Hai. Seronok bercuti semalam? Apa pengisian
cuti Hari Buruh korang semua? Confirm ramai yang tidur sampai tengahari kan?
Haih korang ni, asal cuti je tidur, asal cuti je tidur. Cuba la buat aktiviti
mencabar sikit. Baru la bermakna sikit hari cuti tuh! (mentang-mentang la tak
tidur lebih semalam kan, hehe). Nak tau aku pergi mana semalam? Haaa, aku pergi
sini…
Tak payah teka pun dah tau kan. Sebab hint tu dah terang
lagi bersuluh. Jadinya, pengisian hari cuti aku ngan bebudak ni adalah
memancing udang. Kalau nak ikutkan aku bukan la spesies yang minat memancing
pun. Tapi sebab nak mengelakkan terperuk kat rumah sambil dapat release tension
(konon macam tension sangat), ini lah hasilnya. Tempat mancing udang ni kat
Gopeng. Sejam RM10, sewa joran lak RM5 satu.
Mangsa pertama. Nampak macam besar kan?
Sebenarnya saiz dia lebih kurang besar kelingking aku je. Jadi lepas balik
sebab nak makan pun tak sampai hati kecik-kecik camni. Lepas tu, inilah hasil
pertama yang betul-betul memberangangkan. Tadaaaaaaa.
abaikan muka terlebih happy tu ye.. |
Haa nak tau kenapa gambar aku dengan kak awien je? Sebab nak buktikan kitorang dah berjaya pecahkan rekod telur ayam
masa pergi candat sotong dulu. Hehehe
Sambil mancing ni boleh la kitorang layan alam sekitar yang nyaman dan dingin ni. View boleh tahan la sebab tepi hutan, tepi gua. Sejuk mata memandang.
Hasil 2 jam. Jadi la dari takde langsung
kan. Kalau ikotkan masa ni masing-masing tak puas lagi, tapi sebab dah tak
mampu nak membayarnya, kitorang beransur pulang la. Baru tau seronok rupanya
mancing ni (tu pun kalau dapat hasil la). Lepas ni dorang ajak mancing kat
sungai lak. Boleh la try. Nanti aku update untuk korang semua ye. Bye.
No comments:
Post a Comment