Thursday, 30 January 2014

Gold Cost Morib


Hai semua.

Last aku berjalan jauh rasanya awal tahun lepas, ke Vietnam. Lepas tu terus terperap kat Ipoh dan berjalan setapak dua je sebab kekangan masa dan duit. Disebabkan dah setahun tak berjalan dan duit terkumpul dah menggunung (okey yang ni tipu je), kitorang pun buat la trip berjalan-jalan ke Morib untuk pembukaan tahun 2014. Kenapa pilih Morib? Sebab cuti tak cukup panjang nak pergi obersea. Hehehe.

Masa nak decide ni pun jenuh pening kepala bertengkar nak ke Legoland la, Pangkor la, Port Dickson la, Singapore la (haa nampak tak banyak gila tempat nak pergi), tapi sebab konsep kali ni nak bercuti tenang-tenang rehatkan otak rehatkan badan sebab dah kerja lebih sebelum ni, kitorang pilih la Morib. Survey dekat tenet nampak macam menarik. Jadi, kena cuba.

Gerak dari Ipoh kul 7.30 pagi sebab nak kena jemput Wanie kat Simpang Pulai, Sham kat Batu Gajah dan dah janji jumpa Caon dekat RnR Tapah kul 9.30 pagi. Tapi macam biasa la, Bos gebu aku tu mana penah on-time. Sempat la kitorang habis breakfast semua dulu, baru dia sampai. Then terus gerak ke Morib dengan gaya pemanduan selamat dan tak disaman AES. 

Benda best nak buat sementara tunggu check-in. Dah nama pun pompuan. ihik!
Lagi satu benda best nak buat, meng-gomol si gebu. Raisya nama dia. Moral down kejap bila dukung dia nih. Aku nampak kelabu asap.  -__-"

Bila masuk bilik, gigih tau i olls amek gambar untuk tatapan readers empat kerat sekalian. Yang sebenarnya aku teruja lebih sebab bagi aku bilik dia cantek. Simple tapi menarik.





Siap ade jakuzi kau. 
Jenguk luar pulak nampak theme park. Kitorang bersyukur sebab dapat bilik view theme park instead of jalan raya. Yela kan, kalau nak tengok jalan raya, kat Ipoh pun boleh. Ye dak?

Sebelah malam pulak, Morib memang takde apa. Kata nak tenang tadi kan. Memang tenang ceritanya, sampai tak tahu nak buat apa. HAHAHAHA. Aktiviti malam kitorang - dinner, bawak budak-budak main kereta, jalan tepi pantai (walaupun pantai dia.............)


Si gebu dan tembikainya. 



Ini lah dia penyambung ayat kat atas tadi. Walaupun pantai dia sentiasa surut macam padang jarak padang tekukur. Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


Last day baru la nampak batang hidung ombak. Kalau tak, memang kempunan tak sudah.
Muka happy sebab dapat tengok ombak yang malu-malu miau nak menjelma tu (kecuali feros, tak tau la apa yang dia tengah stress-kan tu. Hahaha)
Favourite picture of the day, big clap to Mr. Crab :)
To be honest, kalau tanya apa aktiviti best yang kitorang buat sepanjang percutian ni. Jawapan dia mesti errrrrrrrrrrrrr................ loading tak habis-habis sebab rasa macam takde buat apa. Ekekeke. Summary dia lebih kurang macam kitorang banyak melayan budak-budak main dekat themepark, jalan-jalan tepi pantai, pergi jenjalan kat Bagan Lalang makan laksa. Itu je kot. Dah pergi pun 3 hari 2 malam je. Perjalanan pergi balik pun dah dekat sehari, mana ada masa nak buat benda lain. Kalau ada masa pun, ada ke benda lain nak buat kat Morib ni? Tettttttttttt.......

Okey, kalau ade sesape yang berminat nak datang Morib, ni ada la info sikit untuk korang. Kalau ada duit lebih, better korang stay dekat Gold Coast Sepang area Bagan Lalang. Sebabnya, dekat situ senang nak cari makan, ada banyak kedai makan dan ramai orang berniaga area tepi pantai. Pantai dia pun boleh mandi. Kiranya meriah lagi la dari Morib, tapi kalau nak datang Gold Coast Morib jugak, bajet dia lebih kurang cenggini.

                     Rate bilik :  weekdays / normal rate     = RM 198 /day (include breakfast)
                                       weekend / public holiday  = RM 290 /day (include breakfast)
                                       weekend / public holiday  = RM 350 /day (include breakfast & dinner)

Selain tu, ada jugak apartment dan penthouse. Kalau datang reramai dengan family better amek yang tu la kot dari bilik cam kitorang ni. Masa kitorang pergi hari tu, amek pakej RM 350, dapat tiket theme park/room/day. Kiranya nak mandi setiap hari kat theme park tu sampai lebam pun takde hal. Tapi aku tak tau la memang setiap guest dapat tiket theme park free ataupun untuk hari-hari tetentu je.

