Thursday, 30 June 2016

Bubur Lambuk 4.0 @ Ramadan 2016

Assalamualaikum w.b.t.

Entry keramat pertama puasa tahun 2016. Program masak bubur lambuk. Sebab ni je program yang aku pergi. Jadi beriya sikit la nak buat entry. Hahaha. 
Setiap tahun YBUDR confirm akan buat agihan bubur lambuk. Untuk tahun ni, dah jadi Bubuk Lambuk 4.0 dah pun.
Macam biasa, team ladies akan mulakan tugas dengan acara potong memotong.
Kami excited lebih sampai lapik meja pun lupa nak pasang. Hahahaha
Dah setel part memotong, kita tampal sticker pulak.
**Aku macam biasa la, lembab buat keje dapur. Orang dah setel potong, aku kusyuk lagi nak potong cecantik. Hoi, tak sedar diri ke nak kena masak 3 kawah?

Bila masuk acara melibatkan api dan panas, kita bagi je kat jejantan gagah perkasa YBUDR. Ladies boleh masuk rehat bawah aircond dalam rumah ye.


Kasi up banner sikit. Kang orang tatau pula ye dak?



Abaikan la acara plessing berjemaah tu. Memang wajib. Hehehe

Akhirnya masak jugak bubur lambuk kitorang. Jom packing untuk agihan.
Ready untuk agihan.
Konon memasing semangat nak bagi kat orang. Tapi aku sampai sudah dok pegang je 2 beg plastik tu. Takot pulak nak menghampiri jalan raya. Kang kena langgar. Hahaha APTB!
Sudahnya aku cuma paking diri je kat situ tayang gigi. Maafkan lah saya ye kawan-kawan. Yang tengah menyampaikan tu COO YBUDR.
**Memang aku saja dok tepi, bagi can orang besar buat kerja.

**Tak sabar nak raya. Weeeeeeeee

Friday, 17 June 2016

Jom Slim @ Sheda Fitness Centre

 Assalamualaikum.

Baca tajuk je mesti semua dan tau motif utama update ni. Ye, aku tengah berusaha mendapatkan berat zaman jajahan jepun dulu. Bukan tak bersyukur rezeki cukup sampai badan makin montel, tapi tak lalu nak hadap baju banyak dah tak muat. Sedih betul rasanya.

Kalau ikutkan, husband aku memang dah lama suruh aku join program ni since wife dia asyik membebel berat dah naik tapi takde effort untuk kurus. Selalu plan untuk exercise pun hangat-hangat taik ayam. Sekali setahun je pergi jogging. Hihihi

Plan asal nak join 3 minggu je sebab kononnya tak nak kurus sangat. Tapi akibat pengaruh rakan sebaya, aku terjebak join 1 season. Lepas tu, masa Jom Slim 9 tu target nak dapat berat 50kg. Sekali tak berjaya daa. Sebabnya coach suruh cheat day sehari je on Sunday. Aku bantai berhari-hari selagi tak puas makan. Hahahaha. Last berat yang aku dapat di penghujung Jom Slim 9 ialah 52kg. Makanya, terpaksa la aku gagahkan diri masuk Jom Slim Raya. Dah masuk Jom Slim Raya, takkan nak target turun 2kg je? Macam rugi pulak. Kita up jadi 4kg. Kiranya target berat baru nak dapat - 48KG. Mampukah? Adoiiii, penatnya rasa nak kurus. Nak gemok jugak senang.

Pengalaman sepanjang program, enjoy sebenarnya. Sebab kita workout ada kawan. Semangat sikit la bila tengok orang yang lagi besar dari kita pun boleh lari 5 round, takkan kita nak lari 3 round je. Gagahkan jugak lari lebih walaupun lepas jenuh kena jerit ngan coach. Aktiviti pun best sebab macam-macam sukan dan workout dapat merasa. Takde la bosan macam exercise sendiri. Jogging jela yang aku tau. Tak pun pegi gym.

