Tuesday, 15 January 2013

Preparation


Tak sabar tak sabar..esok kitorang semua nak berangkat dah..weehuuuuu, tak sabar nak memborong besar mengalahkan tokey kaen kat pasar malam..ni last packing..neves sebab nak pastikan takde ape yang tertinggal..

Beg Kecik

  1. Pasport..buku merah jangan lupa bawa, moga moga belum tamat tempoh..takde ni camne nak fly kan..
  2. Wallet..ini pun kalau takde camno nak membeli belah kan..
  3. "First aid"..ni untuk touch up balik bile peluh jantan dah menguasai diri..kompem la mekap di pagi hari yang berseri seri tu dah hilang..
  4. Gula gula..supaya nafas sentiasa segar dah berkeyakinan nak membodek incik peniaga kat sana..ekeke
  5. Sanitizer dan losyen..untuk pastikan tangan sentiasa bersih bebas kuman dan wangi..nanti takde la rase geli nak pegang dan garu muka sendiri bila gatal..
  6. Body mist..ni bila perlu je pakai..mne tau kan dah satu hari jalan, kang tengik lak bau..
  7. Sunglasses..penting ni supaya bila amek gambar tengah panas tak nampak mata yang sepet dan kening tak kerut kerut..
  8. Plaster..just in case kaki melecet, luka ke dan macam-macam lagi..
  9. Kipas..klu panas bleh bajet diva kan guna benda ni..
  10. Tisu basah dan tisu kering..senang nanti nak cuci tangan kalau tak jumpa air..

Beg Besar

  1. Pakaian secukup rasa..
  2. Toileteries..sebab tak suka guna hotel punya..
  3. Cosmetic..segala mak nenek krim ada..
  4. Hair dryer..terpaksa bawak sebab rasanye hotel bajet tak sediakan benda ni..kang nak kuar jenjalan, rambut kuyup pulak..huhuhu (takde dalam gambar sebab lupa nak letak :P)
  5. Camera..kalau takde ni bleh demam rasanya..separuh jiwaku pergi..haha
  6. Stok makanan dan minuman mencukupi..sebab banyak orang cakap kat sana susah nak makan, prepare jela kan..
Okey setel..selamat malam semua..dup dap dup dap tido malam ni..doakan kitorang selamat pergi selamat kembali ye..xoxo :)

Wednesday, 9 January 2013

Lelaki Merajuk itu COMEL


Woahhhh bukan ke lelaki selalu maskulin, ego tinggi, bajet kental takmo merajok merajok ke? tapi di sebalik ke-maskulin-an tu kekadang ade jugak perangai mengada tu..saja mengada cari pasal..apa korang patut buat bila lelaki merajok?


Memula kalau dia nak merajok, biarkan..biar dia cool dulu..jangan time tu dia nak merajok, time tu jugak la kita pun sebok nak itu nak ini..kang makin teruk jadinya..macam orang kata, curah minyak dalam api la..eh betul ke peribahasa aku ni..ahh biar lantaknye..janji korang paham..ye tak? okey, point pertama bagi masa dia bersendirian..biar dia cool dulu ye..:)

Kalau laki ni dah merajok selalunya dorang buat dek je kat kita yang ade depan mata ni..bajet protes leteww..tak layan kang baru tau..tapi jangan cenggitu tau..korang duduk je kat situ buat kering sambil kenyit kenyit mata sket..bajet setia bersama dalam apa jua keadaan la..kompem dia terharu punye..ekekeke

Dah tau dia tengah merajuk jangan la pulak korang pegi tanya "u marah i eh?", "u majok ngan i eh?"..haa yang ni memang nak kena lempang..oppsss..ini aku sendiri pun selalu buat..nak kata dungu tak jugak..tapi suka tanya soalan yang memang dah tau jawapanya..contoh dalam situasi laen, tengok orang tengah makan nasik, pegi tanya "makan ke?" haishhh ape punye soalan daa..

