Monday, 24 June 2013

Innorace - Jejak Warisan Ipoh 2013


Hye. Hari ni datang office dengan muka sikit hitam dan badan sikit kurus. Nak tau kenapa? Sebab Sabtu lepas dah berjaya membakar beratus-ribu kalori dengan join Innorace Jejak Warisan Ipoh. Kalau ikotkan, ini explorace kedua aku lepas Eksplorasi Warisan Menara KL dulu. Dah lama tak asah otak. Dah berkarat pun. Cuma kali ni dah tak group dengan cik kiah GW. Sebabnya kena masuk ikot company. Sedih tau. Kena berkumpul depan Railway Station pukul 7 pagi. Awai gila habaq hang.

Ini team baru aku. Ayu si kuat gelak, Wanie si bijak pandai dan Cain si ketua kumpulan yang sentiasa positive dan confident. Nama team? YBU Avengers. Hahaha sila jangan gelak hokey!

Ini pulak ex-team masa Explorasi Warisan Menara KL. Kak Sue (yang baru berjinak-jinak), Kak Syila, Wanie dan Kak Awien.

Sebelum mula, senamrobik dulu. Kasi regang urat, kang kejang tetiba lak. Tapi aku tak buat pun, gelak-gelak tengok orang je lebih.

95 team. Cuba la cari kitorang. Clue dia senang je, cari yang suka gelak.

Task pertama, rekacipta produk innovative. Hmm hampeh la jadinya bila tak buat homework. Orang dapat barang terus mula, kitorang termenung dulu. Padan muka, malas lagi!

Lepas tu melilau pusing Ipoh jawab soalan. Ada 4 check point dan berapa puluh soalan mencabar minda ntah. Gambo takde sebab malas nak bukak camera, focus konon. Memula tu okey, semangat lagi. Bila dah masuk tengahari, panas, lunyai la sensorang. Otak pun makin tepu jawab soalan. Last-last hantam sajo lah labu.

Akhirnya berjaya menamatkan cabaran. Yeay! Lepas tu kena gerak ke Bangunan MBI untuk penyampaian hadiah. Tak sabar nak dengar jawapan. Bajet menang nih.

Bila sesi mendengar jawapan mula, terkedu jap. Sebab banyak jawapan salah. Hahahaha. Terasa macam zaman belajar, pergi exam tak baca buku. Baru sedar sesorang rupanya lurus bendul. Baca soalan straight forward sangat. Bila pusing sikit dah blur. Dem u.

  Last-last YBU Avengers, ber nombor 053 yang konon power sangat dengan dapat ini je. Itu pun sebab cabutan bertuah. Kalau tak, haram. Dan mereka……

Dapat tempat ke-2. Ohh how could them. Sampai hati tak berkongsi jawapan dengan kitorang. Kalau tak boleh share dapat nombor 2 sesama. Nak menang, nak hadiah, tak dapat. Tumpang bergambo je la. Mengubat duka lara di hati (okey dah, geli dengan ayat sendiri).

**cakap dalam hati : balik rumah kang siap sensorang, aku nak paw hamper tu serta paksa mereka open table sekali. Hahaha aku memang muka tak malu!**


Lepas tu kitorang pun balik dengan hati hancur remok sebab tak menang. Tapi tak putus asa, tahun depan kita repeat. Daa! J

Sunday, 2 June 2013

Perangai Pelik Ep. 1


Hai. Selamat malam. Aku baru siap mandi. Badan segar tapi mata still mengantuk. Maklumla, penat berjalan di hari minggu. Sambil tunggu rambut kering ni, aku pun rajinkan la tangan selak blog dan mengarang apa yang patut untuk tatapan korang. Kang nekad tido dengan rambut basah, udah esok pagi pergi kerja ngan gaya serabai rambut ketak-ketak hasil dandanan kreatif bantal busuk aku tuh.

Memandangkan kebelakangan nih hidup aku selalu diselubungi (haa nampak misteri kan bila guna perkataan diselubungi ni) perangai pelik manusia yang sering buat aku gelak sampai berair mata dah kekadang tahap terkencing sket dalam seluar (kekadang jugak aku rasa nak bertukar jadi hulk sebab benda-benda ni), aku share la korang supaya korang boleh tumpang gelak dan tumpang jadi hulk sekali.

