Tuesday, 22 July 2014

Iftar bersama Timbalan Pengerusi YBUDR, Khairul Azwan Dato' Harun


Hai u olls.

Ni entry pertama aktviti buka puasa tahun ni. Satu-satu ye. Memang tengah beratur panjang entry buka puasa nak publish. Si malas masak suka makan memang camni gayanya. Hehehe. Majlis pertama yang aku attend bulan puasa ni, Pogram Buka Puasa dengan Timbalan Pengerusi YBUDR dekat Hotel Impiana.

Memula dapat jemputan tu, aku macam taknak pergi, sebab tak wajib kan. I olls ni pemalu + pemalas. Tapi memandangkan geng gegurl cik kiah semua ajak pergi, aku pun ikot jela. Nasib baik hari kejadian memang pakai baju kurung. Jadi takde la kelam nak kena balik rumah tukar baju apa semua (walaupun ade je yang pakai seluar. Aku je over nak ayu terlebih. ihik)

Majlis ni takde la formal sangat. Santai-santai je. Konsepnya macam bos belanje anak buah dinner. Giteww. Tentatifnya, memula ucapan-lepas tu buka puasa-lepas tu penyampaian duit raya dekat anak yatim-lepas tu sesi perkenalkan diri bagi staff baru-lepas tu menggedik selfie sampai jadi sardin sebab semua beriya nak masuk dalam gambar.

Yang tak best - kena introduce diri atas pentas. Dah la i olls bukan orang baru sangat, tapi memandangkan masa aku masuk, En. Azwan ni dah tak jadi CEO YBUDR, makanya kitorang tak sempat la berkenal-kenalan. Kebetulan pulak masa ni tengah sakit tekak. Suara itik keluar weh. Jatuh saham i. Hahahaha

Yang best - Annoucement duit raya yang beribu-ribu lemon tu. (sebenarnya takde la beribu lemon pun, cuma lebih sikit je dari sepatutnya). Tenkiu incik timbalan pengerusi. :)


Mr. Azwan Bro bersama bos-bos YBUDR/YBUH dan staff-staff yang datang pada hari kejadian.
Bersama anak-anak yatim yang diraikan. Kakak-kakak yang happy lebih. Adik-adik cool je semua. Hahaha





Sekian sahaja entry pertama bagi aktiviti buka puasa di bulan mulia ni. Esok aku update yang lain pulak. Terima kasih sudi scroll tengok muka gila gambar kami. Ehehe.

No comments:

Post a Comment