin masuk ke tadi?ekekeke
camni la lebih kurang struktur  terowong tu tadi..
semua kusyuk..
tengok mia..kalau amek gamba memang camni gaya..mia kata, "gambar i exclusive okey.."
tapi kejap je la..pastu dah geng lepas keluar dari terowong..haa jangan tekejut, si kecik ni pun jiwa kental tau, berani masuk terowong..orang laen merangkak, dia rilek je jalan..

lepas tu pegi menembak..seketul peluru harganya VND 60,000..minimum kena beli 10 ketul..aim sasaran kemain, lepas dah tembak ke mana ntah pegi peluru tu..failed nak jadi askar..tapi kak sue paling terer, sebelah tangan je menembak..hihihi
Lepas menembak ni habis dah sesi kat Cuchi Tunnel..semua pun berakit-rakit masuk bas..masuk bas semua tenganga tido, penat kan..sampai hotel lebih kurang pukul 3..rehat jap..petang kang nak merayau lagi..nanti kite jumpa dalam Vietnam#3 lak ye..jangan lupe jenguk blog kak sue untuk cerita vietnam version lain..till then..:)

Wednesday, 23 January 2013

The Grand Finale


Sebelum ni dah ade citer kan pasal Petronas Switch for Extra Road Challenge..alaa yang selalu promote diri sendiri dan team sendiri tu..tapi tu la korang semua..tak nak tolong vote tolong like, kan dah kalah dengan jayanya..hahaha..ok takpe, kalah tu perkara biasa dalam game..adat la kan..yang penting experience yang i dapat through the day..

Jumaat lepas, berlangsung lah Grand Finale untuk Petronas Switch for Extra ni..setelah hampir dua bulan kot bagi masa korang semua untuk mengundi..jumaat tu jugak i baru sampai dari Vietnam..lepas landed lebih kurang pukul 5 terus pecut laju-laju ke G-tower..sebab kena ada sana pukul 5.30..memang imposible la kan..jadi i cuba secepat yang mungkin la untuk sampai sana..dengan muka bekerak baru sampai dari Vietnam, terasa macam retis fofular tau berkejaran sana sini untuk pegi event..dan yang paling seronok..jem terok giler babish nak pegi G-Tower tu..Syakira pulak dah panas bontot sebab dekat kul 7 i tak sampai lagi..sorry beb..dan disebabkan jem nenas yang sangat teruk tu, dengan tak rela hati terpaksa keluar keta berlari-lari lintas jalan pegi sana..wallaahhh, first time dalam hidup buat camtu..huahuahua

Sampai je tingkat 28, tengok Syakira dah mundar mandir depan pintu lift..hahahaha..terus pegi tuka baju dan minum sebab dah penat lari-lari ayam lintas jalan tadi kan..nampaknye kali ni Hanis the diva sampai dulu daripada supporter dia yang sorang ni..sorry lagi sekali untuk semua yang menunggu i..tapi still takleh start sebab Scha, Awal dan FBI still sangkut dalam jem nenas tersebut..nasib baek..ingatkan i yang paling lambat sampai..huhuhu

Dekat pukul 8 baru la start red carpet..malu tau jalan atas red carpet sambil camera kejar-kejar..lagi sekali felling retis fofular, hahahaha..dan masa yang ditunggu telah tiba..di umumkan..pemenang untuk Petronas Switch for extra adalah team FBI..yeayyyyyy memang dah agak dari awal..tahniah korang..dapat seploh ribu..huaaa nak jugak..sebab dah kalah, terus pegi makan banyak-banyak..tebus rasa kecewa..hikhikhik

senyum-senyum bajet boleh menang la nih??

ini muka penat dari Vietnam..

hah dia la paling lapar..makan tak tengok orang dah..syafiq yang bertanggungjawab sebagai driver, partner, photog pada hari kejadian..