Perkara pelik 10 terbaik minggu ini (dengan nada hagemaru dalam slot bersama atuk tornorida). Kalau tak tau korang rajin-rajin la bukak channel 116 (astro ceria). Aku kalau bab katun ni memang selalu terkesan dan terlekat di hati. Tengok, bukak bab katun je aku jadi melalut panjang nak explen. Okey, sekarang aku focus.

#1 - Mulut

Sambil menonton siaran telenovela kegemaran beliau, Hasnida mencapai telefon bimbit lalu menghubungi anak sulung beliau yang berada jauh di utara tanahair untuk melepaskan rasa rindu yang tak terbendung di hati.

Hasnida : Hai kakak, hang dok buat apa tu? Mummy rindu kat kakak!
Anak     : Dok makan cekodok mak tok buat nih. Rindu mummy jugak.
Hasnida : Kakak pi sekolah blajaq apa harini? Ada kerja sekolah dak? Daddy hang dok buat apa?
Anak     : .................................................
Hasnida : Hang malaih nak layan mummy na sekarang, mummy tepon nak cakap, hang diam ja!!
Anak     : Mummy, kan kakak dah cakap tadi tengah makan cekodok. Mulut ada satu ja. Mana nak makan,               .                     nak cakap ngan mummy. Cikgu dekat sekolah pesan time makan takleh cakap!
Hasnida : @@#$%^&*()!!


#2 - Cheese

Salina mempunyai seorang kawan. Kawan beliau selalu mengeluarkan stetment pelik tapi kadang-kadang tipu. Sebagai contoh, kawan beliau selalu berkata bahawa dia tidak boleh makan cheese. Kalau makan pasti termuntah kembali kerana sistem penghadaman beliau memang sangat anti dengan benda yang bernama cheese. Tetapi........

Salina  : Wei makan la kek ni.
Noriah : Taknak ah, ade cheese. Aku takleh makan cheese.
Salina  : Alaa rasa la sikit. Sesuap je.
Noriah : Takleh makan cheese la. Nanti makan, kalau muntah, kau nak tanggung?!
Salina  : Garangnye. Ok fine, kau takleh makan cheese (dengan muka murung sebab kena marah).

(Suatu petang di pizza hut)

Salina  : Haa cepat wei order nak pizza mana.
Noriah : Kita amek pizza baru ni la (order Double Sensation siap dengan extra cheese).
Salina  : Eh bukan kau takleh makan cheese ke? Nanti muntah!
Noriah : Cheese kat pizza aku boleh makan.
Salina  : Aik? ("apa beza cheese kat pizza ngan cheese kat kek hari tu?" kata Salina di dalam hati.)


inspirasi perangai pelik sepuluh terbaik minggu ini..!!!

Monday, 20 May 2013

Kawan Sama Tarikh Lahir + Karangan Sekolah Rendah


Panjang kan tajuk entry aku kali ni. Sekali sekala tukar selera nak buat gempak bagi tajuk panjang-panjang. Korang layankan jela bebelan bodoh aku time bosan nih. Kalau nak cakap pasal motif, memang takde. Level nak buang masa je nih.

Korang ada kawan sama tarikh lahir? Aku ada. Baru jumpa. Dah lama sebenarnya aku berangan nak ada kawan sama tarikh lahir, tapi sebelum ni susah nak jumpa. Yang jumpa selalu awal sehari lewat sehari je. Bila aku umur 25 tahun baru aku berpeluang jumpa kawan sama tarikh lahir. Seronok beb. Banyak benda yang otak aku ngan beliau akan link sekali. Kadang-kadang dengan jelingan je dah boleh paham maksud tersirat. Kalau buat lawak jangan cakap la, bersahut-sahut macam katak panggil hujan musim banjir. Boleh bawak gelak sampai terkencing dalam seluar jugak la kadang-kadang. Memang tahap bodoh gila aku rasa.