Ada hiking setiap sabtu. Mengimbau nostalgia sebab last aku panjat bukit ni sebelum kahwin. Yela, masa tu memang la rajin exercise sebab takot fitting baju pengantin nanti tak muat. 
Ada swimming. Walaupun air cuma secetek itu. Sampai sudah kena gelak dengan husband, Hahaha. Sebenarnya ada tempat yang dalam, tapi kena pakai proper punya swimming suit. Kami lak kira macam geng makcik-makcik, semua pakai tshirt biasa je. Memang sini jelah tempat kau kiah. 
Ada badminton. 1st time main badminton kat court. Selalu terkinja-kinja main depan rumah je dengan ex-housemate. Tu pun aku rasa 4 tahun lepas. Lepas tu haram pegang raket dah.
Ni memang betul-betul pengalaman baru. Main Bubble Ball. Best tapi hazab gila. Nampak macam senang, tapi bola tu berat sebenarnya. Perasaan duduk dalam tu macam serkup muka sendiri dalam pastik bag. Pastu asek kena rempuh je sampai jatuh macam tenggiling. Esoknya abes lebam-lebam lutut. Masa main tak sedar pun sebab asyik gelak je.
Biasanya untuk denda ada bottom 5 je. Tak tahu la kenapa masa ni coach bagi ada 6 orang. Nama nombor 6 pulak tu. Nak sabotaj aku lettew. Tekangkang-kangkang aku starjump sampai seribu. Seminggu sakit lutut macam mak nenek.


Haa, ni bukti kena buli plank ngan coach sampai rabak siku. Harap dapat baik sebelum raya. Kalau tak, jadi la aku sorang budak buruk siku. 
Setelah berpenat lelah, agak tak percaya tengok hasil. Eh, camni ke tahap kemontelan aku dulu? 

Rajin Kak Irin edit gambar. Masa memula tengok semua cakap gambar sebelum tu kena distort. Sebab kembang semacam. Tapi memang tu la hakikatnya. Patut la masa makan sushi tu ada orang tegur apsal mata makin sepet. Rupanya sebab montel sangat. Hahahaha
Ni gambar overal masa penghujung Jom Slim 9 (52kg). Total penurunan JS9, 8kg je. Rasa dengan effort yang tak berbelah bahagi tu, macam drop 20kg dah. Hahahaha. Mungkin la tak nampak sangat sebab rangka aku besar. Tapi memang aku rasa la beza tang perut ngan lengan tu. Lemak berbentuk 4 ekor kura-kura kat belakang pun dah hilang. 
Setelah tambah lagi 4 minggu. Akhirnya 48 is back walaupun sipi-sipi dan tunggu masa nak tergelincir. Hahahaha. Jadi la, sebab aku dah penat. Tambahan pulak sekarang bulan puasa. Iman tak kuat tengok makanan sedap. 
Yang paling penting, bila berdiri sebelah husband, tak nampak gemok pendek macam dulu. Husband pun takleh la panggil titew budak boyot lagi. Hehehe (ni masa berat 53kg kalau tak silap)

Bila test baju-baju lama dah muat balik, berbaloi la aku rasa bersusah payah selama 9 minggu tu (walaupun penah sampai husband merajuk sebab aku asyik tido kepenatan je. Maafkan i sayang). Terima kasih banyak pada coach- Abang Zaid & Kak Sheda yang banyak bagi semangat, banyak push untuk kurus, banyak beri tunjuk ajar. Nanti di masa hadapan kalau saya gemok balik, saya join lagi ye. 

Friday, 25 March 2016

Selepas 365 Hari


It's been a long long longgggg time aku tak berblog. Bukan tak mau, tapi sebab abang long IT dah blocked semua siaran jimba-jimba dekat office. Balik rumah pulak macam sentiasa lemau. Maka terbiar la blog aku ni dipenuhi sawang. Sian dia. 

Sempena merasmikan pengaktifan kembali, nak bagitau. Last week anniversary pertama aku. Dalam hati feeling bunga-bunga. Terasa diri diawangan. Hahahaha. Serius rasa macam baru semalam kawen, tup-tup dah setahun. Cepatnya masa berlalu.

Sempena 1st Anniversary ni, aku dan si jambang plan nak pergi jenjalan. Kalau ikut plan, memang macam-macam tempat nak pergi tapi banyak sangat hal duniawi ni yang tak mengizinkan. Sudahnya mereput la kami laki bini ulang alik Ipoh-KL, KL-Ipoh. Harapan anniversary pertama ni, mudah-mudahan cepat la aku dapat duduk bawah ketiak husband.

Pengalaman sepanjang kawen? Uish banyak gila. Mau 3 hari 3 malam pun tak habis lagi. Serius memula kawen banyak jugak la cabaran. Paling besar ialah nak kena terima hakikat diri dah ada tanggungjawab. Susah. Sebab selama ni pikir diri sendiri je. Memula kawen, husband suruh basuh seluar jeans pun rasa macam eh, pergi la buat sendiri. Tapi, melawan kang tak cium bau syurga pulak. Buat jugak walaupun dalam hati merepek berbakul. Lama-lama baru la paham tanggunggjawab. Tapi husband pun kena la paham. Kalau dedua kerja tapi husband balik kerja terbongkang, wife dah macam sotong kurita nak siapkan semua, itu dah melampau. Tapi aku takde la masalah tu sebab kitorang PJJ. Jumpa pun time weekend je. Lagipun sayang nak bergaduh, masa pendek. Kang bila pulak nak berbaik. Kena tunggu seminggu. Nanti dah rindu-rindu pulak. Dah nangis-nangis tepi bucu katil tunggu weekend seterusnya.

