Wednesday, 3 December 2014

Barakallah Nurul Ain & Wan Badruddin


Hai. Ingat lagi Ain? P.A berjaya aku masa zaman belajar dulu. Kalau nak tau details, boleh la selak-selak entry lama aku kat sini. Last weekend, Ain dah pun selamat jadi bini orang hoi. Bukan orang jauh pun, dengan Wan yang dulu masa belajar selalu jadi mangsa buli siapkan assigment, hehehe. Tak sangka akhirnya kahwin jugak diorang. Sobs sobs (sapu air mata terharu + teruja).

Jadi untuk meraikan kehebatan cinta mereka yang akhirnya ke jinjang pelamin (ayat macam rancangan raikan cinta sangat, hahaha), geng cik kiah UUM dulu pun berakit-rakit la ke Pekan, Pahang. Walaupun sebelum sampai Pahang tu macam-macam hal yang jadi. Dengan si Kenon yang kejap nak pergi kejap taknak, pastu si Kenon lagi buat akal lambat bangun pagi, lepas tu si Kenon lagi tetiba nak tarik diri last minit, pastu si Kenon lagi bla..bla..bla. Pokoknya yang problem dalam trip ni, semua si Kenon (aku tau kepala kau tengah berasap bila baca ni).

Lepas segala halangan berjaya ditempuhi, jam 11 berjaya jugak kitorang gerak dari KL. Memang pecut lelaju masa nak pergi tu sebab takut tak sempat. Kang elok kitorang sampai, orang dah bungkus lauk dah. Sebab masih ada rezeki kitorang, dapat jugak merasa nasik minyak Ain dan Wan. Memang bedal sepinggan penuh. Lapar kot jalan jauh.

Lepas kenyang perut senang hati, baru beriya cari pengantin ajak bergambar. Malangnya masa tu, pengantin lak yang dah lemau sebab penat senyum dari pagi. Ahh tak kira, paksa jugak amek gambar bebanyak dengan kitorang. Haha.

Congrats BFF. 
Ni konsepnya, nak lawan lipstik sape lagi merah dengan pengantin. 
Selalunya bila gambar 4 ketul camni, bila muka aku pose elok, Siti Samehah atau Kenon mesti pejam. Bila diorang elok senyum lebar, muka aku mesti macam tak berapa nak jadi. Macam kat atas ni, aku dah macam gaya leher terseliuh je lentok semacam. Btw, yang kiri sekali tu Siti jugak nama dia, housemate Kenon.
Ini pun sama. Tak suka tengok muka sendiri. Tapi takpe lah, asalkan kawan-kawan aku cantek. Sweet kan aku kawan-kawan?
Ini aku taktau la Kenon tu sepet atau dia terpejam sebenarnya. Haha
Ni la hasil perjalanan berliku sebelum sampai. Follow belakang lori sawit lepas hujan lalu dekat jalan berdebu. Tadaaaaa. Kemain tebal si putih Siti Samehah pakai bedak.
Sebelum nak sampai rumah Ain, lalu depan Muzium ni. Dah usha-usha + cakap dalam hati, balik kang boleh singgah nih. Balik tu memang confirm berenti la kat sini. Sopan kan diorang? Ini sebelum belajar skill gedik bergambar.
Macam biasa, aku kan suka lompat-lompat. Gigih suruh diorang lompat sekali. Muka Kenon bapak happy sampai nak terkeluar semua gigi. Siti Samehah macam biasa, cover ayu.
Selepas 14 kali percubaan dan ketiak menjadi lecak akibat penat terkinja-kinja, baru la berjaya dapat gambar cenggini. Berat nau badan budak berdua ni. Padahal kurus je.
Nak jugak gambar berempat. Jenuh senyum-senyum mintak orang tolong snap.
Setel sudah travel mencari sesuap nasik minyak. Seronok jumpa bebudak gila ni. Petang tu jugak kitorang gerak balik KL. Cancel niat nak bermalam dekat Kuantan sambil berpeleseran ala gadis Eropah di tepi Pantai Teluk Cempedak. Konon balik awal nak rehat + tido awal. Sudahnya, pot pet sampai tengah malam jugak. Banyak sangak gelak ketawa nak share. Sekarang ni tinggal aku dengan Siti Samehah je yang single lagi. Kenon dah anak sorang, Zara pun dah anak sorang. Ain kompem tahun depan boyot. Nampaknya aku ngan Siti Samehah kena masuk enjin turbo la lepas ni. Bagi laju sikit. 

