Setabah Sakinah..
Ya, aku mahu setabah Sakinah..
Siapa Sakinah?
Dia racun, dia penawar;
Dia ibu, dia juga sahabat..
Ibu yang tak pernah kenal erti putus asa;
Ibu yang tak pernah menghampakan anak-anak;
Ibu yang sentiasa ada di sisi..
Ketika dirinya menangis, masih tersenyum di hadapan kami;
Ketika dirinya hancur, masih teguh di hadapan kami..
Alangkah baiknye kalau aku juga sekuat dan setabah itu..
Biar punah, bia perih, senyuman masih terukir..
Aku takkan lupa pesan ibu, derita kita hanya kita yang tahu;
simpan dan telan, biar jadi penawar..
Bila tiba masanya, aku juga mahu setabah Sakinah..:)
No comments:
Post a Comment