Holllaaaaaa.
Seperti biasa, aktiviti wajib Unit Teknologi Maklumat setiap tahun ialah jenjalan makan angin. Lepaskan penat lelah bekerja. Kalau tak cuti, kejap lagi semua budak IT boleh bertukar jadi thumbdrive macam cerita Lucy tu sebab penggunaan otak lebih dari peratus sepatutnya (alasan kena power, hahaha)
Destinasi kali ni Melaka. Ikutkan kitorang nak pergi Pulau Pangkor je. Tapi sebab last minit buat keputusan, kat Pangkor dah takde hotel yang available. Maklum la, cuti sekolah kan sekarang. Jadi redah jela ke Melaka. Jauh yeop, patah pinggah jugak la rasa dok dalam kereta.
Perjalanan dari Ipoh mula jam 10 pagi, singgah kat RnR Tapah untuk breakfast dan kat Restoran Jejantas Ayer Keroh untuk lunch. Itu je persinggahan dia. Cer teka jam berapa kitorang sampai? Kul 5 petang. Lamaaaaaaaa gila kan. Sebab perjalanan lama nau-nau, memory card phone hanya dipenuhi gambar-gambar selfie bajet comey je. Hehehehe. Kitorang stay dekat The Emperor Hotel. Lepas check-in, macam biasa, kena buat sport-check view. Bukak je tingkap, waaaaaaaa tanteknya.
|
View kanan, siap nampak laut. |
|
View kiri. |
Ikut jadual, jam 6 camtu keluar bersiar-siar, tapi tak jadi. Pengembaraan hari pertama bermula dengan dinner dekat Asam Pedas Jr. area Dataran Pahlawan. Tak lengkap la kan datang Melaka kalau tak makan asam pedas. Makan situ not bad. Sedap! Cuma bagi aku mahal sikit. Sebabnya kitorang amek ikan asam pedas 3 ketul, ayam goreng lebih kurang 3 ketul, sayur 2 pinggan, telur dadar, sotong paprik 2 pinggan dan air berperisa untuk 8 orang, total semua dalam RM 160. Tapi tak kisah la, yang penting sedap.
Lepas dah penuhkan tangki perut masing-masing, kitorang pun berakit-rakit la cari kat mana letaknya River Cruise Melaka ni. Ikutkan nak jalan, tapi sebab ada budak-budak kecik, macam susah je. Kalau jalan sebenarnya dekat je, tapi sebab naik kereta, berpusing-pusing + pening cari parking. Dekat setengah jam baru settle. Tiket River Cruise ni RM 15 untuk dewasa, RM 5 untuk kanak-kanak.
|
Bukan tengok luar pun, lebih kepada melayan bebudak je. Aliya je elok dok ngadap luar menikmati pemandangan. Hehehe |
|
Feeling tengah naik gondola kat venice giteww. |
|
Selepas percubaan ke-600 kali, baru la dapat muka elok sikit. Aku rasa semua ni sebab effect tempias air sungai sampai basah baju tudung seluar, muka pun tak berapa nak jadi (kenapa rasa alasan tu macam tak munasabah je, hahaha) |
|
Dapat fridge magnet dengan keychain. Happy, takyah susah-susah nak beli dah. |
|
Ini pun kira salah satu otai kat Melaka. Kalau tak silap, naik beca ni sejam RM 40. Tak sure sebab kitorang tak naik, tumpang bergambar je. |
Hari kedua ni kita mulakan dengan trip ke A Famosa. Kitorang takde la pergi semua pun. Cuma ke Safari Wonderland je. Tiket masuk, RM 50 utntuk dewasa, RM 40 untuk kanak-kanak. Ini siap termasuk set lunch. Jadi takyah pikir keluar duit untuk makan lagi dah. Harga tiket macam biasa la, mahal sikit sebab weekend + school holiday.
|
Yang tinggi lawan tokey tu adik aku. Menyampah bergambar dengan dia sekarang ni. Huh! Si kenit tu Aliya dan si Bambam tu Ikhwan. |
|
Ingat lagi si gebu dan tembikai masa entry Morib dulu. Dah besar dah sekarang. Muka takde perasaan je tengok rabbit tu. Papa mama dia pulak yang excited lebih. |
Dah nama pun Safari, korang redha jela tengok gambar-gambar binatang kat bawah ni ea.
|
Kalau nak naik gajah ke unta ke, fee dia RM 10/person. |
|
Lepas dah puas pusing tengok binatang, kita tengok show pulak. yang ni wild wild west. Terus rasa macam duk kat Pekan Koboi. |
|
Next, Colors of Bird. |
|
Next, Multi Animal |
|
Last, Elephant Show |
|
Masa tengok Elephant Show ni, kitorang kena dok depan sekali sebab masuk lambat. Memang kena cuit-cuit je la ngan belalai dia. Geli pun ade. Siap kuyup la sape yang duk depan kena sembur ngan gegajah ni. Hahahaha |
Setel misi lawatan budak sekolah mengenal binatang, kitorang pun gerak ke Perkampungan Ikan Bakar Umbai. Ikutkan nak makan dekat Pernu, boleh duduk dalam sampan. Tapi Peros cakap selalu full kat situ. Terus tak jadi sebab dah lapar, malas nak tunggu lama-lama.
|
Kitorang makan kat kedai ni. Tingkat atas. |
|
Sebahagian menu malam tu. Semua memang tip top. Sedap gila. Ketam, udang, sotong semua fresh. Isi pun banyak. Paling layan makan ketam tula. Tetiba rasa nak makan lagi. Pastu makan banyak gila camni siap air 3 jug, baru RM 200. Murah okey! |
|
Ini orang penting bila sampai part makan. Tugas dia, memastikan tiada pembaziran berlaku pada hari kejadian. Tenkiu Peros. |
Lepas dah kenyang, semua pun berakit-rakit balik hotel. On the way balik semua diam je layan perasaan sebab ngantuk kekenyangan. Peros siap tido terus. Hahaha
- Selesai Hari Kedua -
Hari ketiga ni ikutkan kitorang plan nak naik Duck Tour. Tapi malangnya bila nak beli tiket, trip yang available jam 5 petang. Terpaksa cancel. Kang jam berapa pulk nak sampai Ipoh. Jadi pengisian last day ni cuma shopping kat Dataran Pahlawan + cari souvenir kat kedai-kedai berdekatan. Masa tu beria beli cencaluk, belacan, gula melaka nak bagi kat orang. Yang azabnya bila part nak jinjit ke kereta la. Naik lebam tangan sorang-sorang. Time beli, tak ingat dunia lagi, mendapat la.
|
On the way balik, singgah sini jap naik kereta lembu. |
Lepas setel kereta lembu ni, kitorang terus gerak balik ke Ipoh. Disebabkan terlalu banyak singgah-menyinggah dan takde planning rapi untuk last day tu, semua jadi lambat. Jam 11 malam baru sampai Ipoh. Nasib esoknya aku cuti. Macam bebudak lain, lebam sikit la esok nak bangun pagi pergi kerja. Hehehe. Sekian saje entry jenjalan untuk kali ni. Till then. Daa.
**Sorry la entry panjang gila, malas nak pecah-pecah entry ikut hari/tempat.