Attach la sekali gambar Zara + Husband + si Rania Gold Bambam tu. Dia tak dapat attend kenduri Ain sebab adik Faiz pun  kahwin jugak time tu.

Friday, 31 October 2014

Oktober 2014


Hai awak, awak dan awak!

Sebenarnya, kita nak cakap.. tapi maluuuuu.. tapi kena cakap jugak!

"HAPPY BIRTHDAY TO ME"
(ihik ihik, wish cepat semua. Hahahaha) 
**Dah jadi belated pun sebenarnya sebab entry lambat publish. Keh3

 Ok, habis dah scene gedik. Penat pulak rasanya nak bawak watak tu.

Tak sangka dah besar. Tak sangka dah tua. Tak sangka dah nak kawen. Eh! Yang tu belum lagi. Hehehe

Sebagai permulaan, birthday tahun ni dah jadi in advance sebab YBU dah celebrate masa perhimpunan bulanan. Sekali dengan geng-geng lahir bulan September & Oktober. Walaupun dah tau tu memang rutin, tapi nak buat-buat suprise jugak. Opocot opocot, tak sangka dapat kek besar (walaupun share reramai, ngeh ngeh ngeh). Meh belanja gambar sket.

Thanks YBU untuk kad ni.
Sebenarnya masa ni ade ramai lagi peserta acara potong kek. Tapi sebab ada 3 minah gila glamer kat depan tu, habis overshadow orang lain.
Nampak tak kejoyahan yang terjadi di situ? Hahaha, sorry Hana & Dayah.
The Cake & Pulut Kuning. Alhamdulillah.

Thanks dekat ma abah yang dah call awal-awal pagi. Thanks untuk syafiq yang selalu on time tunggu tepat jam 12 nak wish. Thanks untuk kawan-kawan (especially untuk macoroon nan 2 ketoi, makan-makan dekat Ben & Lynette, perfume dan JANJI kosong nak belanja wayang tapi tak bawak-bawak lagi. Hahaha)



Ini makanan yang sempat. Yang lain, bila tinggal pinggan baru teringat. Tu maknanya aku waras lagi la. Sebab kat paper tulis orang yang suka snap gambar makanan tu, sakit mental (ayat cover baik punya, siap bagi fakta kot)


Thanks jugak untuk wish-wish bermakna di alam maya.











Thanks jugak untuk mesej-mesej wish secara personal yang aku dapat. For those yang mungkin aku tak attach wish dia kat sini jangan sentap pulak ea. Sebabnya kalau aku letak semua, mau 14 kali scroll pun tak habis lagi entry ni. Yang penting aku appreciate bangat deh. Sayang korang semua!

Paling aku terharu, bila orang-orang yang aku tak expect langsung akan wish. Orang-orang yang macam dah lost contact, tapi tetiba call - "happy birthday weh!" Rasa nak meleleh air mata. Terharu. Serius. Thank you sangat-sangat Anas IKM, Adik Fakhrul, Shuk yang kenal masa keje dekat DBKL dan semua-semua la.

Thank you so much. Lagi skali, kalau ada yang aku terlepas nak cakap thank u, mintak maaf ye. Kalau dah happy terlebih, aku memang selalu lupa dunia.

