Sunday, 14 April 2013

Perak vs PKNS


Hollaaa..ini pengalaman pertama si jakun masuk stadium..maklum lah, orang tak minat sukan..ini pun kebetulan atas dasar kerja, maka dapat dan berpeluang la si jakun masuk stadium tengok bola..tapi tak semangat pun, sebab tak kenal player dan tak tau pape pasal bola..*terasa diri ini sangat lah useless dalam bab sukan, haih..*

Memandangkan stadium Ipoh masih dalam proses baik pulih upgrade lampu, game kali ni dekat stadium Lumut..bapak jaoh kan..terpaksa la kami si penjaga tiket ataupun lebih mesra dikenali sebagai "sukarelawan" datang awal..sepanjang nak tunggu bukak gate, game mula sampai game habis asyik terpikir nak pergi makan seafood je..ehehehehe

Game malam tu menyaksikan keputusan seri 2-2 Perak dengan PKNS..haih ape la tu pun takleh menang..meh nak review sket berdasarkan pemerhatian saya sebagai seorang yang bukan kaki bola..mula-mula game tengok dorang maen macam sukan zaman sekolah je..bayangkan 10 minit pertama PKNS dah score..ayam betul team Perak ni..nasib baek lepas tu boleh kejar balik..memula masuk separuh masa kedua lak Perak score lagi sebijik..baru nak hepi konon Perak menang la..dah PKNS goal lagi sebijik..pastu semua player dah semput..tak dapat la mereka menambahkan bilangan goal yang ada..sekian..

itu dia abang Peros tengah garu-garu kepala sambil berkomitmen lebih jaga gate..sementara kami berpeleseran dan bergosip kat belakang..hehe
stadium kosong je..bukan team favorite kan..
penyokong nan sejemput..
drama betoi..kadang-kadang jatuh sket je..tapi golek lebih..patut la ramai player bola bercinta dengan artis/pelakon..amek feel nak berdrama rupenya..haha



keputusan separuh masa pertama..
itu dia, rembatan kencang dari player perak yang tidak dikenali namanya..hahaha, maafkan saya..
Sehingga bertemu lagi untuk game akan datang..dan skill mengenali player akan di upgrade demi kepuasan semua pihak..bye..^__^"

Wednesday, 10 April 2013

Fawaz BeautyQ Collection


Assalamualaikum gegurl semua..haa boboy pun kalau nak join group takde hal..hari ni nak promote sikit tau..betul ni..janji..sikit je..adek kakak makcik semua meh tengok kaen meh..kat sini ada kain sari chiffon dengan kain sulam vietnam..kalau berminat ke hape, sila contact direct dengan tuan tanah Fawaz BeautyQ ye..:)














Seronok cuci mata? nak lagi seronok? sila klik sini..TQ ^___^

Friday, 22 March 2013

Antara Insecure, Sayang dan Balas Dendam


Hari tu Hanis Zalikha bercakap pasal perempuan dan sifat insecurities-nya..tak dinafikan benda tu betul..sebab dulu masa Syafiq study, aku selalu mengamok tak tentu pasal bila dia kata kena stay back siapkan assignment dengan groupmate (especially pompuan la kan) tetiba rasa camne kalau nanti dia boleh ter"suka" dengan minah group dia, aku dah la jaoh, dan macam-macam pikiran merepek laen yang tak masuk akal lagi..tapi tu dulu...

Sekarang Syafiq dah habis belajar, tengah merehatkan otak dan minda lepas penat bertungkus lumus..aku pulak sekarang dah tuka tempat kerja..dan tak dijangka, minggu pertama aku start kerja, mak aih menggunung task kena siapkan..tak nak buat, staf baru, jadi kena la amek hati bos..Syafiq pulak yang jadi insecure dekat aku..mula nak persoalkan "kenapa u selalu balik lambat,?", "kenapa stay back dengan ofismate lelaki?" dan macam-macam lagi..bila aku tanya dia jawab "camtu la i rasa dulu.." damn..right into my face!

