Thursday, 5 September 2013

Tribute to Nature


Assalamualaikum. Hai.

It's been a long journey. Mengadap timbunan kerja sampai takde sosial life. Sampai takde masa jugak la nak meng-update blog. Tekanan, stress and im so hope to go on vacation. Tenang, damai and nature. Perfect!

And because now i cant go anywhere (sigh), i just had to telan air liur sambil tengok gambar-gambar lama. Here we go, nature. Enjoy!








Friday, 12 July 2013

Ramadan 1434H


Assalamualaikum w.b.t.

Rasanya tak terlambat sangat lagi nak ucap Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa untuk semua.
Bila Ramadha jugak, akan banyak keluar quote yang menaikkan semangat diri sendiri macam ni...



tak kesah la ape korang tulis nak cakap, yang penting hati korang ikhlas.
Bulan puasa seperti biasa, mengajar kita semua menjadi lebih sabar, lebih dekat dengan Tuhan, lebih muhasabah diri, lebih banyak melakukan amal kebaikan dan lebih segala-galanya yang baek. Pintu rezeki terbuka luas, pahala amalan jugak diberi ganjaran berlipat kali ganda. Subhanallah, indahnya Ramadan.

Ramai jugak bila Ramadan rajin pergi terawih, bagus. Ramai jugak bila Ramadan pakai sopan, Alhamdulillah. Ramai jugak bila Ramadan jaga percakapan dan perbuatan, syukur. Mudah-mudahan mendapat keberkatan bulan yang mulia ini bersama-sama.

Bila bulan puasa ramai yang seronok sebab dapat balik awal. Siapa tak seronok hoi balik awal (walaupun awal setengah jam je pun, huhuhu). Tapi ada satu benda yang tak seronok. Jalan jem. Nak dijadikan cerita, dekat belakang office aku memang port Bazaar Ramadhan. Jadi setiap petang bila nak balik kena bersesak-sesak. Me dont like. Last-last sampai rumah lebih kurang macam tak balik awal jugak. Tapi setakat ni aku masih mampu mengawal mulut ini dari sumpah seranah seperti di hari biasa. Alhamdulillah.

Petang semalam, aku merajinkan diri pergi bazaar dekat Taman Jati. Pergi dengan Wanie dan Kak Awien. Meriah. Seronok cuci mata tengok makanan, tengok mamat hensem.. Eh? Behave. Behave. Bulan puasa ni nama pun kena banyak sabar kan. Makanya kami bertiga semalam pun bersabar la dengan gelagat makcik jual popia. Haih. Nak meniaga tapi customer service failed. Parents aku pun meniaga jugak kat bazaar. Bila orang bagi duit besar dan takde duit kecik nak pulangkan, usaha pergi tukar. Tapi makcik tadi............. Dengan muka tak senyum, bising sebab kitorang bagi RM5. Takde duit nak pulang balik RM2. Usaha la sikit makcik. Kitorang bukan bagi RM50 pun. Dah la muka kerek. Nasib baek bulan puasa, jadi kami sabar. Apa salahnya senyum sikit. At least sejuk hati walaupun bengkek dengan layanan makcik yang tak seberapa tu. 

Nak meniaga kena la ikhlas. Tau semua lapar, semua penat dan tak larat, tapi tu bukan cara terbaek nak expose penat dan lapar dan haus tu. Jangan sampai orang meluat dan taknak datang kedai kita lagi. Haa tengok, dah aku membebel macam-macam. Kurus pahala bulan puasa aku sebab makcik jual popia tuh. Uhukhukhuk. 

Sekian, pesanaan untuk semua. Jaga hati, jaga mata, jaga minda. Perbanyakkan amalan di bulan mulia. InsyaAllah Ramadhan kita semua diberkati. Ada tokoh jadi ustazah tak aku? hehehe


Tuesday, 9 July 2013

Sira Labu Kelantan


Hai awok. Hari ni sayo nok ngaja lagu mano nok buat siro labu. Awak kenal dok siro labu tu hok mano so? Okey aku tau sekarang ramai kerut-kerut kening sebab tak berapa nak paham kan. Fine, aku cakap bahasa baku.

