Monday, 2 June 2014

Aku Tak Tahu


Kadang-kadang..
Kita selalu happy dengan apa yang kita ada;

Kadang-kadang..
Tak semua yang kita nak kita boleh dapat;

Kadang-kadang..
Apa yang ada kat tangan, tunggu masa nak suap pun boleh terjatuh;

Kadang-kadang..
Kadang-kadang..
dan,
Kadang-kadang..

Sejujurnya, permulaan MEI hari tu tak begitu baik untuk aku. Putaran roda aku betul-betul ada kat bawah.
Dipijak, dihenyak sampai terbenam. Tak mampu nak gapai tangan, tak mampu nak cari nafas. Aku lemas. Aku rimas.

Sampai tahap aku tak percaya pada semua. Penat rasanya nak mengadap Mei yang masih berbaki hari tu. Makin aku minta, makin aku pohon, makin jauh perginya. Ramai yang cakap, itu dugaan. Dia nak gantikan dengan yang baru. Ada jugak yang kata, ujian ni untuk orang yang Dia sayang. Rasa yang ada sekarang - Sakit. Perih. Pedih. Sungguh. Tak tertanggung. Tak tahu masih boleh mintak dan mengharap lagi ke tak. Entah la, kekadang akidah macam nak terpesong pun ada. Tapi syukur jugak la tak sempat tergelincir jauh. Laju-laju mintak ampun balik.

Semalam, aku mengharapkan JUN datang bawak hidup yang lebih positif. Malangnya..... 
Ya malangnya, malang masih berterusan. 
Seriously, aku PUTUS ASA, PUTUS HARAPAN.


Thursday, 3 April 2014

Bila Aku Terkenang.....


*sila abaikan tajuk entry yang sedikit macam harem tuh


Lama betul rasanya aku tak jumpa dia ni. Padahal kalau tak silap baru minggu lepas bertentang mata sambil ngadap teh tarik lepas balik dari Hospital Pantai. Tapi situasi masa tu tak sama macam selalu. Sebab dah lewat malam dan dah masuk waktu tido princess. Jadi otak tak berapa loading nak nyembang banyak. Dalam tak loading tu sempat jugak la aku paw lighter dia. Ekekeke.

Kalau dulu, setiap kali lepas balik kerja confirm mengadap. Dah mengalahkan pasangan kapel pulak kan hari-hari kena jumpa. Bukan apa, rasa macam masa tu dia jela yag ada dan paham semuaya. Plus, dia jela kaki merayau dan melayan aku. 

Mana tak nya, dedua pun gila. Kalau lapar, mau pergi cari makan sampai ke Penang. Kalau panas, mau panjat Cameron Highland cari sejuk.

Gila aku rindu weh nak macam dulu tu.

Rindu nak nanges-nanges bila tak dapat nak elak kura-kura melintas tengah jalan. HAHAHA~

Rindu jugak nak baca update blog gila dia tuh! Tapi sejak dah keluar daerah ni, jarang pulak dia meng-update. Agaknya dah takde idea sebab dah lama tak membodoh dengan aku kot.

Kawan sama tarikh lahir, if u alert this, I MISS YOU





*psssttt, suwit tak gua? hahahaha

Tuesday, 1 April 2014

YBU Fun Ride


 Hollaa.

Kalau cakap pasal program anjuran YBUDR, biasanya mesti sinonim dengan bantuan kemasyarakatan. Tolong orang miskin, turun padang, program amal dan seangkatan dengannya. Tapi kali ni kita buat program lain sket. YBU Fun Ride. Program mengayuh basikal membakar lemak dari Rumah Sukarelawan YBU ke Bercham. Sampai Bercham, ada majlis gotong royong kecil-kecilan (see, still ada bantuan kemasyarakatan).

Apa yang best pasal YBU Fun Ride ni, tak sangka ramai jugak geng-geng verteran join. Kagum aku dengan semangat pakcik makcik ni semua. Kalau team bikers, memang tak heran sangat sebab deme banyak kederat, selalu berkayuh kesana kesini. Setakat ke Bercham tu apa sangat la kan. Tapi bila makcik pakcik yang dah nampak macam tak larat, tapi semagat jugak nak berkayuh naik beskal tua, itu memang buat aku terharu. Rasa macam nak turun kereta pergi amek autograph je. Salute!

