Wednesday 30 January 2013

Vietnam #3


Fuuuuhhhhhh fuhhhhhhhhhh (tiup habuk sambil bersembur air liur)..dah basi dah cerita vietnam kitorang..souvenir pun dah habes diedarkan..tapi entry kat blog tak habes karang lagi..hahahaha..walaupun diri ini tau tiada pengikut tegar di sini, izinkan lah juga diri ini mem-publish-kan entry Vietnam versi ke-3 ni supaya boleh menjadi tatapan dan pedoman serta tunjuk ajar untuk para cik kiah yang mungkin bakal ke Vietnam dalam jangka masa terdekat ni..izinkan saya, izinkan saya..

Ok Vietnam #3 ni lebih kurang hari ketiga kat Vietnam la..memula kitorang plan nak ke sungai mekong..tapi disebabkan kos yang agak tinggi iaitu $17 yang bersamaan lebih kurang RM51, rombongan cik kiah saya berpikir berkali-kali untuk mengambil pakej tersebut..bukan kedekut ye..sebab pertama = baca review sungai mekong tu tak cantek pun, kotor je, macam geli sket (dah tawar ati sket)..sebab kedua = takot tak sempat nak shopping kencang memandangkan dalam masa dua hari sebelum ni asek pandang-pandang tenung-tenung je barang yang ade kat sana..jadi, setelah proses undian dilakukan, undian si Erin Ismail kalah terok di tangan mereka itu yang lebih mementingkan shopping..saya akur kengkawan..

Walaupun tak ke Sungai Mekong, idak la kitorang seharian suntuk berkampung dalam Ben Thanh Market tu..hari ketiga tu, pengisian paginya lebih kepada lawatan sambil belajar..pegi Independence Palace, Muzium, Pejabat pos dan tempat-tempat yang di kategorikan agak bersejarah..kali ni takde sebarang pengangkutan di gunakaan, kitorang jalan kaki berbekalkan peta habaq hang..huihhhhh basah gak la ketiak keliling pekan jalan kaki..kaki pun kembang setaman lepas tersepak batu dan terseret debu dan habuk jalanan di sekitar kota..

Lepas dah balik tukar baju dan mandi wangi-wangi sebab baju pagi tadi dah basah ketiak, baru la mulakan mission yang ditunggu-tunggu group rombongan cik kiah..terus serbu walaupun badan dah lemau..tapi itu bukan penghalang untuk mengahabiskan duit berguni-guni yang di bawa oleh kami..tapi, bukan petang je, sampai ke tengah malam shoppingnya..ada yang hepi ada yang tak hepi bila dapat tau ade yang dapat beli barang sama dengan harga yang lebih murah..tu la orang dah pesan jangan gelojoh, tak dengar jugak..padan muka sape yang terkena tu..hahahahahaha..bersama ini saya kepilkan beberapa keping gamba untuk tatapan korang semua ye..silakan..





hah mana pokok, mana askar, mana rumput pun dah tak tau..kompius..kompius..
The Independent Palace 






terasa kerdil diri ini bila bersama jelitawan Vietnam itu..
Pejabat Pos


sempat singgah Hard Rock..tapi hanya orang kaya berdua ni je yang membeli belah..:)
yeahh dah sampai Ben Thanh Market..
siyes rambang mata cakap kat awak..fuhhhh, bepeluh dahi nak buat pilihan..
kan dah cakap sampai ke malam shopping lagi..pantang jumpa orang meniaga, tepi jalan ke tepi longkang ke, sume singgah..:)
banyaknye duit kak awien..sebab muka kak awien yang siyes dan muncung tu, tak sempat tawar menawar, orang tu dah bagi murah..kecut perut dorang..hahaha

Malam tu semua balik hotel dengan tangan yang penuh menjinjing bungkusan..naek la musle sensorang bawak hasil belian yang tak ternilai tu..hewhewhew

No comments:

Post a Comment