Memula aku rasa alahai so sweet boyfee aku dah pandai jeles..tapi bila time kite banyak kerja, dia pulak nak insecure tak tentu pasal, mula la nak mencetuskan pertengkaran yang tak di ingini..haishhhh..sabo jela..kalau ye pun sayang, ataupun nak balas dendaam, tolong la jangan serius sangat..kusut oo..mana nak pikir kerja, pikir boyfee merajuk..

Jadi aku dah mula faham camne annoying rasanya nak melayan perasaan insecure tak bertempat aku dulu..okey cukup paham..kalau dulu aku selalu buat perangai dari mengada-ngada sampai bergaduh, sekarang aku ade kat tempat tu..tempat camne belajar nak menjelaskan keadaan yang kita sebenarnya setia pada yang satu..cewaahhh (Syafiq tolong la pegi cek tahap kencing manis lepas baca ni tau, hahaha)..dari sini jugak aku belajar supaya lepas ni tidak berpikiran bukan-bukan..sebab dah tau kan camne susah nak jawab bila orang tanya benda mengarut..daaannnnn aku dah belajar untuk menipu sunat supaya tak mencetuskan pergaduhan yang tak di ingini..hahahahaha (okey ni i tipu je tau Syafiq..ahaks!)

Monday, 18 March 2013

Tragedi March


Sekarang ni aku rasa macam dah kurang bagi kaseh sayang dekat takseindahmana..sebabnya lately banyak benda yang tak diduga jadi..so, aku macam kena kejutan letrik serta hilang ingatan dan creadibility untuk menempuh hari-hari mendatang..*korang tak paham kan sebab ayat sastera sangat..* abaikan!

Perkara pertama, aku start diberi cuti tak bergaji sebab kewangan company tak begitu memuaskan..kedua aku demam + seme-seme + batuk..ketiga aku kelam kabut cari keje laen..keempat, aku dah pun mula kerja kat tempat baru..yeayyyy!! Alhamdulillah..

Bercakap pasal perkara pertama..sebenarnya itu tamparan besar buat aku..sebab dari zaman habis belajar sampai sekarang aku selalu bernasib baek..takde pengalaman menganggur, takde pengalaman susah cari kerja dan attend banyak interview..pendek kata memang tak merasa azab bersusah-susah cari kerja..lagi satu aku describe diri aku sebagai sorang yang setia..sebab aku setia menunggu, setia dengan GW sebagai tempat kerja pertama aku..jadi bila dapat cuti aku rasa dunia aku gelap jap..camne nak teruskan hidup kalau duit tak masyuk kan..komitmen dah buat sana sini..mana nak bayar kereta, nak bayar baki hutang kad puaka a.k.a credit card, nak bayar macam-macam..jadi aku kusut..

Lepas tu macam dah jatuh ditimpa tangga..elok pulak la demam..tapi orang kate sakit tu penghapus dosa-dosa kecik..Alhamdulillah..ramai la cakap aku demam terkejut campur demam kecewa akibat dari perkara pertama..tapi sebenarnye tak pun..virus berjangkit tu ada kat rumah masa aku balik untuk meraikan cuti panjang tu..udah melekat terus virusnya..suara aku pun jadi sexy dan sengau dan kalau cakap dalam telefon boleh buat orang tak paham..^_^'

Oleh itu, giatlah aku mencari kerja baru..sebelum ni usha keje tempat laen sket-sket je sebab sifat setia yang tinggi tu kan..tapi tetiba aggresif pulak bukak job street..pastu demand nak kerja area Ipoh..nak buat camne, aku tak minat nak kerja area KL..malas nak hidup kelam kabut dan bersesak-sesak..

