Friday, 24 July 2015

Petua/Cara Hilangkan Ketumbit

 Hai. Selamat Hari Raya.

Raya punya raya punya raya, sudahnya mata naik ketumbit. Terlebih makan lemang gamaknya. Ekekeke. Rasanya dalam hidup aku ni baru 1st time kot naik ketumbit besar dan sakit dan denyut-denyut camnih. Huaaaaaa. Nangis guling-guling sebab malu nak kuar rumah.

Disebabkan jakun dek pengalaman pertama ni, laju la mintak pertolongan encik serba tahu (Google). Seperti kebanyakan post-post dekat blog lain, diorang dah explain punca ketumbit ni. Ada 2 jenis, sebab liang roma tersumbat, dan macam-macam explanation yang sangat berguna untuk newbie macam aku. Hahahaha. Tenkiu semua. Kalau tak, mata aku mesti tengah bengkak memboyot + tak baik lagi.

Ni masa hari ketiga. Tengah meranum dan denyut-denyut. Bila ngadu kat laki, gelak-gelak je dia. "U tetap cantek dihati I". Ceh. Nak pi potong kaki sat sebab level sweet yang sangat tinggi nak sedapkan hati bini yang tengah meroyan. Hahahaha

Kalau google memang banyak la orang share petua nak hilangkan ketumbit, tapi biasa la aku. Pemalas. Aku malas nak try kalau yang macam agak leceh. Nak yang senang dan cepat. Gitewww. Makanya yang agak menarik perhatian aku ialah tuam dengan air panas dan tonyoh bawang putih.

1. Tuam dengan air panas
Fungsi tuam yang diorang cakap untuk open pores yang tersumbat tu. Ala kira ni adik beradik jerawat jugak la. Tapi sebab dekat mata, panggil ketumbit. Kalau kat bontot, panggil bisul. Ye dak? Ke salah teori aku ni? Ekekeke. Ok, focus. Sambung topic tuam. Aku pemalas nak amek air panas-letak dalam mangkuk-cari sapu tangan-celup-perah-tuam-ulang sampai puas hati. Jadinya setiap kali mandi, aku on je water heater bagi panas yang mana kulit aku boleh tahan, hala je ayor tu kat mata sampai puas hati. Walaupun sekarang musim panas, gagah jugak la aku mandi air panas smpai dah terasa macam duduk dalam kotak sauna. 2 in 1. Merawat ketumbit + membakar lemak. Wakakaka.

2. Tonyoh bawang putih
Lepas dah mandi, dah bagi lemak-lemak ketumbit tu sedikit cair, aku potong bawang putih, picit bagi keluar air dia. Slowly sapu kat mata. Masa memula sapu tu rasa la jugak pedih dia. Yela bawang putih kan panas. Tahan jela. Nak baik cepat kan. Aku sempat buat 3x je. Pagi-tengahari-malam. Esoknya bangun tidur, eh dah kecik ketumbit aku.

3. Gunakan teknik penyamaran

Pakai spec kalau nak keluar. InsyaAllah, terlindunglah ketumbit itu disebalik bingkai spek. Hehehe
Sekian saje petua menghilangkan ketumbit dari aku. Harap anda semua terhibur dan dapat try kalau nanti-nanti ada rezeki naik ketumbit jugak. Serius berkesan dan cepat. Takyah gi klinik pon (jimat duit laki aku). Sehari je terus hilang. Harini aku bangun, tengok cermin, dah boleh tersenyum girang. Hiphiphoreyyyyyyyy. 

Sekian. Harap membantu!


**tapi sekarang tengah hazab nak menahan gatal la pulak. Macam nak tonyoh mata kat simen. Kang terlebih tonyoh, tetiba ketumbit aku besar balik. Makanya, marilah kita tidur. Semoga boleh lupa perasaan tengah gatal ni**


Wednesday, 1 July 2015

Syafiq & Erin - Akad Nikah

Hai

Ermm. Aaaa. Ermmm. Tak tau nak mula dari mana. Dah 100 hari woi aku kawen. Dah 100 hari jadi bini orang (korang ingat pantang je ke ada 100 hari? Hahahaha). Punya berhabuk baru nak buat entry. Memula dah malas dah tapi pikir balik, up jela. Esok senang anak cucu nak tengok opah ngan atuk diorang masa tengan sweet-sweet. Ku gagahkan jugak la scroll album kawen yang ada berjuta-juta lemon gambar tu. Berpinar bijik mata tengok gambar sendiri. Wakaka.