- Sekian -

(Kalau nak info dan gambar detail, boleh direct tanya encik google ye, sebab aku takde snap banyak gambar sekitar resort. Kesnya, frust tertinggal camera dekat rumah. Yang ada ni pun pakai camera phone cabuk je, huhuhu)

Wednesday, 22 January 2014

Teluk Batik


Assalamualaikum...

Hai. Lately memang aku selalu mengomel sebok, sebok, sebok. Memang sebok ceritanya. Kerja tak pernah putus. Hari-hari balik lambat (itu pun kadang-kadang ada jugak manusia yang tak paham bahasa bila aku bagitau aku sebok). Seriously feeling macam hamba kerja. Sometimes. -__-"

Sebab banyak kerja tu, aku macam takde masa untuk diri sendiri. Jarang ada sosial life (ini bukan maksudnya sosial nak enjoy clubbing ke hape, tapi lebih kepada manjakan diri pergi bercuti or what-so-ever. Giteww). Termasuk la jugak takde masa untuk takseindahmana, takda masa nak bermanja dan membelek-belek. Disebabkan itu jugak, ada la dua tiga entry penting yang aku tertinggal dan tak sempat nak update. Makanya, dengan ini saya berjanji untuk update blog saya at least once a week. Promise! (ini kang janji tinggal janji jela. Hahahaha. Bak kata adik aku, "Along bajet macam glemer nak update blog bagai". Lantak ahh. Ade aku kesah? Weekkkk)

Okey habis dah bab intro. Ni nak cerita pasal pantai. Hari tu aku ada la sikit masa terluang di hari minggu (kalau tak selalunya weekend pun kerja tau, sadis kan?), dalam otak pikir nak pergi pantai rileks kan otak. Jadi dengan tak plan pape, tangkap je siapa yang available, terus pecut ke Teluk Batik.

Tadi cakap kan nak pergi rileks kan otak, imagine konon pantai yang damai dan tenang la. Sekali salah hari. Ada pulak event bebudak vespa kat situ. Nahhh, orang kat situ macam lalat hurung tahi habaq kau! Eh geli pulak per-umpamaan aku ni. Okey tukar. Macam semut hurung gula. Sudahnya tak tenang jugak la aku kat situ. HUHUHUHU!

Dalam kereta dah fefeling nak guling-guling atas pasir bagai, musnah semuanya. Sewa kerusi, duduk bawah pokok jela yang mampu. Sambil tunggu sunset. Nak berjemur sangat kang bertukar kaler pulak. Dah la memang dah tak berapa nak cerah dah ni. Bila dah lewat petang sikit baru macam tenang dan tak ramai orang. Lega rasa bila dapat tengok sunset + sedut angin petang.

Paneh ooo.....
Eh tadi cakap taknak berjemur, tapi ter-jemur jugak. Baru la betul feel pergi pantai kenzzz.




Sekian. Jumpa kat next entry. Daa :)

Wednesday, 4 December 2013

Mengo Greenhunt 2013


Hye.

Ermm, camne nak mula ek? Sebenarnya kan, ni entry lapok gilaaaaaa bab* punya. Kita kan lupa nak update. Beriya cakap dekat instagram masa update gamba, "update soon dalam takseindahmana.blogspot.com", tapi lepas tu, hampeh. Maafkan kita. Kerja hakiki di office ni membatasi segalanya. Hahahahaha. Harini datang awal sket, belek-belek thumbdrive, alamak!! (keluar peluh kat kepala macam dalam kartun sincan). Baru tersedar yang kita ni pelupa rupanya. Ihik!

Ceritanya camni............

Ex- officemate aku yang fanatik treasure hunt ni ngajak la pergi treasure hunt together-gether sebab kitorang sekarang dah kurang masa bersama. Kebetulan masa tu memang tak sibuk sangat, aku pun on je. Treasure hunt ni start dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), lepas tu bla..bla..bla (macam dalam map tu)


Kalau korang perasan, dorang ni la yang menang tempat kedua masa Innorace kat Ipoh dulu. Join diorang dengan harapan nak menang la nih. Huahahaha
Tema treasure hunt kali ni adalah hijau. Tribute to nature katanya. Kena guna public transport ataupun berlari-lari anak keliling KL sampai bengkak jari kelingking kaki tersepit dalam kasut yang tetiba jadi ketat (overnya metafora nak gambarkan jaoh perjalanan treasure hunt ni, hehehe)

Konsepnya, guna public transport supaya dapat kurangkan air polution, guna barang kitar semula sepanjang treasure hunt supaya dapat jimatkan tenaga, kos dan kesiankan bumi, makan makanan vegetarian untuk tunjukkan kita sayang haiwan dan nak lindungi sesetengah haiwan yang hampir pupus. Gitewww.