Akhirnya, rezeki Tuhan tu ada di mana-mana..tak sangka peluang datang bergolek..thanks untuk semua yang dah banyak tolong..kalau takde korang mesti sekarang aku tengah tanam anggur kat rumah sambil tunggu orang datang masuk meminang..sadis! memperkenalkan..staf baru yang dulu kat GW Intech takleh harap, sekarang cuba jadi berkomitmen..hehehe

Dimulakan dengan Bismillah..mudah-mudahan rezeki melimpah ruah kat sini..amin :)


Friday, 1 March 2013

Jumaat, Syafiq Jr. dan Semut


Ya, tengahari Jumaat aku ada kat rumah..maknanya aku ponteng kerja la tu..hye boss *sambil sengeh-sengeh manja*..berbalik kepada tajuk asal, aku telah pun dipaksa oleh si gendut yang baru balik sekolah ni untuk teman dia pergi maen dengan incik semut kat belakang rumah..mulanya dia bawak camera phone je..aku pun dah alang-alang tu, amek la camera power sket..hiburkan hati budak-budak kan..kecoh la jap kitorang berdua kat belakang tu, mana nak kejar semut, mana nak berebut pegang camera..meh tengok sket hasil seni kitorang berdua.. :)

Syafiq si gendut..
"cepat kak long, semut kat tangan adek ni.."

mangsa dan pemangsa..
rerama pun nak enterframe jugak..:)

"haa mati dah..nape adek pijak??"
tanpa rasa bersalah dia cakap "ngomong sama tangan.."



Tuesday, 26 February 2013

Kenduri Berderet


Weekend haritu adalah hari makan free..sampai tak menang tangan, eh silap..sampai tak menang perut nak isi lauk pauk kenduri yang sedap tu (benda free harusla sedap kan) kenduri pertama adalah pada Jumaat malam..majlis akad nikah Kak Sue..esoknya lagi sekali repeat pergi makan rumah Kak Sue..omnomnom..walaupun selalu jumpa dorang semua ni kat office, still terasa kenduri ni macam majlis reunion staff dan ex staff company..:)

malam akad nikah..
pelamin..
batal air sembahyang..

:: Alzri & Suria ::
ketua kumpulan dah kawen..pasni tak tau la ada trip jenjalan lagi ke tak..uhukhukhuk

Wan dan Ain..
Kuchik dan anak-anak beliau..
ex staff GW..As si baju hijau..
yang belakang pengantin lelaki tu pun ex staff GW gak..Kak Mas..

Setel la mission makan free hari Jumaat dan Sabtu..bersambung pulak ke hari ahad..ada dua kenduri berderet..rumah En. Saiful (panjang) ngan Kak Siti..kenduri naek buai..baby boy vs baby girl..

baju biru tu Kak Farah (wife panjang)..lupa lak apa nama baby..
Adeeb..


yang senyum comel bertudung biru tu Kak Siti..yang tumpang sekaki tu Fatehah dan Anis Humaira..baby baru namanya Hana Aqilah..:)


sesi bergosip sambil menghadam makanan..

~ SEKIAN~

Saturday, 23 February 2013

Anniversary


Korang ingat bercinta je ada anniversary? takseindahmana pun ada anniversary jugak la..dengan ini, diumumkan, takseindahmana dah genap setahun..yeayyyyy, semua tepuk tangan cepat..*ini paksaan*

Dalam setahun ni macam-macam yang dah aku bebelkan, share dan paksa korang baca..ada yang boleh pakai, ada jugak yang merapu takde motif..harap tidak lah mengguris hati sesiapa..kalau tak suka, jangan la tengok lagi ye..:)

Terima kaseh jugak kepada kengkawan yang selalu usha takseindahmana, yang selalu cakap "wei cepat la update blog..", yang selalu bagi sokongan padu dan jitu..jutaan terima kaseh jugak kepada facebook yang menjadi orang tengah kepada pembaca-pembaca takseindahmana ni..(pasni boleh la keluarkan sijil penghargaan kat Mark Zuckerberg, hahaha)

Harapan untuk tahun kedua ni semoga lebih ramai viewers dan followers supaya boleh celen Hanis Zalikha..okey ini perasan namanya..booooooooo untuk diri sendiri..

Sekian saje wish dan harapan poyo dari saya..peace..:')