Assalamualaikum.
Baca tajuk je mesti semua dan tau motif utama update ni. Ye, aku tengah berusaha mendapatkan berat zaman jajahan jepun dulu. Bukan tak bersyukur rezeki cukup sampai badan makin montel, tapi tak lalu nak hadap baju banyak dah tak muat. Sedih betul rasanya.
Kalau ikutkan, husband aku memang dah lama suruh aku join program ni since wife dia asyik membebel berat dah naik tapi takde effort untuk kurus. Selalu plan untuk exercise pun hangat-hangat taik ayam. Sekali setahun je pergi jogging. Hihihi
Plan asal nak join 3 minggu je sebab kononnya tak nak kurus sangat. Tapi akibat pengaruh rakan sebaya, aku terjebak join 1 season. Lepas tu, masa Jom Slim 9 tu target nak dapat berat 50kg. Sekali tak berjaya daa. Sebabnya coach suruh cheat day sehari je on Sunday. Aku bantai berhari-hari selagi tak puas makan. Hahahaha. Last berat yang aku dapat di penghujung Jom Slim 9 ialah 52kg. Makanya, terpaksa la aku gagahkan diri masuk Jom Slim Raya. Dah masuk Jom Slim Raya, takkan nak target turun 2kg je? Macam rugi pulak. Kita up jadi 4kg. Kiranya target berat baru nak dapat - 48KG. Mampukah? Adoiiii, penatnya rasa nak kurus. Nak gemok jugak senang.
Pengalaman sepanjang program, enjoy sebenarnya. Sebab kita workout ada kawan. Semangat sikit la bila tengok orang yang lagi besar dari kita pun boleh lari 5 round, takkan kita nak lari 3 round je. Gagahkan jugak lari lebih walaupun lepas jenuh kena jerit ngan coach. Aktiviti pun best sebab macam-macam sukan dan workout dapat merasa. Takde la bosan macam exercise sendiri. Jogging jela yang aku tau. Tak pun pegi gym.
|
Ada hiking setiap sabtu. Mengimbau nostalgia sebab last aku panjat bukit ni sebelum kahwin. Yela, masa tu memang la rajin exercise sebab takot fitting baju pengantin nanti tak muat. |
|
Ada swimming. Walaupun air cuma secetek itu. Sampai sudah kena gelak dengan husband, Hahaha. Sebenarnya ada tempat yang dalam, tapi kena pakai proper punya swimming suit. Kami lak kira macam geng makcik-makcik, semua pakai tshirt biasa je. Memang sini jelah tempat kau kiah. |
|
Ada badminton. 1st time main badminton kat court. Selalu terkinja-kinja main depan rumah je dengan ex-housemate. Tu pun aku rasa 4 tahun lepas. Lepas tu haram pegang raket dah. |
|
Ni memang betul-betul pengalaman baru. Main Bubble Ball. Best tapi hazab gila. Nampak macam senang, tapi bola tu berat sebenarnya. Perasaan duduk dalam tu macam serkup muka sendiri dalam pastik bag. Pastu asek kena rempuh je sampai jatuh macam tenggiling. Esoknya abes lebam-lebam lutut. Masa main tak sedar pun sebab asyik gelak je. |
|
Biasanya untuk denda ada bottom 5 je. Tak tahu la kenapa masa ni coach bagi ada 6 orang. Nama nombor 6 pulak tu. Nak sabotaj aku lettew. Tekangkang-kangkang aku starjump sampai seribu. Seminggu sakit lutut macam mak nenek. |
|
Haa, ni bukti kena buli plank ngan coach sampai rabak siku. Harap dapat baik sebelum raya. Kalau tak, jadi la aku sorang budak buruk siku. |
Setelah berpenat lelah, agak tak percaya tengok hasil. Eh, camni ke tahap kemontelan aku dulu?
|
Rajin Kak Irin edit gambar. Masa memula tengok semua cakap gambar sebelum tu kena distort. Sebab kembang semacam. Tapi memang tu la hakikatnya. Patut la masa makan sushi tu ada orang tegur apsal mata makin sepet. Rupanya sebab montel sangat. Hahahaha |
|
Ni gambar overal masa penghujung Jom Slim 9 (52kg). Total penurunan JS9, 8kg je. Rasa dengan effort yang tak berbelah bahagi tu, macam drop 20kg dah. Hahahaha. Mungkin la tak nampak sangat sebab rangka aku besar. Tapi memang aku rasa la beza tang perut ngan lengan tu. Lemak berbentuk 4 ekor kura-kura kat belakang pun dah hilang. |
|
Setelah tambah lagi 4 minggu. Akhirnya 48 is back walaupun sipi-sipi dan tunggu masa nak tergelincir. Hahahaha. Jadi la, sebab aku dah penat. Tambahan pulak sekarang bulan puasa. Iman tak kuat tengok makanan sedap. |
|
Yang paling penting, bila berdiri sebelah husband, tak nampak gemok pendek macam dulu. Husband pun takleh la panggil titew budak boyot lagi. Hehehe (ni masa berat 53kg kalau tak silap)
Bila test baju-baju lama dah muat balik, berbaloi la aku rasa bersusah payah selama 9 minggu tu (walaupun penah sampai husband merajuk sebab aku asyik tido kepenatan je. Maafkan i sayang). Terima kasih banyak pada coach- Abang Zaid & Kak Sheda yang banyak bagi semangat, banyak push untuk kurus, banyak beri tunjuk ajar. Nanti di masa hadapan kalau saya gemok balik, saya join lagi ye. |