Assalamualaikum.
Baca tajuk je mesti semua dan tau motif utama update ni. Ye, aku tengah berusaha mendapatkan berat zaman jajahan jepun dulu. Bukan tak bersyukur rezeki cukup sampai badan makin montel, tapi tak lalu nak hadap baju banyak dah tak muat. Sedih betul rasanya.
Kalau ikutkan, husband aku memang dah lama suruh aku join program ni since wife dia asyik membebel berat dah naik tapi takde effort untuk kurus. Selalu plan untuk exercise pun hangat-hangat taik ayam. Sekali setahun je pergi jogging. Hihihi
Plan asal nak join 3 minggu je sebab kononnya tak nak kurus sangat. Tapi akibat pengaruh rakan sebaya, aku terjebak join 1 season. Lepas tu, masa Jom Slim 9 tu target nak dapat berat 50kg. Sekali tak berjaya daa. Sebabnya coach suruh cheat day sehari je on Sunday. Aku bantai berhari-hari selagi tak puas makan. Hahahaha. Last berat yang aku dapat di penghujung Jom Slim 9 ialah 52kg. Makanya, terpaksa la aku gagahkan diri masuk Jom Slim Raya. Dah masuk Jom Slim Raya, takkan nak target turun 2kg je? Macam rugi pulak. Kita up jadi 4kg. Kiranya target berat baru nak dapat - 48KG. Mampukah? Adoiiii, penatnya rasa nak kurus. Nak gemok jugak senang.
Pengalaman sepanjang program, enjoy sebenarnya. Sebab kita workout ada kawan. Semangat sikit la bila tengok orang yang lagi besar dari kita pun boleh lari 5 round, takkan kita nak lari 3 round je. Gagahkan jugak lari lebih walaupun lepas jenuh kena jerit ngan coach. Aktiviti pun best sebab macam-macam sukan dan workout dapat merasa. Takde la bosan macam exercise sendiri. Jogging jela yang aku tau. Tak pun pegi gym.
Ada hiking setiap sabtu. Mengimbau nostalgia sebab last aku panjat bukit ni sebelum kahwin. Yela, masa tu memang la rajin exercise sebab takot fitting baju pengantin nanti tak muat. |
Ada badminton. 1st time main badminton kat court. Selalu terkinja-kinja main depan rumah je dengan ex-housemate. Tu pun aku rasa 4 tahun lepas. Lepas tu haram pegang raket dah. |
Haa, ni bukti kena buli plank ngan coach sampai rabak siku. Harap dapat baik sebelum raya. Kalau tak, jadi la aku sorang budak buruk siku. |
Setelah berpenat lelah, agak tak percaya tengok hasil. Eh, camni ke tahap kemontelan aku dulu?
No comments:
Post a Comment