Ceritanya camni, aku bukan la sorang yang rajin masuk dapur, rajin masak ataupun rajin buat kerja-kerja wanita melayu terakhir. Al-kesah hari tu aku pergi program dekat Kuala Kangsar. Masa nak tunggu minum petang tu bosan gila babas + lapor. Aku pun ter-imagine la amenda la dorang nak bagi masa minum petang jap lagi. Pikir punya pikir punya berangan, tetiba sira labu buat segmen terjah pulak kat otak aku. Perghh sedap siot. Terus aku teringin nak makan, tapi mana nak cari kat area Perak ni. Memang susah sikit rasanya nak jumpa. Teringat kalau kat kelantan, asal kenduri je mesti ada benda ni.

Sebab keinginan yang tak berbelah bahagi tu, weekend hari tu semangat aku terjah pasar pergi cari labu dan bahan-bahan penting nak buat sira labu nih. Fuhhh, first time in my life rasanya bersemangat pergi pasar sampai camni sekali (tolong baca part ayat condong tu dengan nada gedik, ihik!).

Kalau dekat kelantan memang manis sampai tahap kena kencing manis, tapi aku dah ejas ikot tekak aku. Kasi manis-manis buah je. Jaga kesihatan kata kau. Ok ni resepi sira labu aku. 

Bahan-bahan :

  • Sebijik labu
  • 5 ketul gula melaka (kalu dekat kelate ore panggil nisse)
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kapur makan

Cara-cara membuatnya :

Sediakan bahan-bahan. Potong labu ikot saiz feveret masing-masing. Potong gula melaka sampai hancur kecik-kecik. Cuci daun pandan untuk pastikan bebas ulat dan kotoran. 

Rendam labu dalam air kapur selama 1-2 jam. Functionya nak bagi isi labu tu pejal. Nanti bila masak takde la lembik dan tak jadi rupa labu. Lepas tu tos kan dan basuh bersih. Kalau ada kapur tertinggal takot kang jadi pahit (aku agak je la akan rasa pahit tu, hehe).

Susun cecantek dalam periuk. Tabur gula melaka. letak daun pandan. Air tak payah letak sebab nanti labu tu sendiri akan  keluarkan air dari dalam badan dia. Kalau degil taknak dengar cakap jugak, letak la air sikit, 2-3 sudu.

Masak dengan api sepoi-sepoi bahasa camni. Tujuannya supaya labu tu tak masak terkejut. Biar dia masak manja-manja dan penuh kaseh sayang giteww.
Lepas sejam. Tadaaa. Konon nak Master Chef sangat plating siap ngan hiasan daun pandan kecut. Hampeh!
Mari menjamu tekak. Sedap sangat untuk orang malas masuk dapur dan pertama kali cuba macam aku nih. Kalau letak dalam peti ais, makan sejuk-sejuk lagi mabeles tau u olls.

Selamat mencuba.

Monday, 24 June 2013

Innorace - Jejak Warisan Ipoh 2013


Hye. Hari ni datang office dengan muka sikit hitam dan badan sikit kurus. Nak tau kenapa? Sebab Sabtu lepas dah berjaya membakar beratus-ribu kalori dengan join Innorace Jejak Warisan Ipoh. Kalau ikotkan, ini explorace kedua aku lepas Eksplorasi Warisan Menara KL dulu. Dah lama tak asah otak. Dah berkarat pun. Cuma kali ni dah tak group dengan cik kiah GW. Sebabnya kena masuk ikot company. Sedih tau. Kena berkumpul depan Railway Station pukul 7 pagi. Awai gila habaq hang.

Ini team baru aku. Ayu si kuat gelak, Wanie si bijak pandai dan Cain si ketua kumpulan yang sentiasa positive dan confident. Nama team? YBU Avengers. Hahaha sila jangan gelak hokey!

Ini pulak ex-team masa Explorasi Warisan Menara KL. Kak Sue (yang baru berjinak-jinak), Kak Syila, Wanie dan Kak Awien.

Sebelum mula, senamrobik dulu. Kasi regang urat, kang kejang tetiba lak. Tapi aku tak buat pun, gelak-gelak tengok orang je lebih.

95 team. Cuba la cari kitorang. Clue dia senang je, cari yang suka gelak.

Task pertama, rekacipta produk innovative. Hmm hampeh la jadinya bila tak buat homework. Orang dapat barang terus mula, kitorang termenung dulu. Padan muka, malas lagi!

Lepas tu melilau pusing Ipoh jawab soalan. Ada 4 check point dan berapa puluh soalan mencabar minda ntah. Gambo takde sebab malas nak bukak camera, focus konon. Memula tu okey, semangat lagi. Bila dah masuk tengahari, panas, lunyai la sensorang. Otak pun makin tepu jawab soalan. Last-last hantam sajo lah labu.