Kebetulan tadi aku lepak ngan kawan sama tarikh lahir aku. Topic sembang takyah cakap la, stok tiga hari bercakap tak henti pun tak habes lagi. Tadi terselit la cerita pengalaman accident sebab malam semalam  beliau baru bantai divider jalan dengan alasan mengelak kura-kura melintas. Bodoh kan beliau. Aku ingat beliau nak sedih sambil nanges pekup muka kat bantal sebab kereta beliau masuk bengkel. Rupanya silap. Beliau masih boleh gelak sambil melawak bodoh. Aku pulak yang nak tolong feel-kan sedih untuk kereta beliau. Cis! Boleh lak kata kalau zaman sekolah rendah best ni, boleh buat karangan panjang pasal pengalaman.

Yela time sekolah rendah kan ada kena buat sambung karangan tu. Ala korang tak kan tak ingat kot.  

“ Pada hari minggu lepas, saya dan keluarga saya pergi bercuti ke Cameron Highland. Kami bertolak dari rumah pada jam 10 pagi. Pada awal perjalanan kami berasa sangat seronok, tiba-tiba……. (sila sambung karangan ini tidak lebih dari 300 patah perkataan.)”

Pastu ada sejenis lagi yang kena sambung perkataan jadi karangan.

“ Cuti sekolah – pergi bercuti – Cameron Highland – seronok – elak kura-kura – eksiden – kereta pusing – fobia.”

Haa dah ingat? Tapi jenis kedua ni selalu jumpa kat kertas soalan Bahasa Inggeris. Benci aku sebab masa tu dungu gila dalam English (sekarang pun masih tak berapa nak celik English, huhuhu). Setiap  "-" aku selalu letak and, in, on, after that dan kata sambungan yang seangkatan denganya. Bongok kan. Benda senang pun tak tau. Kalau sekarang bagi aku soalan camni memang aku goreng habes.

Kesimpulannya aku seronok sebab ada kawan sama tarikh lahir yang gila dan character sama ngan aku. Dan kesimpulannya jugak, kalau boleh masuk sekolah rendah balik, kompem aku cemerlang. Sekian, aku sayang kau sahabat! ...tapi tolong jangan smoking banyak sangat kalau melepak. Rambut aku bau asap dan aku malas nak syampu! Harap anda baca. The End.

gambaran wajah kura-kura yang kawan sama tarikh lahir aku cuba nak elak semalam.


Tuesday, 14 May 2013

All Terrain Vehicle


Huit korang semua. Hari ni aku nak cerita project extreme aku last weekend. Excited tak? (Okey tak payah beriya sangat lah erin oii nak tanya orang excitred ke tak, macam ramai follower). Ceritanya camni, memula plan nak naek Gunung Berincang dekat Cameron Highland, tapi sebab ada la sorang tu kan dia ada masalah bangun pagi, makanya tukar plan. Pergi maen ATV dekat Taiping.

Plan asal, nak gerak dari Ipoh jam 10. Tapi kan ada la sorang tu dia janji melayu, jam 10.45 baru gerak. Haa delay bukan seminit dua tu. Haih. Sebelum mula, meh kenal ngan team baru aku.

Wanie, Feros, Sham,. Masa ni tengah tunggu orang susah bangun pagi dan orang janji melayu sampai. Jadi sambil tunggu layan perut sekali la.
Perjalanan dari Ipoh amek masa lebih kurang sejam. Jadi dalam kereta semua excited pot pet kecuali orang susah bangun pagi tuh. Dia bantai tido. Okey, biarkan dia tido dan amek tenaga untuk game japgi. Sampai je dekat ATV Adventure Park Larut tu, nampak la ATV tu tengah beratur tunggu kitorang. Yang terlintas kat hati, tak sabar. Walaupun sebenarnya neves. Lepas lepak menyembang ngan tokey kedai jap, kitorang pun pergi pilih helmet dan ATV masing-masing. Sambil dok posing amek gambar upload instagram, dorang briefing cara nak guna ATV ni (dunia teknologi memaksa kitorang untuk tak berenggang dengan henfon). Kitorang gak kena test lalu track biasa dulu untuk bagi paham cara nak guna dan bagi confident untuk masuk hutan japgi.


