Friday, 25 July 2014

Shopping Raya Anak Angkat Menteri Besar Perak


Assalamualaikum.

Sampai sudah ke acara tahunan YBUDR setiap kali bulan puasa. Nak raya kan, harusla shopping raya. Macam tahun-tahun sebelum ni, anak-anak angkat MB ni akan diraikan dan di bawa untuk membeli dan belah dengan bantuan tenaga empat kerat akak abang YBUDR. Destinasi tahun ni, Mydin Meru Raya.

Setiap staff akan dapat anak angkat masing-masing ikot daerah. Macam tahun lepas, aku jaga Daerah Kuala Kangsar. Tahun ni pulak dapat Daerah Hulu Perak. Tahun lepas malangnya sebab bas yang bawak anak angkat aku sampai lambat. Jadi kitorang dah tak cukup masa nak memilih dan membeli. Ingatkan tahun ni dah takde la masalah camtu. Malang lagi sekali, sama jugak. Still anak angkat daerah aku antara group terakhir yang sampai. Masa diorang sampai, ada yang dah siap shopping pun. Sadis! Yang nasib baiknya, tahun ni aku jaga sorang je. Senang sikit nak buat keje, focus kat dia je.

Biasanya, bajet untuk setiap anak angkat shopping, RM250. Rasa macam sikit kan, tapi nak habiskan RM250 tu agak azab la. Sebab kebanyakan diorang ni agak pemalu. Bila kita tanya nak apa, semua diam senyum-senyum je. Bila pilihkan, tak berkenan pulak. Dilema betoi. Hahaha

Sue dan anaknya tengah semangat pilih kasut.
Ni anak si Jaswant. Kemain tilik seluar.
Anak si yani dan tudung. Tak tau la siapa excited lebih ni.
Kolaborasi pilih songkok dari Khairul Azmi & Yashir.
Baju, tapi tak beli pun. Sebab anak aku ni chineese. Jadi dia takde perasaan nak beli baru raya bagai. Dia beli baju biasa-biasa je dan disebabkan baju biasa-biasa tu agak murah + mydin bagi lagi diskaun extra, makin susah nak habiskan RM250 tu.

Dah setel shopping, semua turun berkumpul kat bawah tunggu kehadiran MB dan vip lain semua. Cer teka apa aktiviti wajib? Pandaiiiiiiiiii. Selfie! Hahaha

Irin vs Erin
K. Kinah, K. Zura, K.Isna dan Ayu
Dah nama pun pompuan. Sempat la kitorang jelajah kedai-kedai emas kat bawah tu. Siap rembat katelog. Konon nak beli sangat la tu. Pak Dolly reporter pun sempat menjoyah sekali. Hahaha
Tokey besar Mydin.
Line up please. MB dah sampai. :)
Lepas ucapan semua, penyampaian duit raya. Tahun ni seronok diorang. Dapat 2 angpau. MB Inc pun sponsor duit raya jugak. Sempat makcik tukang pegang angpau dagu berlapis kat belakang tu menyelit entefreme. Ekeke
Happy them. Selamat Hari Raya.

Thursday, 24 July 2014

Imarah Ramadhan Bersama Komuniti Orang Asli Suak Padi


Setakat ni, aku rasa ini la program paling mencabar aku buat sepanjang bulan puasa ni. Kalau sebelum ni, majlis buka puasa, datang - duduk - baca doa - makan. Memang rasa macam vip jugak la. Tapi dekat Kampung Suak Padi, Bota ni memang tak dapat la kalau nak berangan vip macam sebelumnya. Semua benda kena buat sendiri.

Kitorang janji nak gerak dari Ipoh lebih kurang jam 12 tengahari. Sebab kena ada kat sana dalam jam 2 petang. Memandangkan bebudak YBU ni suka janji melayu, tu yang janji awal sikit. Aku pulak dalam team masak-memasak. Lagi la nak jadi point kena datang awal, uhuk! Dah la kena masak banyak - bubur lambuk, ayam masak merah, dalca, ikan goreng bla bla bla.