Akhirnya berjaya menamatkan cabaran. Yeay! Lepas tu kena gerak ke Bangunan MBI untuk penyampaian hadiah. Tak sabar nak dengar jawapan. Bajet menang nih.

Bila sesi mendengar jawapan mula, terkedu jap. Sebab banyak jawapan salah. Hahahaha. Terasa macam zaman belajar, pergi exam tak baca buku. Baru sedar sesorang rupanya lurus bendul. Baca soalan straight forward sangat. Bila pusing sikit dah blur. Dem u.

  Last-last YBU Avengers, ber nombor 053 yang konon power sangat dengan dapat ini je. Itu pun sebab cabutan bertuah. Kalau tak, haram. Dan mereka……

Dapat tempat ke-2. Ohh how could them. Sampai hati tak berkongsi jawapan dengan kitorang. Kalau tak boleh share dapat nombor 2 sesama. Nak menang, nak hadiah, tak dapat. Tumpang bergambo je la. Mengubat duka lara di hati (okey dah, geli dengan ayat sendiri).

**cakap dalam hati : balik rumah kang siap sensorang, aku nak paw hamper tu serta paksa mereka open table sekali. Hahaha aku memang muka tak malu!**


Lepas tu kitorang pun balik dengan hati hancur remok sebab tak menang. Tapi tak putus asa, tahun depan kita repeat. Daa! J

Sunday, 2 June 2013

Perangai Pelik Ep. 1


Hai. Selamat malam. Aku baru siap mandi. Badan segar tapi mata still mengantuk. Maklumla, penat berjalan di hari minggu. Sambil tunggu rambut kering ni, aku pun rajinkan la tangan selak blog dan mengarang apa yang patut untuk tatapan korang. Kang nekad tido dengan rambut basah, udah esok pagi pergi kerja ngan gaya serabai rambut ketak-ketak hasil dandanan kreatif bantal busuk aku tuh.

Memandangkan kebelakangan nih hidup aku selalu diselubungi (haa nampak misteri kan bila guna perkataan diselubungi ni) perangai pelik manusia yang sering buat aku gelak sampai berair mata dah kekadang tahap terkencing sket dalam seluar (kekadang jugak aku rasa nak bertukar jadi hulk sebab benda-benda ni), aku share la korang supaya korang boleh tumpang gelak dan tumpang jadi hulk sekali.

Perkara pelik 10 terbaik minggu ini (dengan nada hagemaru dalam slot bersama atuk tornorida). Kalau tak tau korang rajin-rajin la bukak channel 116 (astro ceria). Aku kalau bab katun ni memang selalu terkesan dan terlekat di hati. Tengok, bukak bab katun je aku jadi melalut panjang nak explen. Okey, sekarang aku focus.

#1 - Mulut

Sambil menonton siaran telenovela kegemaran beliau, Hasnida mencapai telefon bimbit lalu menghubungi anak sulung beliau yang berada jauh di utara tanahair untuk melepaskan rasa rindu yang tak terbendung di hati.

Hasnida : Hai kakak, hang dok buat apa tu? Mummy rindu kat kakak!
Anak     : Dok makan cekodok mak tok buat nih. Rindu mummy jugak.
Hasnida : Kakak pi sekolah blajaq apa harini? Ada kerja sekolah dak? Daddy hang dok buat apa?
Anak     : .................................................
Hasnida : Hang malaih nak layan mummy na sekarang, mummy tepon nak cakap, hang diam ja!!
Anak     : Mummy, kan kakak dah cakap tadi tengah makan cekodok. Mulut ada satu ja. Mana nak makan,               .                     nak cakap ngan mummy. Cikgu dekat sekolah pesan time makan takleh cakap!
Hasnida : @@#$%^&*()!!


#2 - Cheese

Salina mempunyai seorang kawan. Kawan beliau selalu mengeluarkan stetment pelik tapi kadang-kadang tipu. Sebagai contoh, kawan beliau selalu berkata bahawa dia tidak boleh makan cheese. Kalau makan pasti termuntah kembali kerana sistem penghadaman beliau memang sangat anti dengan benda yang bernama cheese. Tetapi........

