Friday, 24 April 2015

Kek - Senduk Besi


Hello.

Hari ni aku nak review pasal kek pulak. Benda penting yang aku belajar masa nak setelkan majlis kawen haritu - kalau duit tak cukup, cari la sponser sebanyak mungkin. Sebab dalam majalah pengantin dok cakap, cari sponser untuk meringankan beban. ihik! Nasib baik jugak ada cousin si pembuat kek. Nak tak nak, paksa dia sponser kek. Wakakaka.

Kek kawen aku import dari KL. Masa sampai rumah, tukang kek bising sebab takot fondant cair. Rumah panas takde aircond. Hahahaha. Nasib baik ada booking bilik hotel lebih satu. Bagi la kek tu tido kat hotel. Belagak nau kau ye kek. -__-

Sebelum terciptanya kek tu, jenuh jugak la bertekak decide nak kek camne. Dah la sponser, request nak grand ala-ala anak kak mah kawen. Lantak la, aku kan suka fefeeling artis. Hahaha. 

Kek dari gateauxlicious. Aku memang admire hasil tangan Asma'. Seni Ya Rabbi.

Yang dua ni pulak hasil skodeng dari IG. Bila nampak banyak sangat kek cantek, mula la diri sendiri pun tak tau nak decide nak kek camne. 


Setelah pumpang dok betekak nak kek camne. Akhirnya dapat la kata sepakat. Sebab masa tu pun otak aku dah serabut nak pikir banyak lagi benda lain. Aku serahkan semuanya kepadamu si Senduk Besi.

Proses cantum kek. Jauh kan, susah lak kalau nak bawak yang dah siap 3 tingkat. Kang sampai Gerik kek jadi macam lepas gempa bumi. Mau pengantin muncung sedepa sebab takde kek kawen.

Hasilnya.....




Presenting to youuuu....si tukang kek. Mesti dia bising sebab gambar ni buat dia nampak mok. Haha



Thanks cousin ku untuk kek sedap ni. Selalu kek fondant cantek dimata je. Tapi yang ni cantek di mata sedap ditekak. Sampai berebut degan semut. Hehehe. Sesape nak tempah kek sedap boleh la usha-usha IG cousin aku ni (@senduk_besi). Kalau korang artis confirm dapat kek free. Sebab dia memang suka sponser artis. Termasuk la cousin dia yang perasan artis sorang ni. Hahahaha

Tuesday, 21 April 2015

Pelamin - Ayu Wedding Planner


Hai.

Semalam officially genap sebulan. Dah sebulan, baru la terhegeh-hegeh nak start enjin. Biasa la, emosi dan kehidupan baru nak stabil. Elok la rasanya benda pertama aku review pasal majlis kawen aku ialah Wedding Planner. Diorang pun mesti dok tunggu je feedback dari customer yang dah basi ni. Konon nak tunggu dedua majlis setel. Sudahnya, haa amek kau dah sebulan. Hahahaha

Misi nak cari wedding planner bagi aku benda yang buat hidup kau stress tahap dewa jugak la. Bukan apa, ada yang kau suka, tak mampu pulak. Ade yang harga kena bajet, macam ala kadar je presentation diorang. Masa kali pertama aku survey, aku pergi butik pengantin area Gerik je. Masa tu dalam otak ni pikir nak pelamin harga 2.5k je. Tapi request itu ini. Hahahaha memang tak dapat la der. Orang butik pun mesti rasa macam nak lempang muka aku. Kesimpulannya, harga pelamin kalau ikut apa yang aku nak harga dia 5k. Oh boleh tahan mahal jugak, tapi design aku tak berkenan.