Kalau semua trick tadi tak berjaya, aku rasa korang kena la buang ego wanita yang boleh tahan tinggi tu..mintak maaf dengan tulus ikhlas dari si lelaki mengada yang tengah merajuk tu..hehehe..aku sendiri sebenarnye selalu lupa nak mintak maaf bila buat salah..hahahaha, habit..nak buat camne..

Selalunya laki ni tak merajok lama..bila dah pujuk dah mintak maaf dah biar dia cool..ok la tu..nanti mula nak senyum malu malu sebab mengada majok tadi kan..bila dah okey ni, the best way aku rasa korang kena discuss balik kenapa boleh jadi gadoh gadoh manja dan merajok bagai tadi..jangan biaarkan keadaan tu tergantung je..sebab nanti mulut cakap dah okey tapi sebenarnya still ada rasa tak puas hati..pastu nanti mengungkit..tak best la camtu kan..

Kalau semua ni tak berjaya jugak..biarkan je dia majok lelama sensorang kat situ..huahahaha

**kalau merajok sket2 comel la, kalau dah mengada asek merajuk tak tentu pasal maknenya nak kena hempuk..peace..**


Tuesday, 8 January 2013

Mini i-city



**dialog lakonan semula**

Wanie : Bosan la malam ni..jalan jom..

Awien : Kita pegi i-city nak? tiena kata cantek sangat die pegi hari tu..

Erin : ???????

Ipoh ade i-city meyh?? Ada loo..eh apsal aku cakap macam meimei dalam upin ipin lak ni..takde kena mengena kot..okey berbalik ke topic asal..dek kerana terpengaruh dengan kak tiena punye cantek tu, maka dengan senang hatinya cik kiah 3 orang tu pegi la nengok i-city yang separuh siap kat Ipoh ni..

Sampai je sane, terus buat nada jaakun..waaaaaaaa boleh tahan..

 Awien : haa nak waaa pun tutup tingakap dulu..malu orang dengar nanti..jakun bebeno..

Erin : erkk..hahahahaha (gelak dalam hati)

Orang Ipoh mesti tau punye kat mana ni..jadi malas la aku bermain teka teki..kalau bukan orang Ipoh, tempatnye dekat ngan Hotel River Front tu..kalau tak tau, sila la tanya incik bukak google map ye..:)

Jadi bila nampak tempat menarik sebegini, harusla mengambil gambar merata rata..bukan senang nak kuar malam malam..nanti mak marah..hehehehe

dah nampak dah lip lap lip lap di sana..

ni la tempatnye..River Walk @ Kinta River..









 kami teruja okey..:)

 berseri seri kak awien bawah pokok ni..hehe

kalau penat jalan, boleh duduk minum minum kat sini..

**tempat ni belom siap sepenuhnya..tapi sebab Ipoh ni takde port best malam malam, bduyun la yang datang sini..nanti dah siap, tak payah pegi Shah Alam dah..Ipoh pun ade..:)**

Wednesday, 2 January 2013

2013



HAPPY NEW YEAR!! rasanya tak la terlambat sangat kan nak wish new year..biasala, orang bajet sebok memang camni gayanya..

Sebelum cerita 2013, 2012 korang camne? banyak tinggalkan kenangan menusuk jiwa tak? kalau takde bagus..kalau ade, semua yang pahit yang kelat tu, lupekan la..jom kita bukak buku baru..

Azam baru? macam 2012, azam tu ntah ke mane pun..susah bila hati dan perbuatan tak nak bekerjasama..rasa macam nak buat azam, tapi malas nak berubah..owhh saya memang takleh harap..baek jangan buat azam..tapi untuk menaikkan semangat dan kemeriahan tahun baru..nak jugak buat azam..hahahahaha

