Ketombe atau kelemumur atau nama saintifik pityriasis capitis merupakan satu fenomena biasa yang dialami oleh 50 peratus manusia di seluruh dunia..keadaan ini disebabkan oleh kehadiran sejenis yis iaitu malassezia globosa di permukaan kulit kepala yang memakan sebum kulit (lipid) dan kemudiannya mengeluarkan sejenis molekul..molekul yang dirembes ini punca kulit kepala menjadi berkuping dan terjadinya kelemumur..bila dah ade kelemumur ni mula la asek nak garu kepala je..kalau sehari tak syampu rambut pun dah rasa azab gila..pastu confiden level pun menurun bila ada orang tegur, "eh ade kelemumur la kat kepala awak..!!" oh, terima kaseh awak sebab concern (tapi tolong jangan tegur kuat-kuat depan orang hoi!! itu bukan concern, tapi menjatuhkan namanya..paham? kalau nak cakap pegi bisik pelan-pelan belakang pintu supaya orang laen tak dengar, huhuhuhu..)
okey, geliiii..
Kalau nak tulis sebab kelemumur ni bleh ade atas kepala, banyak gile weh..tapi meh aku senaraikan punca-punca yang aku rasa glemer dah menjadi penyebab kepada ramai orang :
- Seborrheic dermatitis - gatal-gatal dan kulit kepala berminyak
- Kurang mencuci rambut - sebab kalau jarang cuci, minyak dan sel kulit kepala akan jadi tebal dan terhasil lah incik kelemumur..
- Produk penjagaan rambut yang tak sesuai - oleh itu, kaji dulu syampu ape yang sesuai..jangan maen balun je..
- Kekurangan nutrien penting - ni boleh kira sebab faktor pemakanan la kan..jadi sila pilih makanan seimbang ye kawan-kawan..
- Tak cukup tidur, tertekan, letih dan gelisah - jadi sila rehat secukupnya dan jangan stress sangat..
Dan ni pulak cara-cara nak mengatasi masalah kelemumur :
- Guna syampu anti-fungus..agen seperti ketoconazole, bifonazole dan ciclopiroxolamine (juga dipanggil ciclopirox) yang terdapat dalam formula berlainan seperti krim, gel, losyen dan syampu boleh membantu mengatasi masalah ni..yang ni takde hal sebab kat pasaran sekarang pun besepah syampu anti kelemumur..antara sesuai ke tak je nak guna..tapi korang kena ingat, syampu anti kelemumur selalunya berkesan sebanyak 99.9%..kelemumur ni pulak adalah kaum kerabat kulat, jadi baki 00.1% tadi bila-bila je boleh merebak jadi banyak dalam masa 24 jam..kiranya syampu lebih kepada merawat, melegakan dan mengurangkan jela..takde sampai tahap nak menghilangkan..sebab kalau dah hilang terus, lepas ni korang takde la beli syampu anti kelemumur lagi, rugi la syarikat syampu tu nak habaq hang..
- Rentetan dari gejala dari point pertama, apa kata korang yang ada masalah kelemumur ni rajin-rajin la sket merawat kepala korang ngan cara alami..senang cite pakai bahan tradisional..jangan pandang enteng ye sebab sesetengah tu memang mujarab..ada yang guna daun pandan, santan dan yang paling glemer pakai limau purut..tenyeh dan sental la puas-puas kat kepala tu..
- Sebelum ni banyak la orang cakap kelemumur tak berjangkit..hah ye la tu..semua tu stetmen propa dan helah syarikat syampu je..yela bila cakap camtu ramai orang gesel-gesel kepala pastu jangkit..pastu ramai la jugak yang beli syampu anti kelemumur..pastu syarikat tu pun untung lipat kali ganda..kita ni dok situ jugak kelemumur berkepu-kepuk..dah nama pun kelemumur tu fungus a.k.a kulat..dah sah-sah la kulat tu merebak dengan cepat..makanya lepas ni jangan share sikat dengan orang yang ade kelemumur..cakap kat dorang leklok bukan sebab kedekut, tapi secara jujurnya, tak larat nak menanggung salji yang mencurah-curah..
Macam orang cakap, rambut adalah mahkota wanita..terutama awak yang free hair tu kan, silap sket nampak terus..yang pakai tudung lak jangan la pikir takpe takde orang nampak rambut aku..balik rumah bukak tudung, nah rambut kau, nauzubillah..kena la rajin sket kalau nak cantek..bukan wanita je, laki pun sama..kalau rambut bau kepam, nak dekat pun malas..:)
No comments:
Post a Comment