**Alhamdulillah untuk nikmat masih bernafas ini. Syukur. Terima Kasih Ya Allah**


Friday, 3 October 2014

Appendiks


Assalamualaikum

Officially sebulan. Alhamdulillah.


Kesahnya dedulu memang aku pernah sakit perut macam ni. Tahun 2012. Siap muntah bagai. Lepas pergi Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah dekat Bangi + dia inject tahan sakit, memang tak rasa apa dah la. Doctor pesan suruh aku follow up balik sebab suspek appendiks. Well, aku kan bebal. Bila dah hilang sakit, aku terus buat bodo. Lepas 2 tahun, amek kau! Bebal lagi. Memang tak dapat diselamatkan lagi.

Hari aku sakit tu memang last day aku cuti. Dari tengahari lagi dah rasa sakit. Tapi aku buat bodo je. Aku siap gagahkan nak balik Ipoh jugak petang tu. Sebab sakit dia memula lebih kurang macam angin tu. So bagi aku, alaa sikit je ni. Lepas dah siap packing barang semua, aku gerak. Tak sempat sampai 10 km pun lagi, sakit aku dah menjadi-jadi. Seram sejuk satu badan, siap nak termuntah bagai. Aku park kereta tepi jalan then call ma. Bila dah mengadu nasib dengan ma, memang ma suruh patah balik ke rumah la. Dah nama pun mak-mak, caring pun lebih la. Sampai rumah, ma bawak aku pergi klinik. Doctor kata mungkin angin, tapi kalau esok tak okey, kena pergi hospital sebab takot appendiks. Aku terpikir jugak, amenda yang anginnya, aku makan nasik 2 pinggan kot tengahari tadi. Takpela, makan la ubat angin tu, pastu baring. Dalam sejam lepas tu, bukan makin okey, makin sakit ada la. Aku dah berguling-guling + muntah berkali-kali. Sebab nak tunjuk kebal sangat, aku tahan jugak. Sampai la malam. Dalam pukul 9 camtu memang bapak ho liau takleh tahan, ma pun bawak aku terus ke Emergency Hospital Gerik. Lepas check darah, check air kencing, tadaaaaaa! 

"Cik kena ke Hospital Taiping ye, operate malam ni jugak sebab appendiks dah nak pecah". Pucat sat. Hahahaha

Memula tu redha la nak ke Taiping, pastu pikir punya pikir punya pikir, aku kan ada insuran, baik aku pergi KPJ je. Sebabkan hospital kerajaan tak hantar kalau nak ke private hospital, malam tu jugak abah ngan ma bawak aku ke KPJ Ipoh. Sabar je diorang melayan anak diorang yang mengada nak operate kat KPJ bagai nih. Ekekeke. Lepas dah settle semua, aku suruh la abah ngan ma balik rehat kat rumah aku. Kesian pulak nak suruh diorang tido kat KPJ tu, bukan selesa pun. Lagipun, adik-adik nurse cantik manis kan boleh jaga aku. ihik!

Esoknya, lepas doctor datang check, doctor bius datang interview, pukul 12.30 aku dah masuk Operation Theatre. Serius masa tu aku cool sebab doctor cakap 10 minit je buat ni. Sebelum tak sedar diri tu sempat la aku baca ape yang patut, walaupun tau ni cuma minor operation. Gila hang tak cuak! Tadi doctor cakap 10 minit kan? Cer korang teka berapa lama aku dalam tu? Haa, memang lama la ceritanya. Aku sampai balik kat bilik pukul 2.50 petang. 10 minit sangat. Hehehe. Pastu budak yang kengkonon kental kengkonon cool tadi pun mula melalak beriya. Tak tahu la apsal sedih sangat. Padahal semua dah selamat. Terharu kot. Ok la, ngaku, aku manja. Hahahaha



Ni memang perangai #villagepeople. Kalau sakit ke hape mesti nak amek gambar ubat, amek gambar tag kat tangan, bla bla bla. Hehe. Ni sebelum masuk OT, masa ni tengah cool lagi.
Yang penting. Sempat selfie. Gedik nau gayanya. Ish!
(abaikan la muka tak mandi tu ye, ihik)

Dalam duduk beboring kat umah ni, aku pun menggoogle la pasal appendiks ni. Sebab selama ni pun tahu sebut je. Bukan tahu details sangat pun.