Sebab dapat sambutan meriah, maybe next time kitorang buat lagi program macam ni. :)

Pendaftaran peserta mula seawal 7.30 pagi. Masa ni mata aku pun bengkak lagi sebab tak rela kena bangun awal. Jadi, aku takde dalam gambar. Hehe
Ready nak flag off. Yang kat depan pandang bawah tu KP Perak dan jugak merangkap Bos aku. Sebelah dia tu YB Maslin Sham. Deme pun semangat nak berkayuh.
Nampak tak? Ada makcik ada pakcik ada adik-adik, ada semua lah. 

Ini orang penting YBU. Takde Mira takde la gambar best. Hehe
Ini pun orang penting jugak. Takde aku, YBU tak heran pun. Wakaka sadis. Menyibuk nak jadi paparazi jugak. Muka ter-excited + rambut barai kena angin kencang duduk belakang hilux + otot perut sakit tahan keseimbangan badan bila Abang Jep bawak laju.  
Sampai dah kat Bercham. Tengok muka deme, macam tak penat je. Kompius  -___-"

Muka happy tamatkan kayuhan yang tak seberapa penat tuh.
Ini pulak simbolik kedatangan Skuad Sukarelawan datang bersihkan kawasan. Tolong tebang pokok, tanam pokok, cat pagar, cat rumah, sapu sampah dan macam-macam lagi.


Ini geng cik kiah, penat tolong tengok saje + bergosip sepanjang hari. ihik!
Bila orang dah dekat nak balik, pegang la berus cat kejap. Nanti kalau bos tanya, boleh cakap tolong cat tingkap. Siap simpan bukti bergambar. HAHAHA~
Lepas tu, ada makn tengahari dan lepas tu jugak balik. Yeayyy boleh sambung tido. Dasar si pemalas!


Wednesday, 26 March 2014

Jose & Deli


Hai.

Sekali sekala, nak jugak lepak makan minum tempat yang cool yang cosy yang sejuk ada aircond sebab sekarang musim panas yang tenang yang tak ramai orang yang bla..bla..bla..

Masalahnya tak tahu mana nak pergi. Maklum la, duduk Ipoh jer. Bukan ada port sangat. Kalau best camne pun tempat tu, bila pergi empat lima kali, bosan dah la. Otak pun mula la loading je dan benda yang paling meyampah bila keluar, "nak lepak mana?".

Jadi untuk korang yang tak tahu nak lepak mana, hari ni aku suggest korang pergi lepak kat Jose & Deli Eatery. Sebab apa kena pergi sini? sebab dia bestttttttt. Siapa yang dah pernah pergi, maafkan la saya sebab baru nak poyo-poyo update kat belog. Maklum la, baru ketemu tempatnya dong! ihik!

Muka tahan haus nak minum dari Taiping. Hahaha
Si kepala kaki jalan.
Sambil tunggu makan sampai, gigih la amek gamba setiap pelusuk kedai. Bukan apa, nak bagi senang. Bila Google, haa jumpa tempat best nak lepak minum kat Ipoh. Giteww :)



Semua ni dorang jual. Kengkonon untuk souvenir camtu la.
Must buy item. Seriously wangi gila candle ni. Harga dia RM18 seketul kecik, RM20 seketul besar.











Kalau tak tahu kat mana, Google je French Hotel Ipoh. Jose & Deli  ni kat dalam tu, tingkat 2. 

 - Selamat mencari -

^______^


*ini jela gambar yang sempat sebelum phone cap ayam cik kiah padam sebab bateri kong. teheeeee*

Thursday, 20 March 2014

Nurdhia & Farid


Hai. Punya la berhabuk entry ni. Aku dah compose lama, tapi tak tahu la kenapa tak publish. Pengantin pun dah nak dapat baby, entry still pending. APTB!

Ok, habis untuk intro. Meh nak cerita pasal cerita kawen officemate aku yang ala-ala muka Agnes Monica ni, Ayuruddin. Eh silap, tu nama manja kat office. Nama betul dia Nurdhia Idayu. Sorry la Ayu, dah terbocor nama glemer kamu pulak. HAHAHA!