Yang pasti, soalan kali ni susah sangat, menembak jela kerja kitorang nak isi jawapan dalam kertas soalan tu. Clue dia seriously tak tercapai akalmu. Tak macam soalan treasure hunt yang sebelum-sebelum ni yang still boleh guna logic akal.



Melilau snap ape saje gambar yang rasa mungkin jawapan. Sebab kitorang malas nak pikir on-the-spot. Pikir nak cepat sampai ke garisan penamat je.
Muka tekanan nak cari jawapan.
Lepas dah berlari, berjalan, bergadoh, bertengkar semua, akhirnya sampai jugak kat SPAD balik. Masa tu Tuhan jela yang tahu. Jalan pun dah senget-senget, ketiak dah keluar corak bunga raya, perut lapar (sebab pagi sesat tak jumpa cari SPAD dekat mana, makanya tak sempat breakfast, sadis!)

Lepas dah makan, dah tengok persembahan, dah dengar ucapan, acara kemuncak, penyampaian hadiah. Gila weh dup dap dup dap bajet boleh menang. Paling lawak masa dengar skema jawapan. Wahahaha, salah banyak gila, nampak sangat otak berkarat. Takleh pikir maksud tersirat soalan. Aku setiap kali treasure hunt pun memang camtu gayanya. Lampi.


Tak sangka boleh menang. Top 15. Ok la kan dari menganga tak dapat apa.
Lepas tu terus laju-laju ke Central Market redah hujan nak redeem hadiah (tapi kali ni naik kereta la, kalau jalan lagi, boleh pengsan hoi). Then balik Ipoh. Malam tu semua tido tak sedarkan diri sebab penat sangat. Kalau timbang berat lepas tu mesti sensorang turun 2, 3 kilo. Kak Awien pulak dah nekad tak nak join treasure hunt camni lagi, penat nak mampos katanya. Haha.

Monday, 11 November 2013

Burps & Giggles










 





Sebelum ni kalau orang datang Ipoh tanya mana port lepak best, jawapan dia mesti macam.....

“ermmmmmmm..zzzzz (pikir port lepak sampai tertido habaq hang)”

“eh, Ipoh ade port best ke?”

 “alaa, tak tau nak bawak hangpa pi lepak tang mana..”

Tapi, aku baru discover satu tempat yang aku rase macam cool gila nak melepak. Aku tak tau port ni memang baru atau aku yang tertinggal keretapi. 

Setiap kali datang, aku ngan sue mesti amek gamba berjuta-jutalion sampai naik hang telepon masing-masing. Biasa la, kitorang memang jakun + syok sendiri. So what?

Burps & Giggles. Minggu pertama setiap bulan ade market ape ntah kat tingkat atas kedai ni. Banyak barang-barang handmand. Best!

Plan B tu pulak sesaje lalu, pun sempat. Maafkan kami tokey kedai. Hahahaha.

Wednesday, 23 October 2013

Perangai


Hai.

Orang kata jaoh perjalanan luas pengalaman. Betul tu. Makin jaoh kita mengembara, makin banyak benda yang kita tahu (cewaahhh, pakai ayat mengembara giteww. Hahaha). Macam aku, tak lah jaoh mana pun mengembara, tapi setakat hari ni aku rasa aku dah jumpa macam-macam perangai orang. Ada yang ok, ada yang mintak kena hempuk. Apa pun atas diri sendiri macam mana nak handle keadaan tu.

Pengalaman aku bekerja sebagai vendor, bekerja dengan GW Intech Sdn. Bhd, bekerja dengan Yayasan Bina Upaya, buat aku jumpa macam-macam karakter manusia. Sebab dah terlampau ramai dan banyak perangai sangat, hari ni aku nak buat kesimpulan berdasarkan kajian singkat setahun jagung aku ni. Ihik!

Mr. Right
Ini bukan Mr. Right dalam kes dah bertemu jodoh, tapi Mr. Right a.k.a encik serba tahu dalam organisasi kerja korang. Jenis orang macam ni selalunya rasa diri dia perfect, tak pernah buat salah dan tak takot dikritik. Biasanya orang macam ni akan masuk campur, amek tahu dan sebok nak buat semua kerja orang lain tanpa mengetahui yang orang lain dah naik rimas dengan dia. Duduk kat Unit Korporat, pastu nak buat kerja-kerjaPejabat dalam Unit IT. Contoh. Perangai dorang ni jugak kekadang boleh di kategori kan sedikit Bossy.