Sampai je sana, tengok orang kampung tengah prepare barang-barang nak masak, ada yang tengah potong sayur, siang ikan, basuh ayam, macam-macam lagi la. Kitorang pun cargas pergi tolong ape yang patut.Yang tak bestnya, haus pulak bila buat kerja tengah padang camtu. Selalu kerja dalam aircond je (eh, macam ter-berlagak pulak statment. ehehe)


Nampak tak si joyah Ayu ngan Kak Irin. Tengah potong-potong pun sempat gosip. Sampai senget-senget mulut. Hahaha. 
Team goreng ikan.
Kan dah cakap, dorang memang joyah. Kat mana-mana pun mesti bergosip.
Masa ni YB datang kejap melawat kawasan. Semua pun buat-buat rajin nak kacau bubur lambuk tu. Aku rajin enteframe je. Hahaha
 Dah siap masak semua, kitorang kena daki bukit pulak nak pergi surau. Tapi idak la mendaki pakai kaki, pakai kereta. Bapak punya tinggi bukit, kereta pun mati oo. Neves mak. Dupdapdupdap sat. Rehat jap, pastu mandi, pastu bersiap nak turun padang balik untuk majlis berbuka puasa.

Cak! Haa makcik dah lelawo ala hari raya giteww. Tapi takleh melawo sangat la. Kena susun bubur lambuk pulak. Berpeluh balik ketiak makcik yang dah disejukkan masa kat surau tadi. 
Sebelum berbuka, ada ucapan aluan sikit. Lepas tu penyampaian cenderahati kepada tok batin kampung orang asli berdekatan. 
Lepas tu, berbuka. Serbuuuuuu. Kat sini tak ramai pun orang asli yang muslim. Dalam 40% percent je. Selebihnya kristian dan takde agama. Tapi sebab buat dekat kampung dorang, yang muslim ke tak, semua berduyun datang.
Siap bersila atas rumput ala-ala potluck tu.
Lepas siap solat semua, penyampaian hamper raya dekat penduduk muslim. Ni muka orang-orang penting yang menganjurkan program. Kat tengah - En. Khairul Azwan (Naib Ketua Pemuda Malaysia merangkap Timbalan Pengerusi YBUDR), Kiri -En. Khairul Sharil (Naib Ketua Pemuda Perak), Kanan - En. Hairul Anuar (Ketua Pemuda Perak merangkap ketua Pegawai Operasi YBUDR)

- Sekian -

Iftar & Terawih Bersama Anak Yatim dan Sukarelawan I.B.U


Hai.

Kalau hari tu iftar aku hanya makan semata. Kali ni, ilmiah sikit. Sebab sambil buka puasa, sambil meraikan adik-adik sekolah tahfiz. Siap ada tazkirah + solat terawih lagi. Lama kot tak kena tazkirah. Zaman sekolah dulu lain la. Setiap jumaat, kompem kena tazkirah dulu sebelum masuk kelas. Sebab tu masa sekolah dulu aku baik je. Sekarang pun baik jugak, tengah cuba kembali ke jalan yang benar. Ekeke.

Kusyuk je semua.
Dah berbuka. Happy adik-adik semua dapat makan.

Sebahagian adik-adik yang diraikan bersama duit raya. Kakak jeles okey. Nak duit raya jugak!!!
Muka-muka staff YBU yang datang pada hari kejadian.

Selebihnya, layan la gambar-gambar selfie group gila glemer kat bawah ni ye. Hehehe


Tuesday, 22 July 2014

Iftar bersama Timbalan Pengerusi YBUDR, Khairul Azwan Dato' Harun


Hai u olls.

Ni entry pertama aktviti buka puasa tahun ni. Satu-satu ye. Memang tengah beratur panjang entry buka puasa nak publish. Si malas masak suka makan memang camni gayanya. Hehehe. Majlis pertama yang aku attend bulan puasa ni, Pogram Buka Puasa dengan Timbalan Pengerusi YBUDR dekat Hotel Impiana.

Memula dapat jemputan tu, aku macam taknak pergi, sebab tak wajib kan. I olls ni pemalu + pemalas. Tapi memandangkan geng gegurl cik kiah semua ajak pergi, aku pun ikot jela. Nasib baik hari kejadian memang pakai baju kurung. Jadi takde la kelam nak kena balik rumah tukar baju apa semua (walaupun ade je yang pakai seluar. Aku je over nak ayu terlebih. ihik)

Majlis ni takde la formal sangat. Santai-santai je. Konsepnya macam bos belanje anak buah dinner. Giteww. Tentatifnya, memula ucapan-lepas tu buka puasa-lepas tu penyampaian duit raya dekat anak yatim-lepas tu sesi perkenalkan diri bagi staff baru-lepas tu menggedik selfie sampai jadi sardin sebab semua beriya nak masuk dalam gambar.