Aku pun start la cari area Ipoh (bukan Ipoh je, sampai ke Manjung aku pergi. Sorang-sorang lak tu. Sedih betul nasib kawen dengan orang jauh camni). Tak banyak butik yang nak pergi ke Gerik, sebab jauh katanya. Aku pun paham jugak la issue jarak tu. Dah kang berapa riban pulak aku nak kena bayar untuk transport. Macam-macam ragam wedding planner jugak la aku jumpa. Ada yang diva, ada yang kerek, ada yang double standart, ada yang baik hati. Yang aku shortlist kan :

          • D' Enai (Manjung)
          • Riz Surya (Meru)
          • D' Cemara (Tasek)
          • Ayu Wedding Planner (Medan Gopeng)
Setelah berdiskusi bersama family aku dan syafiq, kitorang decide untuk amek wedding planner tempat yang sama, senang sket nak discus ke apa. Keputusannya, amek la dengan Ayu Weddig Planner. Yeayyyyy. Sebab amek dengan dia? Senang dan selesa nak deal dengan tokey kedai. Dia boleh dengar cakap aku dan dengar apa aku nak. 

Dipendekkan cerita, ni lah dia pelamin aku dan Syafiq.

Pelamin akad nikah. Ni memang aku request nak simple je. 
Pelamin Gerik. 
Pelamin Tapah. 
Ikutkan pasang pelamin kat Gerik hari Khamis, sebab Jumaat tu aku dah busy nak akad nikah. Tetiba pulak lori takde, jadinya kena la pasang hari Jumaat. Takde hal dan aku tak kisah pun pasang hari apa asalkan sempat siap masa majlis aku, sudah. Cuma yang jadi issue, meja makan pengantin diorang pasang depan pelamin. Sebabnya aku tak respon masa diorang mintak confirmation kedudukan meja tu (aku tengah akad nikah kot masa tu, mana ada masa nak tengok phone) Oh no! Itu memang takleh terima sebab aku dah banyak kali cakap meja makan memang nak kat tepi. Taknak ada benda lain yang halang pelamin 6k aku tuh. Hahahaha. Pepagi sabtu sebelum sanding, aku hantar dua hulubalang aku, K.Irin dan Mira untuk kick meja tu ketepi.  Kredit untuk diorang berdua yang tetiba bidang terjun jadi wedding planner. Ekekeke. Thanks jugak untuk wedding planner sebenar sebab tinggalkan banyak barang-barang dekat belakang stage. Kalau tak, memang tak dapat buat ape la dengan meja makan tu. Confirm sanding nanti dengan juraian air mata. Hahahaha.

Ini pulak baju yang aku pakai untuk sanding.

Songket untuk sebelah Gerik.
English Style untuk sebelah Tapah.
Baju aku ni, dua-dua baju baru. Banyak kali jugak aku semput nafas sebab issue baju. Lambat siap. Benda dah last minit, what do you expect? Memang takkan dapat benda yang perfect. Masa tu tak tau nak salahkan wedding planner atau tukang jahit upahan wedding palnner. Aku redha jela apa yang jadi dengan baju tu. Nasib la cacat tu semua boleh cover. Takde la nampak ketara sangat part yang tak ok tu. Pape pun aku bersyukur jugak sebab walaupun banyak kali aku naik angin + jadi hulk, benda tu setel jugak. Bersanding lah kitorang dengan gembira di hari kejadian.

To Ayu Wedding Planner, thanks sebab dah menjayakan majlis kawen aku. Bab pelamin memang tak dinafikan, sangat-sangat puas hati. Pelamin cantek gila, ramai puji. Saya bagi 5 Bintang. Abang Wan ngan Kak Ayu, thanks untuk semua. Muah sikit! Hehehe


Wednesday, 15 April 2015

Selonggok Dugaan


Assalamualaikum. Hai semua.

Firstly, Alhamdulillah. Setel satu beban besor atas bahu ni. Dah selamat jadi bini orang dah (tapi sampai sekarang perasaan dok blur-blur lagi. "Eh, betul ke dah kawen, betul ke dah jadi bini orang, betul ke bla..bla..bla). Macam terpinga-pinga lagi dengan status I.S.T.E.R.I. Pape pun lega la sebab dah setel.

Niat di hati, setel je majlis dedua belah pihak, terus lelaju nak update blog. Buat review itu ini. Tapi keadaan sangatlah tak mengizinkan. Orang cakap sebelum kawen je dugaan besor. Tapi aku idak jugak. Sampai lepas kawen sekarang pun tak habis lagi dugaannya. Memang Tuhan tengah suruh aku ingat Dia. Insaf jap.