Mesti korang baca sambil cakap ala baru setahun boleh la. Betul, dalam harmoni kitorang pun ada jugak gaduh. 1st argument adalah pasal ikan bilis. See. Benda kecik je. Sebabnya aku dah biasa beli ikan bilis siap-siap kopek. Nak masak senang, cuci terus masak. Suami aku ni penjimat orangnya, ikan bilis dah siap kopek mahal, jadi suka beli ikan bilis raw. Kononnya nanti sweet la pakat dok kopek ikan bilis sebelum masak. Tiba masanya, dia elok je terbongkang tengok TV. Mula la rasa nak campak je taik ikan bilis yang dah kopek tu kat dia. Damn u husband! dannnnnn sampai sekarang isu ikan bilis tu tak setel lagi hampa tau dak? Gila lama kes pending. Mengalahkan kes mahkamah. 

Disebabkan isu pemanasan global yang tak tertanggung sejak dua menjak tiga menjak ni, kitorang decided pergi Cameron Highlands jela. Kononnya nak cari sejuk. Persoalannya, sejuk ke? Hahaha. Sebelum pergi tu aku dah imagine dah how my 1st anniversary going to be. Mesti sweet-sweet, mesti banyak gambar best, mesti bla bla bla. Hasilnya, mesti la krik krik krik. Fine, there is no such things bila kau berjalan dengan manusia bernama Mohd Syafiq. Sila sedar diri wahai Farhana Azreen.
*menangis sendirian di bucu katil*

Nampak kabus berlari-lari anak kat luar tingkap pun dah buat aku terhibur. Yeayyy sejuk akhirnya. 
Semestinya orang yang paling penat kutip jem stoberi sepanjang perjalanan. Terbongkang teruih.
Hari pertama tu takde la berjalan sangat, rehat-rehat je sambil stabilkan tekanan angin dalam badan. Pusing-pusing, makan-makan, lepak-lepak. The next day, kitorang pergi Ladang Teh BOH. Ini memang mengimbau nostalgia menangis di tepi batu sebab kereta hangit nak daki bukit masa nak amek gambar pre-wedding. 

Flashback balik la sekeping since memang niat nak update kat blog tapi tak ter-update sampai sudah. Muka baru lepas nangis dalam hujan sampai basah baju basah tudung. Fuhh, drama tamil sungguh rasanya. Bila ingat balik mesti sengih-sengih sambil tutup muka. Maluuuuuu. Hahahaha
Nasib baik jalan ke ladang teh ni tak se-mencabar nak ke Mossy Forest masa pre-wedding tu. Kalau tak mau jadi drama tamil lagi skali.
Tercapai la hajat si husband nak pergi minum kat sini walaupun minum dalam tekanan sebab manusia ramai bebeno.
Sebabkan keramaian yang tak berbelah bahagi tu, gagah la aku mencari port tenang. Siap panggil adik aku yang dok kerja kat Herritage suruh jadi photograper. Kononnya. Tapi.......
Lihatlah dunia camne gaya dia bergambar. 
Setelah dibodek-bodek, akhirnya dapat la sekeping gambar paling berprestij ni. Sebab susah sangat nak dapat, aku rasa kena framekan gambar ni besar-besar gantung kat dinding rumah. Wakakaka
Sudahnya gambar coffee kat Tanah Rata ni lagi menarik dari keseluruhan gambar kitorang. Sebabnya bila husband pose elok, wife pulak mulut termuncung. Wife dah elok, husband pulak posture macam tak kena. Redha jela dengan apa yang ada. Mostly wife la yang selalu tak okey dalam gambar, sebab tu husband malas nak melayan. Kena snap 728, 000, 000 keping, baru dapat 1 keping yang elok. Hahahahaha.

 Akhir kata, kami berjaya mengharungi 365 Hari pertama ni dengan jayanya. Kalau terbegaduh, mesti terpikir, ini la orang yang aku pilih, yang aku halalkan, yang aku relakan setiap zarah perbuatannya. Jadi la bahagia je kesudahannya walaupun kekadang hati panas kena soalan pedih Makcik Bedah yang sinis "takde isi lagi ke?", "bila nak ada baby?" dan yang seangkatan dengannya. Untuk makluman Makcik Bedah, kami dalam phase honeymoon lagi. Rezeki tu kan rahsia Tuhan. Harap Makcik Bedah dapat sabar menunggu. 

-Sekian-