Thursday 3 April 2014

Bila Aku Terkenang.....


*sila abaikan tajuk entry yang sedikit macam harem tuh


Lama betul rasanya aku tak jumpa dia ni. Padahal kalau tak silap baru minggu lepas bertentang mata sambil ngadap teh tarik lepas balik dari Hospital Pantai. Tapi situasi masa tu tak sama macam selalu. Sebab dah lewat malam dan dah masuk waktu tido princess. Jadi otak tak berapa loading nak nyembang banyak. Dalam tak loading tu sempat jugak la aku paw lighter dia. Ekekeke.

Kalau dulu, setiap kali lepas balik kerja confirm mengadap. Dah mengalahkan pasangan kapel pulak kan hari-hari kena jumpa. Bukan apa, rasa macam masa tu dia jela yag ada dan paham semuaya. Plus, dia jela kaki merayau dan melayan aku. 

Mana tak nya, dedua pun gila. Kalau lapar, mau pergi cari makan sampai ke Penang. Kalau panas, mau panjat Cameron Highland cari sejuk.

Gila aku rindu weh nak macam dulu tu.

Rindu nak nanges-nanges bila tak dapat nak elak kura-kura melintas tengah jalan. HAHAHA~

Rindu jugak nak baca update blog gila dia tuh! Tapi sejak dah keluar daerah ni, jarang pulak dia meng-update. Agaknya dah takde idea sebab dah lama tak membodoh dengan aku kot.

Kawan sama tarikh lahir, if u alert this, I MISS YOU





*psssttt, suwit tak gua? hahahaha

No comments:

Post a Comment