Persiapan sebelum kawen, malas nak cerita. Sebab masa tu aku nampak macam orang gila. Serabai kot. Semua benda nak kena siapkan just to make sure everythings gonna be perfect. Malangnya, tulang 4 kerat haku ni tak mampu nak realisasikan impian nak kawen ala anak pak jibby dan mak mah. Redha jela dengan apa yang termampu. Dah last minit tu pikir asalkan semua berjalan lancar dan husband aku tak kelu lidah nak akad nikah sudah la. hehehe. Tenkiu penduduk kampung sebab tolong rewang setelkan semua benda last minit macam goodies, bunga telur dan macam-macam. Tanpa korang mesti aku meroyan.

Aku akad nikah lepas isya'. So lepas je magrib, mak andam dah sampai depan rumah. Kali kedua dalam hidup rasanya nak pakai mekap tebal. First time masa jadi bidang terjun dedulu (aku malas nak link ke sini sebab masa tu aku gemok, hahahaha) Benda paling tak suka bila kena make up, nak tengok hasil. Takot la kang make up macam opera cina. Nak akad nikah, majlis simple suci murni camtu taknak la make up over kenzz.



Lepas je isya', family syafiq sampai. Masa ni rasa tak keruan dah. Ikut aku yang gelojoh ni, time tu dah nak keluar duduk atas pelamin. Hahaha. Tapi penasihat aku semua suruh tunggu tok kadi dulu. Jangan nampak nau tak sabar nak jadi bini orang. Ok baik baik. Aku rileks-rileks bergelak ketawa dalam bilik dulu. Masa jenguk kat luar, dah penuh orang dalam rumah aku yang sekangkang kera tu. Nervous gila nak keluar sebab masa tu aku dapat rasa semua orang dok tunggu nak tengok aku. Pastu aku rasa make up aku tebal. Huhuhuhu.

Ikutkan nak duduk atas pelamin tapi sebab keluar bilik lambat dan tok kadi dah sampai, kena duduk sini jela. Huhuhu
Masa ni walaupun bukan aku yang nak akad nikah, macam semput-semput nafas jugak la. 
Aku terima nikahnya. Sah je, baru rasa boleh bernafas balik.☺


Eh, maaf kan la husband aku yang dah terlebih happy tu. Haha



Dedayang over. Thanks Aida, Kak Irin & Mira.

Family aku.
Family Syafiq. Ayah takde sebab tengah makan. Adik chik muka blur. Ibu dia happy terlebih. Hahaha
Ini kena ada. Syafiq besar bertemu Syafiq Jr.
Hai husband. I ♥ U. 
 Bila dah share banyak gambar, aku dah tak tau nak tulis ape. Kira setel la kot, Hahaha.
Sekian untuk cerita akad nikah. Next Part kita cerita pasal sanding ngan bertandang lak ok.

- Daa -

Thursday, 14 May 2015

YBUDR Photoshoot 2015


Hellooo.

Isnin dan selasa lepas sangat lah busy. Bukan sebab kerja tapi sebab photoshoot. Sebab apa rasa busy gila? Sebab sebok nak menempek dekat set even time session orang lain. Habis jadual kerja aku lari. Hahahaha.

Sebenarnya Isnin tu penat sikit sebab ahad tu kan baru balik dari Pangkor. Ikutkan malas je nak pergi kerja. Tapi ada photoshoot pulak. Oh terbeban sungguh la kononnya. Sekali dapat camera. Eh, apsal macam best je. Lagi mira, satu lagi, haa camni pulak, eh nak lagi. Mampus photographer menyampah nak layan aku (Sebenarnya tak menyampah pun, sebab si photographer pun satu kepala).

Dua hari tu nampak la ramai jelitawan YBU dah macam stewardess nak mula bertugas dah. Gitewww. Perasan nak mampus! Meh share sket muka-muka penting di sebalik YBUDR.