1. Bakal Husband Tersangat COOL
Bila baca tajuk ni, semua orang mesti cakap - ape masalhnya, bagus la. Memang bagus, tapi aku yang huru hara sebab kena pikir semua. Sikit lagi nak jadi gila sebab banyak sangat pikir. Hahaha. Lepas ni kalau Syafiq tak sayang aku beribu-ribu lemon, aku gigit dia!

2. Si Purple Kena Langgor
Ini paling sadis. Habis je sanding, kengkonon seronok la nak pergi shoot outdoor. Sekali adik aku datang, "Along, kereta kita kena langgar!". Masa tu tak tau nak respon macam mana. Benda pertama terlintas kat hati, adik gua ni nak kencing la ni. Memang aku syak dia bawak kereta tu sondol kat mana-mana, pastu cakap kena langgar. Tapi aku takde bukti, jadi nak taknak aku kena la terima katanya kena langgar tu. Masa tu pun malas nak rosakkan mood nak pergi outdoor, malas nak pikir. Kang tak pasal gambar aku semua mulut muncung + mata merah. Redha je la Si Purple aku dah berlekuk ponggongnya. Huhuhu

Robek hatiku sebab pikir nak kena keluar duit lagi. Pokai.
3. Konflik Wedding Planner & Kunci Rumah
Ceritanya jadi bila aku tak sempat hantar baju sanding lepas majlis sebelah lelaki habis. Masa majlis sebelah pompuan, siap je outdoor, aku pulang terus baju sebab malas nak pikir. Tapi sebelah laki, lain pulak jadinya. Adakah salah aku sebab tak tanya atau salah wedding planner sebab tak bagitau dan tak mintak awal-awal. Nak dijadikan cerita, masa aku on the way ke KL ikut Syafiq, baru la orang wedding planner call cakap boleh tak hantar barang semua hari ni, sebab Jumaat nanti ade orang nak guna. Allah. Syafiq kan cool, jadi dia cakap takyah hantar je. Wakaka. Tapi sebab aku ni bertanggungjawab orangnya, gagah la call officemate tanya boleh ke tolong hantarkan. Sampai je sana terus berlari pergi Alamanda Putrajaya duplicate kunci rumah.

Dramanya bermula kat sini. Masa kunci siap duplicate, aku dah perasan awat lain macam je yang satu ni. Tak sama macam yang asal. Aku bagitau kat orang buat kunci tu. Katanya takpe tak sama, asalkan ada line kat tengah tu. Walaupun aku tak yakin, namun apa la daya aku nak melawan tukang kunci. Aku yakinkan jugak hati ini. Sebab tak sedap hati, aku pos kunci asal dekat officemate aku. Dia pun tolong la pergi hantar barang-barang kat butik. Setel satu bab walaupun semput nafas aku. 

Ahad malam, aku sampai kat Ipoh. Sekali nak bukak pintu rumah pakai kunci baru yang dah diragui dari awal tu, tadaaaaaaaaa. Takleh bukak. Wakena beb. Kalau kedai tu kat Ipoh, memang aku pergi serang dah. Damn u tukang kunci! I HETCHUUU!!! Herghhhh. Aku pun gelabah call ofisemate yang tolong hantar barang tu sebab nak amek kunci ori, tak jawab. Dup dap dup dap. Mana tau dia balik kampung ke, pergi bercuti ke. Dah camne gaya aku nak masuk rumah. Memang masa tu sebakul sumpah seranah aku buat tukang kunci. Nasib la rumah kitorang setaman. Lepas salam dekat 10 kali, baru la officemate aku keluar rumah. Tak jawab call dan tak dengar orang panggil sebab kusyuk tengak ABPBH katanya. Wakakaka. Berjaya la aku menjejakkan kaki ke rumahku syurgaku lepas cuti 3 minggu.