Salina  : Wei makan la kek ni.
Noriah : Taknak ah, ade cheese. Aku takleh makan cheese.
Salina  : Alaa rasa la sikit. Sesuap je.
Noriah : Takleh makan cheese la. Nanti makan, kalau muntah, kau nak tanggung?!
Salina  : Garangnye. Ok fine, kau takleh makan cheese (dengan muka murung sebab kena marah).

(Suatu petang di pizza hut)

Salina  : Haa cepat wei order nak pizza mana.
Noriah : Kita amek pizza baru ni la (order Double Sensation siap dengan extra cheese).
Salina  : Eh bukan kau takleh makan cheese ke? Nanti muntah!
Noriah : Cheese kat pizza aku boleh makan.
Salina  : Aik? ("apa beza cheese kat pizza ngan cheese kat kek hari tu?" kata Salina di dalam hati.)


inspirasi perangai pelik sepuluh terbaik minggu ini..!!!

Monday, 20 May 2013

Kawan Sama Tarikh Lahir + Karangan Sekolah Rendah


Panjang kan tajuk entry aku kali ni. Sekali sekala tukar selera nak buat gempak bagi tajuk panjang-panjang. Korang layankan jela bebelan bodoh aku time bosan nih. Kalau nak cakap pasal motif, memang takde. Level nak buang masa je nih.

Korang ada kawan sama tarikh lahir? Aku ada. Baru jumpa. Dah lama sebenarnya aku berangan nak ada kawan sama tarikh lahir, tapi sebelum ni susah nak jumpa. Yang jumpa selalu awal sehari lewat sehari je. Bila aku umur 25 tahun baru aku berpeluang jumpa kawan sama tarikh lahir. Seronok beb. Banyak benda yang otak aku ngan beliau akan link sekali. Kadang-kadang dengan jelingan je dah boleh paham maksud tersirat. Kalau buat lawak jangan cakap la, bersahut-sahut macam katak panggil hujan musim banjir. Boleh bawak gelak sampai terkencing dalam seluar jugak la kadang-kadang. Memang tahap bodoh gila aku rasa.

Kebetulan tadi aku lepak ngan kawan sama tarikh lahir aku. Topic sembang takyah cakap la, stok tiga hari bercakap tak henti pun tak habes lagi. Tadi terselit la cerita pengalaman accident sebab malam semalam  beliau baru bantai divider jalan dengan alasan mengelak kura-kura melintas. Bodoh kan beliau. Aku ingat beliau nak sedih sambil nanges pekup muka kat bantal sebab kereta beliau masuk bengkel. Rupanya silap. Beliau masih boleh gelak sambil melawak bodoh. Aku pulak yang nak tolong feel-kan sedih untuk kereta beliau. Cis! Boleh lak kata kalau zaman sekolah rendah best ni, boleh buat karangan panjang pasal pengalaman.

Yela time sekolah rendah kan ada kena buat sambung karangan tu. Ala korang tak kan tak ingat kot.  

“ Pada hari minggu lepas, saya dan keluarga saya pergi bercuti ke Cameron Highland. Kami bertolak dari rumah pada jam 10 pagi. Pada awal perjalanan kami berasa sangat seronok, tiba-tiba……. (sila sambung karangan ini tidak lebih dari 300 patah perkataan.)”

Pastu ada sejenis lagi yang kena sambung perkataan jadi karangan.

“ Cuti sekolah – pergi bercuti – Cameron Highland – seronok – elak kura-kura – eksiden – kereta pusing – fobia.”

Haa dah ingat? Tapi jenis kedua ni selalu jumpa kat kertas soalan Bahasa Inggeris. Benci aku sebab masa tu dungu gila dalam English (sekarang pun masih tak berapa nak celik English, huhuhu). Setiap  "-" aku selalu letak and, in, on, after that dan kata sambungan yang seangkatan denganya. Bongok kan. Benda senang pun tak tau. Kalau sekarang bagi aku soalan camni memang aku goreng habes.

Kesimpulannya aku seronok sebab ada kawan sama tarikh lahir yang gila dan character sama ngan aku. Dan kesimpulannya jugak, kalau boleh masuk sekolah rendah balik, kompem aku cemerlang. Sekian, aku sayang kau sahabat! ...tapi tolong jangan smoking banyak sangat kalau melepak. Rambut aku bau asap dan aku malas nak syampu! Harap anda baca. The End.

gambaran wajah kura-kura yang kawan sama tarikh lahir aku cuba nak elak semalam.