"Apendiks merupakan satu organ seakan kantung yang terkeluar dari kolon di bahagian bawah dan kanan abdomen anda.  Walaupun fungsi struktur organ ini tidak begitu dikenalpasti tetapi ini tidak bermaksud organ tersebut tidak akan mendatangkan masalah." - Sumber dari En. Google


Symptom :
1. Rasa sakit perut sebelah kanan. 
2. Memula tu sket je, sakit-sakit manja. 
3. Makin lama makin teruk smpai bila baring, korang takleh nak straigh kaki. Bila berdiri, takleh berdiri tegak. 
4. Muntah-muntah
5.Bila tekan dan lepas laju-laju, rasa masa lepas tu lagi sakit dari masa kena tekan.

Sekarang ni Appendiks aku yang terjuih tu dah kena potong. Kira macam OKU dah la. Kurang sebahagian anggota badan. 


Tapi serius wei, bila cakap je appendiks, semua orang mesti cakap "confirm kuat makan pedas ni", "confirm kecik-kecik dulu banyak telan bijik jambu", confirm bla..bla..bla.. Seriously semua nak kata aku telan bijik cili kaw-kaw. Aku memang tak puas hati sebab aku bukan kategori manusia yang makan pedas bebeno pun. Masa pergi follow up check-up, aku tanya la doctor. Katannya, cerita appendiks punca dari biji cili dan ape jenis biji-biji yang orang suka sangkut pautkan tu adalah mitos Naga Tasik Chini semata-mata. Tu aku tulis balik ayat yang keluar dari mulut doctor. Sebab sebenar dia senang je, infection


Monday, 25 August 2014

Merdeka


Salam

Over dengan raya dan open house dan kenduri dan rezeki makan percuma yang tak pernah habis dan melimpah ruah dah tak habis-habis di bulan Syawal ni (maafkan "dan" yang ter-ulang-ulang tu, hehe), aku terlupa dengan sesuatu. Sesuatu yang mungkin dalam umur-umur macam aku ni, kita dah jarang nak amek port. Semua macam - owh, hari ni ke? Ok. That's all. 

MERDEKA!

Yup, itulah sesuatu yang aku maksudkan. Masa zaman sekolah aku rasa bulan ogos, bulan kemerdekaan, kira salah satu bulan top jugak la dalam takwim event sekolah. Masa ni la nak buat macam-macam. Sampai student naik meluat la sebab selalu kena stay kat sekolah lebih masa. Masa ni la nak tengok ramai bakat-bakat terpendam sekolah. Tetiba "eh, mamat ni power karang sajak rupanya!". Tetiba jugak "power siot suara minah ni kalau menyanyi". Baru sedar dengan semua tu. Padahal sebelum tu, kita pandang orang tu macam selebet je. Kan. Jangan tipu. Mentality orang Malaysia kan memang kuat judgemental. Tettttt.

Dulu zaman sekolah, seriously aku suka bulan merdeka. Sebab nanti banyak event, tak yah masuk kelas sangat. Banyak alasan nak ponteng ~ well, sebab tu belajar tak berapa nak pandai, pemalas! HAHAHA. Tapi seriously best sebab nanti kat sekolah banyak show. Ada drama, ada nyanyi, ada sajak. Ada macam-macam. Siap tayangan amal lagi. Gila nak cakap tak best. Bagi bebudak sekolah kawasan luar bandar macam aku, itu sangat la best sebab tetiba kitorang ada hiburan. Nak harap ada shopping mall, ada panggung wayang, in your dreams bebeh!