4. Kereta Takleh Start
Ini bersambung la dengan cerita kunci rumah. Dah la dah malam buta + dah penat ke sana sini. Sekali try start kereta, hampeh. Masa tu tak tau nak buat bodo ke nak mintak tolong orang ke nak nanges. Macam bertimpa-timpa je dugaannya. Lepas call Syafiq, dia suggest call ayie (ex-officemate aku merangkap geng roda syafiq dan jugak incik matchmaker, hehehe). Ayie pun redha la datang rumah pukul 11.30 malam tolong tolak kereta. Hahaha. Sorry dan thanks.

5. Rumah Terbakar
Ini aku rasa memang klimaks kepada segala ke-malang-an yang berlaku. Benda ni jadi seminggu lepas selesai majlis dedua belah pihak. Hari pertama aku masuk kerja. Masa tu mak baru lepas call aku cakap nak buat kuih. Setengah jam lepas tu Syafiq bagitau rumah terbakar. Sekali tengok gambar, mak aih. Terus la bekejar-kejaran ke KPJ. Esoknya aku amek EL. Maaflah incik bos, ape nak buat, emergency kes. Huhuhu.

Dapur yang dah rentung.
Serius la jugak mak kena sambar ngan api. Sedih nengoknya.
Sekarang mak still dekat hospital lagi. Baru keluar wad biasa lepas seminggu dekat CCU. Alhamdulillah dah makin stabil. Jadi, mood aku nak update blog ke nak buat benda-benda lagho pun semua down. Tunggu la keadaan dah normal, emosi aku pun dah terkawal, baru aku amek semua kekuatan untuk perah otak mengarang balik. Tolong doakan mak mentua aku cepat sembuh ye. Thanks.

Till then. Daa.


Friday, 13 March 2015

Bachelorette Sangat!


Hye!

Mesti dah lama nampak blog ni berdebu kan? Maaf la. Makcik memang busy sejak dua menjak ni. Sampai diri pun tak terurus. Maklum la, nak dapat laki. Eh! tercakap pulak. Malu la titew. Hahaha.

Baiklah, begini ceritanya. Minggu depan aku nak kawen!!!! (macam tak sabar pulak intonasi ayat ni, ehehe)

Jadi, kengkonon lifestyle urban people sangat, beriya la nak bachelorette party bagai. Padahal.............. cer teka kitorang buat ape je? 
Layan phone memasing sambil penuhkan perut je. 
HAHAHA~

Sini tempatnya. The Deck Gastrobar, Weil Hotel.
Harusla acah-acah candid gitew. ihik!


Kaki drama. Nak amek oder pun beriya cenggini. Wakaka


Pengantin baru berangan honeymoon lagi.
Mirror mirror on the wall, who's the joyah of them all. Harus la aku. Deng! Dah cuba nak sopan santun, sudahnya cenggini jugak hasilnya. Hahaha

Bodyguard aku ni tak tau la muka stim sebab kekenyangan ke sebab layan angin ke sebab dah lemau  ^____^'
Sekian saja dari kami si kepoh.
 Jadi kira aci la kot announcement nak kawen macam ni kan? Hehehe. Sesape yang sudi, jemput la datang kenduri aku minggu depan.

Ok la, nak sambung dup dap dup dap. Bye!

Jemput :)


Thursday, 12 February 2015

Bukit Bangkong Tanah Hitam, Chemor


Hai

Sejak masa dah tak berapa nak ada untuk aku berkurus-kurusan ni, yang mampu cuma ikut kak irin exercise seminggu sekali jela. Tu pun tak tentu tetiap minggu dapat pergi. Nak balik kampung la, nak jumpa syafiq la, nak kesana sini la, macam-macam. Nampak gaya macam tak mampu je nak buang sikit lapisan perut yang bermaharajalela ni. Deng!

Macam biasa, rajin ikut kak irin tu tak bermakna aku rajin sesaja. Rajin sebab kak irin suka bawak phone amek gambar. Hehehe. Maaf-maaf, niat terpesong.

Biasanya kitorang gerak dari rumah pukul 7 pagi. Dari rumah kak irin nak sampai Bukit Bangkong ni setengah jam jugak la. Banyak kali niat nak tengok sunrise tak kesampaian sebab masa sampai situ, matahari dah memancar terik dah.