Meh layan gambar dulu.

The Cake Disaster!





Nampak gaya dayang-dayang lagi over dari pengantin kan? Memang ghope itu kalau bebudak YBU, chamwhore memanjang. Kalau nampak camera, memang tak bergerak. Ekekeke. 

Cantek tak prop ngan guest book corner / candy buffet tu? Ini gambar sebelum majlis mula. 








 Okey kat sini aku nak promote sket. Lepas ni sape nak kawen, nak buat candy buffet ataupun guest book conner ataupun nak pakai khidmat photografer, boleh contact aku ngan Mira. Benda ni semua kitorang buat sendiri tau. Maklum la, nak sponser benda lain tak mampu. Ini jela hasil tulang empat kerat kitorang. Cantek tak? Baik korang cakap cantek. Cakap cepat!!!! Bhahahaha~

Ok la, sekian saje. Selamat Pengantin Basi Ayu & Farid. :)

Tuesday, 11 March 2014

Jiran Tetangga


Aku hidup dalam masyarakat berjiran sejak lahir lagi. Yelah, bukan anak orang kaya lahir-lahir duduk dalam rumah besar pagar tinggi. Dari kecik tu jugak macam-macam perangai jiran aku dah jumpa. Ada jiran yang ngan dan memang sebulu habis dengan mak aku (secara automatic aku pun ngan dan jadi bff dengan anak dia). Ada yang rajin masak, petang-petang selalu hantar makanan kat rumah aku (seronok sebab selalu dapat makan free dan sedap dan kadang-kadang benda yang mak kita tak tau nak masak pun). Ada jiran yang rajin datang rumah bersembang dan memeriahkan rumah (suka sebab aku pun boleh curi-curi dengar gosip orang tua, hahaha). Ada jiran yang ada anak kecik comey (last-last anak dia terus jadi anak mak aku jugak siang malam pagi petang menempek kat rumah contohnya macam Syafiq Jr.)

Macam-macam lagi la benda best yang aku dapat dalam hidup berjiran selama 2* tahun nih. TAPI. Ya, ada tapinya. Aku rasa masyarakat berjiran sekarang dah tak sama kot macam dulu. Kalau dulu tu aku rasa macam lebih harmoni. Sekarang ni macam-macam hal pulak bila hidup berjiran. Banyak yang menyusahkan dari menyenangkan. Ni yang buat aku rasa nak ajak abah pindah buat rumah atas bukit dalam hutan kawan ngan munyet. Takde menakitkan hati. Sebab apa aku sakit hati??


1. Jiran Tetangga terlebih peka

"Peka" dalam cerita ni lebih kepada terlalu menyibuk nak amek tahu pasal life orang. Sentiasa pasang mata telinga keliling kehidupan orang lain. Kekadang tu, benda yang tak perlu dan tak penting dalam life dia pun nak amek tau. Contoh macam ade sorang jiran aku, anak perempuan dia baru habis SPM, pergi la kerja dekat Pizza Hut. nak tau apa jiran lain cakap? " Apala si polan tu biar je anak dara dia kerja balik malam-malam. Ingat elok ke bagi anak dara bla..bla..bla...." Kepala hotak kau, budak tu pergi kerja je kot. Kalau dia tak kerja, kau nak bagi duit poket bulan-bulan kat dia ke?

2. Kaki Gosip

Ini lagi satu aku tak berkenan. Memang sifat makcik-makcik suka menyembang suka potpet. Aku paham. Tapi, tolong la hentikan bersembang bergosip pasal life orang lain. Macam c*lakak kan petang-petang duduk bawah pokok sambail menyicah mempelam bercerita pasal orang tu, pasal orang ni. Padahal benda tu tak sahih pun. Dari benda sebesar zarah, tak pasal-pasal heboh setaman. Kalau betul takpe. Ini bila pergi tanya balik, mula la bagi jawapan cliche. " Eh makcik joyah bagitau kat makcik". Bila jumpa makcik Joyah, " makcik dengar dari si polan-polan, dia la mula cerita dulu". Haa nampak. Bila kena serang gelabah nak tuduh orang tu orang ni. Dem u makcik kaki gosip.