Lepas makan incik photog tak berbayar i tu suka berkeliaran, makanya i jadi forever alone duduk atas kerusi kat tepi dinding sensorang sambil tunggu bila event nak abes..nasib baek lepas tu production team datang beramah mesra..tetiba Daphne Iking cakap okey cuba tengok bawah kerusi masing-masing ade pape envelope tak..and wehuuuuuu tak sangka kerusi yang disangka untuk forever alone tadi ade tampal envelope yang membolehkan tuannya dapat Gift Card Petronas bernila RM100..ok la kan dari tak dapat pape, dah la kalah tadi..hahaha


Jadi kiranya tak pulang dengan tangan kosong la..Alhamdulillah..ape yang penting experience, dapat kenal dan jumpa kawan baru..Tiffany, Huda, Umadevi dan semua lah, korang memang best!! Petronas, thanks for this..:)


Tuesday, 22 January 2013

Vietnam #1


Pada pendapat aku Vietnam ni macam sebuah kota sejarah yang masih cuba membangun, meningkatkan taraf hidup dan taraf ekonomi sendiri lepas sekian lama hidup dalam perang..tapi sekarang okey la..dah maju sket, dah ramai tourist datang dan sebab kemasukan tourist ni la Vietnam cepat membangun..siapakah tourist bertuah itu??

ni lah dia..geng biasa cik kiah, tapi kak syila takde dalam gamba..tak tau la merayau ke mana..
ni pulak peserta tambahan yang baru join masuk group, hehe
terbang lebih kurang sejam setengah, dah sampai pun..kalau terer baca la apa nama airport tu..
benda pertama yang menarik perhatian sebelum sampai hotel, tiang letrik..pecah kepala kalau bagi orang TNB  kita keje sini..

nahhh motor..besepah..lepas tu bising nak mampus..semua pun nak tunjuk ade hon..dorang ni memang suka tekan hon, korang tak buat pape pun still kena hon..walaupun nampak crowded camni, kadar kemalangan kat sane kurang..

sebelum datang banyak survey kat tenet, kalau orang Malaysia datang Vietnam mostly duduk kat Pink Saigon 2, tapi kitorang duduk kat Thant Thu..sebab rate hotelnye murah sket..untuk 3 malam, bilik 5 orang cuma $135..
lepas balik hotel mandi wangi-wangi terus siap jalan tengok kawasan..otw nak ke Ben Thanh  Market..ni la benda pertama yang dorang beli..jambu merah ni $1 je sekilo..murah kan? tapi jangan amek gamba tau..nanti aunty ni jerit, oooiiiiiiii no photo!!..tanjat den, tapi sempat gak snap sekeping, jangan kedekut sangat aunty, nanti tak murah rezeki..hahaha
tu la Ben Thanh Market..
penggemar kaen mesti terus duduk besila dalam market ni..bling-bling mata sensorang tengok kaen..tapi hari pertama ni kitorang tak beli pape pun, survey dulu..tapi kan...
wanie dah tahan godaan nengok selendang tu..3 helai terus beli, balik hotel menyesal..hahahaha..beli dalam keadaan terpaksa sebab tukang jual tu dah macam nak nanges tanye why u dont want to buy? please help me..today's not my lucky day..jenuh la sebab dialog dorang ni sama je..dah macam robot yang kena program, kalau orang nak beli, cakap benda tu..jadi untuk hari pertama ni kitorang belajar, kalau taknak beli jangan tanya pape..huhuhu
malam pulak kitorang merayau-rayau kat pasar malam..ade orang cakap kat pasar malam ni harga barang lagi murah dari kat Ben Thanh Market..jadi kitorang nak cari kesahihan rumours tersebut..tapi tak rasa exclusive pun kat sini..ramai gila orang Malaysia..
survey bag..(dah belajar dari pengalaman, tengok je..jangan tanya harga..)
Setel sudah hari pertama di Vietnam..balik awal dan rehat secukupnye..esok nak merangkak dalam terowong pulak..till then..:)