Tulang Empat Kerat YBUDR
Unit Sumber Manusia
Unit Hal Ehwal Korporat
Unit Kewangan (Tak cukup sorang, bos diorang EL)
Unit Komunikasi Korporat
Unit Penilaian Kredit
Unit Kawalan Kredit
Unit Penghasilan Dana Korporat
Unit Kedai Bergerak 1 Amanjaya
Unit Hubungan Antarabangsa & Sukarelawan

 Unit Teknologi Maklumat. Sukati la nak upload 2 keping pun, unit sendiri. 


 Selebihnya, terima lah banjiran gambar dari group meroyan pantang nampak camera. Korang hadap jela ea. Banyak sangat rasa nak share. Hahaha

Mulanya cuma kerana gambar sopan ni.
Dan gambar feeling model skirt ni.
Tetiba ade orang nak tiru.
Tetiba jugak terus semua lupa diri.










 Sekian. Terima kasih sudi scroll. :)


Tuesday, 12 May 2015

Family Day


Al-kisahnya, last weekend aku pergi Pulau Pangkor. Family day Kelab Kebajikan YBU. Kali ni lain pulak rasanya. Sebab bawak husband, hehehe. Selalu pergi mana-mana, pikir diri sendiri je. Sekarang kena pikir husband pulak (Taip sambil senyum simpul teringat husband - Hahaha, tolong jangan rasa nak muntah hijau!)

Geng buat kepala janji nak berkumpul kat Jeti Marina jam 11.30. Pagi tu aku gerak dari Tapah. Pumpang pumpang, terlajak sikit masanya. Pastu silap jalan pulak. Aku confident Syafiq tahu jalan, takde la aku nak cari direction awal-awal. Muncung jugak la kejap. Tak tahu sebab nak marah Syafiq ke apa. Yang pasti aku jenis on time dan aku moody sebab takot sampai lambat. Nak jadi cerita, sampai je kat Seri Iskandar, tayar kete pulak pancit. Cis! Sumpahan taik minyak apakah ini? Lalu kawasan abang long tak mintak izin ke apa? Hahaha. Terus hilang moody tadi sebab kesian tengok Syafiq berpeluh tukar tayar. Kesian husband aku.


Perjalanan diteruskan dengan gaya pemanduan selamat. Takleh lebih 90 km/j. Bertambah susah hati sebab takot lambat. Sekali sampai kat Ayer Tawar, elok je nampak kereta si Khairil. Ceh, ade jugak yang lambat macam aku. Dah tak risau sangat. Sudahnya sampai jeti jam 12.45. Kesian geng buat kepala yang lain sebab tunggu lama - Ayu & Farid, Hana & Zainal, Neeya, Mira & Adik Beradik. Khairil & Family tak masul list kesian sebab dia pun lambat macam aku. Naik feri jam 1. Sampai Kejora Garden Resort jam 1.45. Terus makan, naik bilik. Lemau weh, serius rasa nak tido. Tapi kang jam 3.30 ada sukaneka pulak. Hadoiiiiii.

Nama pun family day kan, bukan pergi honeymoon nak menempek bawah ketiak husband dalam bilik je. Relakan jiwa la jam 3.30 tengah-tengah panas tu pergi berjemur tepi pantai. Syafiq awal-awal nampak pantai dah buat hal sendiri. Hahaha. Elok jugak, bagi dia refreshment lepas penat tukar tayar kereta tadi. Aku pun boleh la bersosial bersama kawan-kawan.


Angin kencang punca tudung dan rambut kami berantakan. Sekian.

Macam biasa, lompat-lompat kan acara wajib.
Konon sexyback.

Yang paling glemer dalam trip ni sebenarnya Baby Alycia. Pergi mana pun semua orang berebut. 
Ini masa game Kontaktor Pencen. Kalau tengok IG, tau la camne tahap blur sorang-sorang. Kesian ketua kumpulan. Hahaha
Tapi walaupun blur, dapat no.3. Hidup sotong!
(Aku tak suka gambar ni sebab aku nampak kembang semangkuk)
Esoknya cuma aktiviti bebas. Niatnya nak melepak tepi pantai, tapi hujan mencurah-curah pulak pagi tu. Jam 11 camtu baru naik matahari, mana sempat dah nak jalan. Tengahari nak checkout + gerak balik dah. Jadinya, bergolek-golek serta bermalas-malasan kat bilik jela. 

-- Sekian --