Captured by ipong kak irin.
Berjaya sampai puncak dengan senyuman. Harus la tak lekang dengan handphone, nak hantar report dekat bakal husband giteww (Ok tau, ni gedik. Hahaha)
Acara wajib di setiap tempat.
Dah puas terkinja-kinja melompat + rehat, boleh la turun dengan senang hati.
Afzan gaya macam kental habis kan. Padahal dia sangat manja dan baby giteww. Ekeke
5 ketul di hari kejadian. Kak irin, wanie & afzan masa ni tengah kuatkan stamina nak panjat gunung kat Cameron. Sentap sebab tak dapat ikut.
Apapun, kali ni punya pendakian smooth je. Takde la sempot sampai nak terkeluar jantung macam minggu sebelumnya. Gila penat habaq hang. Sikit lagi nak termuntah hijo.

Masa ni nak senyum pun tak larat.
Tapi kejap jela, lepas tu dah boleh melompat keriangan. Hahaha
Lepas ni followers IG redha jela kalau nampak gambar ala-ala sama di tempat yang sama setiap minggu. 


^____^


Thursday, 18 December 2014

Cuti-Cuti Melaka


Holllaaaaaa.

Seperti biasa, aktiviti wajib Unit Teknologi Maklumat setiap tahun ialah jenjalan makan angin. Lepaskan penat lelah bekerja. Kalau tak cuti, kejap lagi semua budak IT boleh bertukar jadi thumbdrive macam cerita Lucy tu sebab penggunaan otak lebih dari peratus sepatutnya (alasan kena power, hahaha)

Destinasi kali ni Melaka. Ikutkan kitorang nak pergi Pulau Pangkor je. Tapi sebab last minit buat keputusan, kat Pangkor dah takde hotel yang available. Maklum la, cuti sekolah kan sekarang. Jadi redah jela ke Melaka. Jauh yeop, patah pinggah jugak la rasa dok dalam kereta.

Perjalanan dari Ipoh mula jam 10 pagi, singgah kat RnR Tapah untuk breakfast dan kat Restoran Jejantas Ayer Keroh untuk lunch. Itu je persinggahan dia. Cer teka jam berapa kitorang sampai? Kul 5 petang. Lamaaaaaaaa gila kan. Sebab perjalanan lama nau-nau, memory card phone hanya dipenuhi gambar-gambar selfie bajet comey je. Hehehehe. Kitorang stay dekat The Emperor Hotel. Lepas check-in, macam biasa, kena buat sport-check view. Bukak je tingkap, waaaaaaaa tanteknya. 

View kanan, siap nampak laut.
View kiri.
Ikut jadual, jam 6 camtu keluar bersiar-siar, tapi tak jadi. Pengembaraan hari pertama bermula dengan dinner dekat Asam Pedas Jr. area Dataran Pahlawan. Tak lengkap la kan datang Melaka kalau tak makan asam pedas. Makan situ not bad. Sedap! Cuma bagi aku mahal sikit. Sebabnya kitorang amek ikan asam pedas 3 ketul, ayam goreng lebih kurang 3 ketul, sayur 2 pinggan, telur dadar, sotong paprik 2 pinggan dan air berperisa untuk 8 orang, total semua dalam RM 160. Tapi tak kisah la, yang penting sedap.


Lepas dah penuhkan tangki perut masing-masing, kitorang pun berakit-rakit la cari kat mana letaknya River Cruise Melaka ni. Ikutkan nak jalan, tapi sebab ada budak-budak kecik, macam susah je. Kalau jalan sebenarnya dekat je, tapi sebab naik kereta, berpusing-pusing + pening cari parking. Dekat setengah jam baru settle. Tiket River Cruise ni RM 15 untuk dewasa, RM 5 untuk kanak-kanak. 

Bukan tengok luar pun, lebih kepada melayan bebudak je. Aliya je elok dok ngadap luar menikmati pemandangan. Hehehe
Feeling tengah naik gondola kat venice giteww.