beduyun-duyun wishlist tahun 2013 saya..tak tau la berjaya ke tak..huahuahua..meh tengok sket ape yang berjela kat kertas tu..
  • Nak jadi budak baek + solehah (maklum la, sekarang ni nakal sket.. hehehe)
  • Nak memupuk sifat rajin bekerja, omputih cakap workaholic (sebab sekarang ni memang takleh harap, cuti besepah-sepah, masuk keje pun hari-hari lambat..nasib la bos baek..)
  • Nak kumpul duit bebanyak (supaya bila cukup simpanan, boleh segera kawen dengan gilang-gemilang..biasalah bila dah lanjut usia, pikir nak kawen je, hahahaha)
  • Nak kumpul barang kemas bebanyak (walaupun sebenarnya diri ini bukan peminat tegar emas, tapi nak beli jugak supaya bila takde duit boleh la ke kedai pajak gadai berhampiran - hampeh kn? )
ni peserta pertama yang berjaya dimiliki dari senarai wishlist 2013 :)
  • Nak turunkan berat badan yang makin mencanak-canak naek ni (tak tau la berjaya ke tak sebab nafsu makan sekarang ni bleh tahan kencang jugak..)
  • Nak menghitamkan rambut karat saya ni (ramai pulak yang komplen kadar kekaratannya, siap ade yang cabar lagi, haishhhh  ^_^' )
  • Nak merajinkan diri untuk kemas rumah, masuk dapur, dan buat kerja-kerja seorang wanita (sebab sekarang memang pemalas sket..sket je tau..)
  • Daaannnnnn macam-macam lagi..malas dah nak tulis semua..:)
Jadi harapan saya untuk tahun 2013 ni, mudah-mudahan semuanya berjalan lancar..dimurahkan rezeki, di panjangkan umur, diberi hidayah dari-Nya..marilah sama-sama kita menjayakan 2013 ni..sekian..


Thursday, 27 December 2012

Buat Pasport


Assalamualaikum..okey semua, hari ni kite nak citer pasal buat pasport ye..al-maklum la, baru first time nak berjalan jaoh-jaoh pegi obersea gitew..jadi berakit-rakit la cik kiah 5 ketul tu pegi Imigresen..diketuai oleh Cik Suria yang dah ada pengalaman tu..

Ok, untuk korang-korang yang baru pertama kali nak buat pasport, jangan neves, jangan takot..camni caranya..memula, pegi dekat Portal Jabatan Imigresen ni..



pastu amek dekat Perkhidmatan Awam >> Pasport >> Pasort Malaysia Antarabangsa..sila klik di situ..

Bila dah klik situ keluar la terma dan syarat-syarat nak buat pasport ni..sila baca dengan teliti..download borang dekat tajuk Cara Memohon Pasport Kali Pertama (klik sini) dan print..sila print borang depan belakang ye (jangan nak print sehelai sehelai walaupun korang sebenarnye banyak stok kertas A4)

**kalau taknak print borang tu dan nak pegi amek dekat sane pun takpe..saya cuma suggest sebab nak jimatkan masa korang masa dekat Imigresen nanti je..**

Lepas tu sila isi dengan teliti..ala senang je..takde soalan hardcore macam jawab SPM pun.. (jangan jadi macam kak awien ngan wanie tau, print borang sampai 2 kali sebab silap isi..oppssss!! hehehe)

Bila dah siap isi jangan lupa bawak gambar 2 keping dan salinan fotokopi IC korang (walaupun sebenarnya dorang taknak pun salinan fotokopi IC tu, sedih tau ^_^')

muka penjenayah sensorang..moh la ke Imigresen..

nak tunggu ni lama sket..siap ada yang tertido..masa kat kaunter nanti, buat bayaran dan amek resit..lepas tu pegi tunggu tempat nak amek pasport..kitorang kira nasib baek sebab member kak sue ade keje situ, 15 minit je tunggu, pasport siap..*seronotttt :)

yeayy saya dah dapat..tapi wanie belom..

owh ni memang perkara biasa..suka buat drama..hahaha

ceceehhhh kak syila tu syok tengok gambar sendri..kak awien lak muncung panjang nak pakaikan baju dekat pasport beliau..

masih tak dapat..bergaya la ngan pasport pinjam..ekekeke

orang penting pada hari kejadian..kalau tak, mesti kitorang kelam tak tau nak buat ape..

saya dah ade pasport..nampak gayanya tahun depan kena la bercuti jaoh-jaoh pulak..ade sape-sape nak sponser?? (:

Sunday, 23 December 2012

Cyst


Korang penah dengar pasal cyst? tau tak ape itu cyst? first time i dengar perkataan cyst from my cousin..tapi masa tu blur tak tau apa..pastu ada pulak tengok dekat facebook my friend cakap costumer dia berjaya kurangkan saiz cyst lepas amalkan herbalife..jadi sebagai seorang yang bernaluri ingin tahu, i pun menggoogle la ape ke bendanya cyst tu..and here it is..

Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovari..tumbuhan ini mengandungi cecair/fluids, samada air, cecair becampur protien, darah beku, darah haid , minyak dan lemak ataupun lendir..ia jugak boleh disertai dengan tumbuhan daging yang mungkin jenis kanser, rambut, cartilage, tulang dan lain-lain..



Cyst ni terbahagi kepada dua..ada yg normal dan tak merbahaya dan ada yang agak bahaya sampai kena operate..bagi cyst yang tak bahaya, ia sebenarnya adalah karung telur yang tidak pecah pada waktu subur (masa period la kan)..tapi hanya akan membesar pada saiz lebih kurang 5 cm, lepas tu pecah..cecair tu akan diserap oleh badan secara semulajadi..so, no worries..dan ini pulak jenis cyst yang agak bahaya dan kena operate :

  • Hemorrhagic cyst - cyst yang mengandungi darah
  • Ruptured ovarian cyst - cyst yang menyebabkan kesakitan
  • Endometriotic cyst of ovary - mengandungi darah kotor, merosak ovari, saluran fallopio dan rahim
  • Dermoid cyst ovary - mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage, gigi atau tulang

Symptom cyst adalah berbeza bagi setiap individu..ada yang rasa sakit dan ada yang tak rasa pape, sedar-sedar je dah ade cyst..biasanya doktor akan bagi pil perancang pada orang-orang yang dikesan ada cyst ni bertujuan untuk stop period buat sementara dan untuk monitor saiz cyst..

Memula i beranggapan cyst akan kena pada orang yang dah kawen je..tapi meleset..sebab banyak review yang i baca dari blog dan article, cyst ni tak mengenal status..asalkan nama perempuan, kita semua berisiko..gulp!! **telan air liur neves** so ladies, rajin-rajin la buat check-up untuk pastikan kite bebas dari cyst dan jugak penyakit-penyakit laen yang mungkin lebih bahaya..mencegah itu lebih baek dari merawati..

**tetibe terasa diri ini macam doktor sakit puan, hehehe..sekian**


Tuesday, 11 December 2012

Eksplorasi Warisan 2012


"This is not a race..just enjoy your hunt..take time..jaga keselamatan, jangan lupa pakai seat belt..setiap team ada masa masing-masing and bla bla bla........" panjang lebar pesanan penaja sebelum kitorang mulakan race pada hari tersebut.." dalam kepala hotak asyik cakap jangan lelaju, nak makan angin je ni.."..eh lupe nak bagi intro..hye semua..ok sambung balik, disebabkan terpengaruh dengan pesanan penaja yang berpesan supaya jangan kalut, kitorang pun sangatlah relaks dalam race ni..sebab relaks sangat, kalah..hahahaha, padan muka kitorang..tapi takpe, pengalaman pertama..pasni kalau join explorace lagi, kompem boleh menang..hahahaha..jom flash back balik apa yang terjadi masa Eksplorasi Warisan dari Menara KL ke Menara Alor Setar ni..

team nombor 4 daripada 50 team..nampak sangat excited..awal giler register..

salah satu punca kalah..kete berat bawak barang banyak..ekekeke

tunggu flag off..sempat la beramah mesra dengan team laen..

muka semangat di awal pagi..

here we go bebeh..

destinasi pertama, Ipoh..dalam hati masing-masing cakap, kacang je ni..negeri sendiri..masa sampai Ipoh, masih seiring ngan team laen..kat sini kena cari nama kedai ikot clue yang dorang bagi..bagi kitorang yang otak berkarat ni, susah kot..clue pun berbelit-belit..huhuhuhuhu

tengok muka serius sensorang tengah pikir..masa ni habes semua kedai yang ada kitorang tangkap gamba sebab nanti dalam kete boleh pikir dan discus kot-kot nak tukar jawapan..tapi silapnye, kitorang spend masa lama sangat kat sini..dah tercicir..