Sekarang, apa je yang aku buat bila bulan kemerdekaan. Nothing! Last aku join event merdeka ni pun masa zaman belajar kat UUM je. Last. Lepas tu yang aku tau, malam merdeka aku takde lepak luar tengok bunga api ke hape ke. Semua macam hari-hari biasa yang jarang diraikan. Pukul 11 masuk tido, esok pagi bangun wish Selamat Hari Merdeka. Sebabnya aku tak suka nak pergi mana-mana tempat yang sambut ambang merdeka. Sesak dah satu hal, yang datang tu pulak, merdeka ke jiwa dan mentality diorang? Malas nak hurai panjang. Baik aku duduk rumah, tido. Hehehe


Lagu favorite setakat ni. 40 kali dengar pun tak puas, 40 kali dengar pun sebak. 40 kali dengar pun nanges. 

"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya; 
Bukankah sejak zaman berzaman; 
Mereka menjadi pelaut, pengembara; 
Malah penakluk terkemuka? 
Bukankah meraka sudah mengembangkan sayap; 
Menjadi pedagang dan peniaga;
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang? 
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku; 
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga; 
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa; 
Perjuangan kita belum selesai; 
Kerana hanya yang cekal dan tabah; 
Dapat membina mercu tanda; 
Bangsanya yang berjaya..."


Friday, 25 July 2014

Shopping Raya Anak Angkat Menteri Besar Perak


Assalamualaikum.

Sampai sudah ke acara tahunan YBUDR setiap kali bulan puasa. Nak raya kan, harusla shopping raya. Macam tahun-tahun sebelum ni, anak-anak angkat MB ni akan diraikan dan di bawa untuk membeli dan belah dengan bantuan tenaga empat kerat akak abang YBUDR. Destinasi tahun ni, Mydin Meru Raya.

Setiap staff akan dapat anak angkat masing-masing ikot daerah. Macam tahun lepas, aku jaga Daerah Kuala Kangsar. Tahun ni pulak dapat Daerah Hulu Perak. Tahun lepas malangnya sebab bas yang bawak anak angkat aku sampai lambat. Jadi kitorang dah tak cukup masa nak memilih dan membeli. Ingatkan tahun ni dah takde la masalah camtu. Malang lagi sekali, sama jugak. Still anak angkat daerah aku antara group terakhir yang sampai. Masa diorang sampai, ada yang dah siap shopping pun. Sadis! Yang nasib baiknya, tahun ni aku jaga sorang je. Senang sikit nak buat keje, focus kat dia je.

Biasanya, bajet untuk setiap anak angkat shopping, RM250. Rasa macam sikit kan, tapi nak habiskan RM250 tu agak azab la. Sebab kebanyakan diorang ni agak pemalu. Bila kita tanya nak apa, semua diam senyum-senyum je. Bila pilihkan, tak berkenan pulak. Dilema betoi. Hahaha

Sue dan anaknya tengah semangat pilih kasut.
Ni anak si Jaswant. Kemain tilik seluar.
Anak si yani dan tudung. Tak tau la siapa excited lebih ni.
Kolaborasi pilih songkok dari Khairul Azmi & Yashir.
Baju, tapi tak beli pun. Sebab anak aku ni chineese. Jadi dia takde perasaan nak beli baru raya bagai. Dia beli baju biasa-biasa je dan disebabkan baju biasa-biasa tu agak murah + mydin bagi lagi diskaun extra, makin susah nak habiskan RM250 tu.