3. Mulut Laser

Memang orang cakap pisau tu tajam, tapi mulut laser makcik-makcik lagi tajam. Contohnya suka bebeno nanye soalan bodoh. Kang kata bodoh, marah. " Bila nak kawen, umur bukan muda lagi, dah 2* dahhh, patut ada anak dah ni, kawan-kawan yang kawen dulu bla..bla..bla.." Haih makcik, nak kata aku alim tu idak la, tapi bukan ke kita semua pun tahu jodoh pertemuan ajal maut semua kat tangan Tuhan. Kalau aku tanya balik " Uihh makcik, dah tua dah ye, kedut pun dah banyak, agak-agak bila nak masuk kubur?", agak-agak dia boleh jawab tak? Huh!

4. Talam dan Lalang

Datang rumah kita denga muka berseri-seri + muka kesian + muka sardin semua ada. Pastu mula nak bukak cerita tak puas hati dengan si polan. Dengan harapan kita pun join la dia kengkonon tak suka si polan tu jugak. Pastu esok lusa pergi rumah si polan tu bagitau pasal kita pulak. Dasyat hidup kau makcik, dengan semua orang pun kau tak suka kan. Kau ingat semua orang suka kau? Baik kau angkat baju kain semua pergi duduk dalam gua dari huru harakan hidup semua orang.


Kesimpulanya aku tak suka jiran yang over. Hello, kau tu jiran je kot, tak payah nak sebok lebih. Tak payah nak lebih sudu dari kuah ye. Tapi aku tak nafikan jugak kadang-kadang jiran tu banyak membantu, meringankan beban, contohnya tolong bagi makan kucing bila kau nak balik kampung dan tolong jaga anak kejap bila kau nak keluar beli tepung. Maap ler entry panjang lebar, dah nama pun pompuan. Kalau membebel kompem 2, 3 ekar tanah pun tak habis lagi. ihik! Terima kasih sudi baca. :)

Syafiq Jr.


Friday, 14 February 2014

Last Weekend


Jujurnya, aku manusia yang tak boleh duduk diam. Sebabnya on weekdays life aku boleh dikatakan agak hectic, bila weekends tetiba kena duduk diam-diam, cannot go. Mula la otak aku loading je nak buat apa, nak pergi mana, nak ajak siapa keluar. Kalau dah terdesak sangat, dapat keluar window shopping sensorang pun jadi la. Sadis! HAHAHA ~

Nasib baik la aku ada kawan yang boleh melayan aku jenjalan. Sama ada diorang terpaksa ataupun dorang kaki merayau jugak, aku tak tau. Yang pasti, sue sama macam aku. Memang kepala segala kaki. Kalau tak aku yang ajak dia, mesti dia yang ajak aku. Sebab tu la pokai, asyik merayau je. Hehehe. Kali ni bawak dua orang tetamu jemputan, wanie dan sham.

Sebab ini unplanned punya projek, jenjalan dekat-dekat je. Pergi Taman Paya Bakau dekat Manjung atau dalam nama kampungnya, taman munyet. Takot oo sebab munyet dia rakus gila. Kalau nampak bawak makanan ataupun sekadar botol air mineral, kompem kena kejor. Kecut perut makcik. Ade sekor tu, siap nak bergusti dengan sham lagi. Serem banget deh! Lepas tu macam biasa, pergi port favourite. Pantai - Teluk Batik. Itu je yang paling dekat pun. Takleh nak demand. Kome layankan je lah gambar-gambar kat bawah ni. Dah memang suka plesing, apa nak buat. Hehehe.









Naik bot. Murah je. RM 5 sekali pusing.

Sebab goyang-goyang atas bot, gamba pun blur dan sebab buas sangat kehulu kehilir atas bot nak bergambar, 10 minit kemudian aku dah loya-loya. APTB!
Biasa kat pantai orang amek gambar melompat. Kitorang tukar sket. Menari zapin. Hahaha
Dia pun taknak kalah. Moonwalk gitew. Wakaka
Last sekali, pergi dinner tepi laut sebelah dengan Jeti Marina Island. Sejuk mata memandang + sejuk satu badan sebab angin kencang.