Next destination, Muzium Arkeologi Lenggong..sekali lagi kitorang rasa over convident sebab selalu lalu jalan ni..tak bukak GPS, tak tengok tulips yang dorang bagi dan bawak kete lenggang mak limah..dah la tadi kat Ipoh lebih masa, terlajak pulak cari muzium ni, bertambah lambat la citernya..masa sampai ni, ade  berapa kerat je lagi kat sini..sedihhh..kat sini ada dua task, 2 orang kena masuk muzium dah jawab soalan, 2 orang lagi kena buat stone challenge..

ketok batu yang besar-besar godang ni atas batu lain untuk buat senjata dan pisau zaman purba..hah? terus terfikir, sepatutnye kak awien yang gagah perkasa yang buat ni..hahaha

tapi gagah jugak la aku ngan wanie nak ketok benda ni..sampai sakit sendi kitorang..akhirnya pecah jugak..:)

tunggu kak awien ngan kak syila jawab soalan..

lunch dekat Restoran Tasek Raban..bila panas dan lapar bergabung, makan siap senteng lengan baju..hahaha..lapar kot, breakfast dorang bagi donut je seketul..(nak cakap lapar jugak walaupun sebenarnye sebelum tu aku dah breakfast kat McD ngan syafiq, hahaha)

jom ke Juru pulak..

kat Juru ni pun kena buat challenge macam kat Ipoh, cari kedai..dan jugak kena buat kad Starbuck dan beli Christmas drink..pandai penaja kita ni nak meniaga tau..masa ni kitorang dah sedar yang team kitorang dah ada kat hujung tanduk dah..kak awien yang tadi lenggang mak limah dah mula pecut laju-laju sampai gegar stereng..hahahaha

Next station, Kubu Kota Kuala Kedah..ni la klimaks kelambatan team 4..team kedua last kat sini..kena jawab soalan sejarah dan maen meriam..

dapat in car aktivity 4..terus laju-laju jawab dengan bantuan incik Google..

Last check-point should be at Balai Nobat..tapi memandangkan dah tak sempat dan kitorang dah guna banyak masa penalty, kitorang terus je ke Menara Alor Setar dan skip jawab soalan kat balai nobat tu..dah hilang berape puluh markah kat situ..dengan rasa sengal dan bebal menguasai diri, masih mampu senyum bila jumpa makhluk 2 ketul ni..

tak nak berangan lebih, kalau dapat yang RM 500 tu pun cukup la..(ada hati, jawab soalan pun tak habes..sobssssss)

team yang sampai awal kat sini, boleh la balik hotel dan mandi dan wangi-wangi untuk penyampaian hadiah..tapi kitorang...

masih berlengas dan pecah minyak..

dah penat kan, makan kena la banyak..sambil neves tungg lucky draw..kot la dapat..hampeh..memang tak bertuah sekor-sekor..huaaarrrgghhhh!!!

dengan kecewa nak balik hotel, tegur la dorang ni dan melawak kasar mintak hadiah..sekali memang dorang bagi hamper tu..2 pulak tu..hahaha, malu tapi nak..

tenkiu team Fadhil..hehehe..nanti jumpa lagi kat explorace laen..:) 
mari lah pulang dan tidur..zzzz

sunrise di Alor Setar..segar walaupun sakit badan..

muka tak mandi pergi breakfast, pastu balik tido..

nak bukak stiker pun ade drama..camni la kalau giler camera..

sebelum balik, bawak kak awien jalan Alor Setar sedas sebab ni first time dia jejak kaki..macam aku, wanie ngan kak syila dah tak heran..kitorang kan belajar kat kedah dulu..

dapat tiket percuma naek Menara Alor Setar dan Menara KL..

walaupun masa belajar dulu dah selalu naek, naek lagi sekali..benda free..hehe

-- Selesai --