Dah setel shopping, semua turun berkumpul kat bawah tunggu kehadiran MB dan vip lain semua. Cer teka apa aktiviti wajib? Pandaiiiiiiiiii. Selfie! Hahaha

Irin vs Erin
K. Kinah, K. Zura, K.Isna dan Ayu
Dah nama pun pompuan. Sempat la kitorang jelajah kedai-kedai emas kat bawah tu. Siap rembat katelog. Konon nak beli sangat la tu. Pak Dolly reporter pun sempat menjoyah sekali. Hahaha
Tokey besar Mydin.
Line up please. MB dah sampai. :)
Lepas ucapan semua, penyampaian duit raya. Tahun ni seronok diorang. Dapat 2 angpau. MB Inc pun sponsor duit raya jugak. Sempat makcik tukang pegang angpau dagu berlapis kat belakang tu menyelit entefreme. Ekeke
Happy them. Selamat Hari Raya.

Thursday, 24 July 2014

Imarah Ramadhan Bersama Komuniti Orang Asli Suak Padi


Setakat ni, aku rasa ini la program paling mencabar aku buat sepanjang bulan puasa ni. Kalau sebelum ni, majlis buka puasa, datang - duduk - baca doa - makan. Memang rasa macam vip jugak la. Tapi dekat Kampung Suak Padi, Bota ni memang tak dapat la kalau nak berangan vip macam sebelumnya. Semua benda kena buat sendiri.

Kitorang janji nak gerak dari Ipoh lebih kurang jam 12 tengahari. Sebab kena ada kat sana dalam jam 2 petang. Memandangkan bebudak YBU ni suka janji melayu, tu yang janji awal sikit. Aku pulak dalam team masak-memasak. Lagi la nak jadi point kena datang awal, uhuk! Dah la kena masak banyak - bubur lambuk, ayam masak merah, dalca, ikan goreng bla bla bla.

Sampai je sana, tengok orang kampung tengah prepare barang-barang nak masak, ada yang tengah potong sayur, siang ikan, basuh ayam, macam-macam lagi la. Kitorang pun cargas pergi tolong ape yang patut.Yang tak bestnya, haus pulak bila buat kerja tengah padang camtu. Selalu kerja dalam aircond je (eh, macam ter-berlagak pulak statment. ehehe)


Nampak tak si joyah Ayu ngan Kak Irin. Tengah potong-potong pun sempat gosip. Sampai senget-senget mulut. Hahaha. 
Team goreng ikan.
Kan dah cakap, dorang memang joyah. Kat mana-mana pun mesti bergosip.
Masa ni YB datang kejap melawat kawasan. Semua pun buat-buat rajin nak kacau bubur lambuk tu. Aku rajin enteframe je. Hahaha
 Dah siap masak semua, kitorang kena daki bukit pulak nak pergi surau. Tapi idak la mendaki pakai kaki, pakai kereta. Bapak punya tinggi bukit, kereta pun mati oo. Neves mak. Dupdapdupdap sat. Rehat jap, pastu mandi, pastu bersiap nak turun padang balik untuk majlis berbuka puasa.

Cak! Haa makcik dah lelawo ala hari raya giteww. Tapi takleh melawo sangat la. Kena susun bubur lambuk pulak. Berpeluh balik ketiak makcik yang dah disejukkan masa kat surau tadi. 
Sebelum berbuka, ada ucapan aluan sikit. Lepas tu penyampaian cenderahati kepada tok batin kampung orang asli berdekatan. 
Lepas tu, berbuka. Serbuuuuuu. Kat sini tak ramai pun orang asli yang muslim. Dalam 40% percent je. Selebihnya kristian dan takde agama. Tapi sebab buat dekat kampung dorang, yang muslim ke tak, semua berduyun datang.
Siap bersila atas rumput ala-ala potluck tu.
Lepas siap solat semua, penyampaian hamper raya dekat penduduk muslim. Ni muka orang-orang penting yang menganjurkan program. Kat tengah - En. Khairul Azwan (Naib Ketua Pemuda Malaysia merangkap Timbalan Pengerusi YBUDR), Kiri -En. Khairul Sharil (Naib Ketua Pemuda Perak), Kanan - En. Hairul Anuar (Ketua Pemuda Perak merangkap ketua Pegawai Operasi YBUDR)

- Sekian -