Yang tak best - kena introduce diri atas pentas. Dah la i olls bukan orang baru sangat, tapi memandangkan masa aku masuk, En. Azwan ni dah tak jadi CEO YBUDR, makanya kitorang tak sempat la berkenal-kenalan. Kebetulan pulak masa ni tengah sakit tekak. Suara itik keluar weh. Jatuh saham i. Hahahaha

Yang best - Annoucement duit raya yang beribu-ribu lemon tu. (sebenarnya takde la beribu lemon pun, cuma lebih sikit je dari sepatutnya). Tenkiu incik timbalan pengerusi. :)


Mr. Azwan Bro bersama bos-bos YBUDR/YBUH dan staff-staff yang datang pada hari kejadian.
Bersama anak-anak yatim yang diraikan. Kakak-kakak yang happy lebih. Adik-adik cool je semua. Hahaha





Sekian sahaja entry pertama bagi aktiviti buka puasa di bulan mulia ni. Esok aku update yang lain pulak. Terima kasih sudi scroll tengok muka gila gambar kami. Ehehe.

Monday, 21 July 2014

Puding Caramel


Lama nau dah rasanya aku berkabung tenangkan diri akibat depressed melampau asyik malang bertubi-tubi. ihik ihik. Padahal bukan apa sangat pun nak compare dengan masalah orang lain. Isu Gaza ngan MH17 berganda lagi dari masalah aku yang seciput cuma tu. Jadi, untuk mulakan lembaran hidup baru ni, meh kita mulakan dengan entry masak-masak. Macam pepatah orang dedulu, kenyang perut senang hati. 

Eh, apsal tetiba macam rajin masuk dapur ni? Dan sampai seru nak kawen kot. Tettttt! Salah, salah, salah. Sebabnya bulan puasa camni bila pergi Bazar Ramadan nampak macam-macam, nak beli macam-macam, nak makan macam-macam. Malangnya nafsu tu tak mampu nak masuk semua dalam perut kecik aku ni. Eh, kecik ke? Tetttt!

Jadi untuk menjimatkan kos dan menyahut kempen RM5 Fafau (alahai ayat ni ter-bunyi macam kedekut pulak), aku pun rajin kan la diri buat sendiri puding caramel ni. Last aku buat benda ni masa form 3. Bapak lama gila kan aku dah tak rajin nak masuk dapur. Biasa la, people changed (changed to be the-pemalas-one! Hahaha). Aku buat ni kat rumah sambil menerapkan nilai rajin masuk dapur dekat adik bongsu aku. Supaya bila besar nanti, dia tak malas macam aku. Mulia kan niat aku. Meh tengok hasilnya.

Bahan-bahan :

10 bijik telur
1 tin susu pekat
Gula secukup rasa (untuk buat caramel)
Sedikit esen vanilla

Bahan-bahan ni semua adik aku yang beli sebab dia yang semangat lebih nak main masak-masak ni. Aku layankan aje. Jadi kakak memang camni. Kena melayan. Aku cuma pesan jangan beli barang mahal-mahal, nanti tak jadi, rugi la kita. Hahahaha. Biasala, along dia ni tak reti masak + berkira. Harusla pesan camtu.


Cara-cara :

Memula masak gula sampai cair. Make sure pakai api pelan. Jangan sampai hangus, nanti pahit.Bila dah jadi cam kat bawah ni, letak kat tepi. Biarkan sejuk seketika.


Sambil tunggu sejuk, pukul telur. Takyah beriya kuat-kuat macam nak buat pavlova. Cukup sekadar putih ngan kuning telur tu sebati. Masukkan 1 tin susu pekat dan air (air pun letak 1 tin jugak, sukat pakai tin susu tu). Lepas tu masukkan sedikit esen vanilla. Bila dah puas hati, masukkan dalam loyang yang ada caramel tadi.


Bila dah setel semua, kukus. Kalau nak senang usha, pakai la pengukus yang ada cermin macam i olls ni. Excited rasa bila nampak dia dah mula jadi gebu-gebu cenggini. Ehehe Kukus lebih kurang 30-45 minit.


Dah siap.
Pesanan penaja : biarkan puding korang sejuk dulu sebelum terbalikan dalam bekas. Sebab masa panas dia still lembik. Aku ni ter-excited lebih. Panas-pans dah terbalikan. Dah bentuk tak cantek. Huhuhu


Senang je kan. Adik aku pun happy balik asrama bawak bekal benda ni dan bagitau kengkawan dia buat sendiri. Udah lepas tu kalau balik weekend asyik ngajak aku masuk dapur. Jenuh nak pikir nak masak ape pulak lepas ni. Till then. Daa :)

* Bulan puasa ni aku ada banyak entry pending. Nanti aku hapdate satu-satu ye. :)