Tuesday, 14 May 2013

All Terrain Vehicle


Huit korang semua. Hari ni aku nak cerita project extreme aku last weekend. Excited tak? (Okey tak payah beriya sangat lah erin oii nak tanya orang excitred ke tak, macam ramai follower). Ceritanya camni, memula plan nak naek Gunung Berincang dekat Cameron Highland, tapi sebab ada la sorang tu kan dia ada masalah bangun pagi, makanya tukar plan. Pergi maen ATV dekat Taiping.

Plan asal, nak gerak dari Ipoh jam 10. Tapi kan ada la sorang tu dia janji melayu, jam 10.45 baru gerak. Haa delay bukan seminit dua tu. Haih. Sebelum mula, meh kenal ngan team baru aku.

Wanie, Feros, Sham,. Masa ni tengah tunggu orang susah bangun pagi dan orang janji melayu sampai. Jadi sambil tunggu layan perut sekali la.
Perjalanan dari Ipoh amek masa lebih kurang sejam. Jadi dalam kereta semua excited pot pet kecuali orang susah bangun pagi tuh. Dia bantai tido. Okey, biarkan dia tido dan amek tenaga untuk game japgi. Sampai je dekat ATV Adventure Park Larut tu, nampak la ATV tu tengah beratur tunggu kitorang. Yang terlintas kat hati, tak sabar. Walaupun sebenarnya neves. Lepas lepak menyembang ngan tokey kedai jap, kitorang pun pergi pilih helmet dan ATV masing-masing. Sambil dok posing amek gambar upload instagram, dorang briefing cara nak guna ATV ni (dunia teknologi memaksa kitorang untuk tak berenggang dengan henfon). Kitorang gak kena test lalu track biasa dulu untuk bagi paham cara nak guna dan bagi confident untuk masuk hutan japgi.


Memula bawak macam haram rasanya, nak laju tak berani, tak confident nak langgar akar pokok, nak terjun lubang dan segala mak nenek. Maklum la, kitorang semua amatur, baru first time (kecuali orang yang suka tido tu). Apa yang penting pasal ATV ni sebenarnya bukan nak kira siapa terer, siapa boleh bawak laju. Tapi nak tengok tahap confident pada diri sendiri, tahap berani lawan perasaan takot dan jugak team work. *ala cakap macam pakar motivasi pulak. Boo erin boo* Tapi bab team work tu betul. Tak percaya? Tengok nih.

Tolong bila tersangkut - Wanie
Tolong bila takleh naek atau turun bukit - Sham
Ini sifu. Jadi tak perlukan pertolongan - Caon
Bawak dengan kelajuan selamat sepanjang masa. Mengantuk tunggu dia ni - Feros
Pose je lebih. Ohh itu perkara biasa untuk aku. Hehehe
Disebabkan tahap confident tak berapa okey, track yang sepatutnya setengah jam, kitorang tibai sejam setengah. Hahahaha terer kan kitorang. Itu pun naseb baek aku tak arwah atau patah riuk masa ATV aku willy dekat atas bukit. Kalau tak, takleh dah update blog untuk korang semua.

Sebab dah lama sangat bertungkus-lumus, sampai je kat sungai terus terjun tanpa pikir panjang. Segar balik lepas dah berpeluh ketiak dalam hutan tadi.

Haa tu dia orang yang bising bila kitorang cakap nak bawak bekal. Dia mengadap bekal dulu. Pssttt, tula orang yang susah bangun pagi, kuat tido dan janji melayu tu. Sekarang dah tambah lagi satu, kuat makan!




Badan dah segar, perut dah kenyang, tenaga dah charge, jadi marilah pulang. Kali ni semua dah terer. Perjalanan balik amek masa setengah jam je. Hoyehhh, semua dah boleh bawak laju wa cakap lu. Terasa hebat jap. Hahahaha.






Ini la dia orang misteri pada hari kejadian. Yang susah bangun pagi, yang kuat tido, yang janji melayu, yang kuat makan. Haa tengok, sambil tunggu semua siap mandi dan bersiap nak balik pun boleh tido lagi. Masa otw balik malam tu pun dia tido jugak dalam kereta. Haih. Dia jugak bos aku. Hai bos gebu, happy reading!

Kalau korang teringin nak try, boleh la contact tokey kedai ATV ni (012-5012070). Tak pun jenguk la FB dorang (Ulu Tupai Waterfall Camphouse). TQ in advance.:)