Selepas percubaan ke-600 kali, baru la dapat muka elok sikit. Aku rasa semua ni sebab effect tempias air sungai sampai basah baju tudung seluar, muka pun tak berapa nak jadi (kenapa rasa alasan tu macam tak munasabah je, hahaha)
Dapat fridge magnet dengan keychain. Happy, takyah susah-susah nak beli dah.
Ini pun kira salah satu otai kat Melaka. Kalau tak silap, naik beca ni sejam RM 40. Tak sure sebab kitorang tak naik, tumpang bergambar je.
- Selesai Hari Pertama -

Hari kedua ni kita mulakan dengan trip ke A Famosa. Kitorang takde la pergi semua pun. Cuma ke Safari Wonderland je. Tiket masuk, RM 50 utntuk dewasa, RM 40 untuk kanak-kanak. Ini siap termasuk set lunch. Jadi takyah pikir keluar duit untuk makan lagi dah. Harga tiket macam biasa la, mahal sikit sebab weekend + school holiday.

Yang tinggi lawan tokey tu adik aku. Menyampah bergambar dengan dia sekarang ni. Huh! Si kenit tu Aliya dan si Bambam tu Ikhwan.
Ingat lagi si gebu dan tembikai masa entry Morib dulu. Dah besar dah sekarang. Muka takde perasaan je tengok rabbit tu. Papa mama dia pulak yang excited lebih.
Dah nama pun Safari, korang redha jela tengok gambar-gambar binatang kat bawah ni ea.



Kalau nak naik gajah ke unta ke, fee dia RM 10/person.
Lepas dah puas pusing tengok binatang, kita tengok show pulak. yang ni wild wild west. Terus rasa macam duk kat Pekan Koboi.
Next, Colors of Bird.
Next, Multi Animal
Last, Elephant Show
Masa tengok Elephant Show ni, kitorang kena dok depan sekali sebab masuk lambat. Memang kena cuit-cuit je la ngan belalai dia. Geli pun ade. Siap kuyup la sape yang duk depan kena sembur ngan gegajah ni. Hahahaha
 Setel misi lawatan budak sekolah mengenal binatang, kitorang pun gerak ke Perkampungan Ikan Bakar Umbai. Ikutkan nak makan dekat Pernu, boleh duduk dalam sampan. Tapi Peros cakap selalu full kat situ. Terus tak jadi sebab dah lapar, malas nak tunggu lama-lama.

Kitorang makan kat kedai ni. Tingkat atas.
Sebahagian menu malam tu. Semua memang tip top. Sedap gila. Ketam, udang, sotong semua fresh. Isi pun banyak. Paling layan makan ketam tula. Tetiba rasa nak makan lagi. Pastu makan banyak gila camni siap air 3 jug, baru RM 200. Murah okey!
Ini orang penting bila sampai part makan. Tugas dia, memastikan tiada pembaziran berlaku pada hari kejadian. Tenkiu Peros.
Lepas dah kenyang, semua pun berakit-rakit balik hotel. On the way balik semua diam je layan perasaan sebab ngantuk kekenyangan. Peros siap tido terus. Hahaha

- Selesai Hari Kedua -

Hari ketiga ni ikutkan kitorang plan nak naik Duck Tour. Tapi malangnya bila nak beli tiket, trip yang available jam 5 petang. Terpaksa cancel. Kang jam berapa pulk nak sampai Ipoh. Jadi pengisian last day ni cuma shopping kat Dataran Pahlawan + cari souvenir kat kedai-kedai berdekatan. Masa tu beria beli cencaluk, belacan, gula melaka nak bagi kat orang. Yang azabnya bila part nak jinjit ke kereta la. Naik lebam tangan sorang-sorang. Time beli, tak ingat dunia lagi, mendapat la.

On the way balik, singgah sini jap naik kereta lembu.
Lepas setel kereta lembu ni, kitorang terus gerak balik ke Ipoh. Disebabkan terlalu banyak singgah-menyinggah dan takde planning rapi untuk last day tu, semua jadi lambat. Jam 11 malam baru sampai Ipoh. Nasib esoknya aku cuti. Macam bebudak lain, lebam sikit la esok nak bangun pagi pergi kerja. Hehehe. Sekian saje entry jenjalan untuk kali ni. Till then. Daa.


**Sorry la entry panjang gila, malas nak pecah-pecah entry ikut hari/tempat.