Kaki Gosip
Biasanya individu / group ni majoritinya orang pompuan la. Dah lumrah pun. Memang pompuan kuat potpet dan suka menyembang. Dorang ni biasanya suka dengar rumours je. Lepas tu tanpa siasat kebenaran, dok seronok menyembang, terus sebarkan khabar angin tu ke dalam satu ofis. Si mangsa sedar-sedar je semua orang dah sosek-sosek pasal dia. Jenuh nak betulkan balik keadaan yang dah nasik jadi bubur disebabkan si kaki gosip tadi.

Alim Ulama
Biasa lah dalam ramai-ramai kawan, mesti ada sorang pembimbing kan. Haa, sila lah terima bimbingan tersebut. Hahaha. Dalam kes ni, keadaan jadi kurang menyenangkan bila si Alim Ulama join conversation, lepas tu cantas semua perbualan rancak dengan point agama. Jangan di lawan. Terima je seadanya. Sebab orang macam ni selalunya taknak kalah. Yela, sebab dia rasa kalau dia tak tegur benda yang salah, dia pun berdosa sebab kes subahat. Jadi, redha je la bila terjumpa orang macam ni dekat ofis.

Pak Turut
Ini kategori paling kesian bagi aku. Terpaksa mengikut orang yang dirasakan idola. Biasanya orang macam ni tak banyak membantah dan suka pendam perasaan. Yela, orang macam ni selalu tersisish. Jadi sebab nak beramah mesra dengan masyarakat, dia rela je orang buat apa, suruh apa, macam lembu kena cucuk hidung. Sebab nanti kalau bersuara atau bagi pendapat kang, kena reject dari geng pulak. Sadis!

Kalau ikot kan banyak lagi perangai yang ada. Tapi untuk kali ni aku publish yang ni dulu. Kang entry panjang berjela, bosan pulak nak baca. So, which character are u?

Sekadar kartun hiasan.. :)

Tuesday, 8 October 2013

ISO lah sangat!


Complain. Kenapa kita suka complain? Bukan sebab tak bersyukur, tapi sebab hasil tak sepadan dengan effort yang kita bagi. Jadi complain tu salah satu terapi untuk puaskan hati. Contoh situasi? Korang kena paksa dan terpaksa pergi kursus, lepas tu orang yang manage kursus tu cincai kira. Bagi korang duduk tempat yang entah pape selama 3 hari. Nak lebih detail? 

Team Pelaksana ISO (bunyi je gah), kena pergi kursus ISO dekat KL. Dah terpaksa pergi tu, redha je la. Pepagi buta berkumpul dekat office. Muka buat-buat ceria macam nak pergi holiday.

Sebelum bertolak. Tak termasuk group manager. Kitorang ni anak bilis je.
On the way, bergambar update masuk group konon nak jelouskan orang yang tak pergi. Padahal dalam hati menyumpah sepanjang jalan.

Team A. Masuk kereta terus lelaju camwhore. Kak Irin, Kak Farah, Moo dan Dayah.
Team B. Kitorang lagi syok. Ade kumbang nan sekor. Hahaha. Mira, Ujang, Hana dan Makcik Erin Ismail.
Sampai je hotel tengok entrance cantik, ok. Tengok landskap cantik, ok.



 Ambik kunci masuk bilik. What the…… Bilik bau lembap. Almari roboh. Hair dryer terbakar (nasib baik makcik bawak hair dryer sendiri). Bilik air sadis. Shower keluar air nan seciput macam kena catu. Memalam tingkap bilik bergegar macam dalam club. Seriously wadahel is this place? Itu bala pertama.



Bala kedua, nasik keras. Itu main point sebab makcik tengah sakit gusi. Jenuh nak kunyah. Makanan lain pulak, kalau tak habis pagi, bawak ke tengahari, tak habis tengahari bawak ke malam. Bagus betul dorang amalkan konsep membazir itu amalan syaiton. Dekat dewan pulak, bagi air pakai cawan berkeladak. Err, bukan sekarang kebanyakan pakai mineral water ke? Old school betul (sama la dengan orang yang arrange kursus tu. Sigh.

Malam last. Lepas dah complain dan sebab Dato' CEO datang, baru dorang tukar pakai air mineral.
Cukup la kot pasal hotel tu, kang terlebih review, tutup periuk nasik dia pulak. Masih murni rupanya hati aku ni. Ahaks!

Untuk mengelakkan diri dari stress lebih mengenang nasib diri, ini lah yang kitorang buat setiap hari. Berendam dan keluar cari makan sedap-sedap.


Terasa model Mangga sangat. Hahaha
Chilis bersama group anti-sosial!
IKEA. Abaikan muka terencat makcik tu ye.
 Lepas ni kalau suruh pergi kursus kat tempat tu lagi, taknak pergi dah. Azab!!