Memula bawak macam haram rasanya, nak laju tak berani, tak confident nak langgar akar pokok, nak terjun lubang dan segala mak nenek. Maklum la, kitorang semua amatur, baru first time (kecuali orang yang suka tido tu). Apa yang penting pasal ATV ni sebenarnya bukan nak kira siapa terer, siapa boleh bawak laju. Tapi nak tengok tahap confident pada diri sendiri, tahap berani lawan perasaan takot dan jugak team work. *ala cakap macam pakar motivasi pulak. Boo erin boo* Tapi bab team work tu betul. Tak percaya? Tengok nih.

Tolong bila tersangkut - Wanie
Tolong bila takleh naek atau turun bukit - Sham
Ini sifu. Jadi tak perlukan pertolongan - Caon
Bawak dengan kelajuan selamat sepanjang masa. Mengantuk tunggu dia ni - Feros
Pose je lebih. Ohh itu perkara biasa untuk aku. Hehehe
Disebabkan tahap confident tak berapa okey, track yang sepatutnya setengah jam, kitorang tibai sejam setengah. Hahahaha terer kan kitorang. Itu pun naseb baek aku tak arwah atau patah riuk masa ATV aku willy dekat atas bukit. Kalau tak, takleh dah update blog untuk korang semua.

Sebab dah lama sangat bertungkus-lumus, sampai je kat sungai terus terjun tanpa pikir panjang. Segar balik lepas dah berpeluh ketiak dalam hutan tadi.

Haa tu dia orang yang bising bila kitorang cakap nak bawak bekal. Dia mengadap bekal dulu. Pssttt, tula orang yang susah bangun pagi, kuat tido dan janji melayu tu. Sekarang dah tambah lagi satu, kuat makan!




Badan dah segar, perut dah kenyang, tenaga dah charge, jadi marilah pulang. Kali ni semua dah terer. Perjalanan balik amek masa setengah jam je. Hoyehhh, semua dah boleh bawak laju wa cakap lu. Terasa hebat jap. Hahahaha.






Ini la dia orang misteri pada hari kejadian. Yang susah bangun pagi, yang kuat tido, yang janji melayu, yang kuat makan. Haa tengok, sambil tunggu semua siap mandi dan bersiap nak balik pun boleh tido lagi. Masa otw balik malam tu pun dia tido jugak dalam kereta. Haih. Dia jugak bos aku. Hai bos gebu, happy reading!

Kalau korang teringin nak try, boleh la contact tokey kedai ATV ni (012-5012070). Tak pun jenguk la FB dorang (Ulu Tupai Waterfall Camphouse). TQ in advance.:)

Monday, 6 May 2013

PRU 13


Selamat Pagi. Selesai dah semua. Keputusan pun dah dapat. Ada yang happy tepuk tangan, ada yang monyok tunduk muka (tapi hari ni aku monyok sebab MB Perak tak isytiharkan cuti, uhukhuk). Takpe la, nama pun bertanding. Adat la kan menang ke kalah. Yang dah menang, dah dapat mandat tu, buat la leklok, jangan la sampai rakyat hilang percaya pulak. 5 tahun tu bukan kejap. Buktikan pilihan kami semua tak silap. Hidup BN! Eh? Over pulak, hahaha. Apapun aku teruja gila nak mengundi semalam sebab ni first time galas tanggungjawab besar tentukan masa depan negara. Cewah gedik bebeno gayanya.

Dah setel semua ni rasa lega sikit. Kalau tak, bukak facebook, selak surat khabar, on TV, semua nak cerita pasal pilihanraya. Berkempen. Manifesto dan seangkatan dengannya. Kadang-kadang naek fedup. Aku bukak TV nak tengok cerita kot. Haih. Akhirnya, semua dah setel. Lega. Lepas ni boleh hidup macam orang normal balik. Yeayyy!

Apa yang aku suka pasal pilihanraya, perang bendera. Meriah tengah pekan jap. Seronok weh, kalau jalan tengahari buta pun takpe sebab dah jadi redup. Pastu jumpa la roket, meriam, kereta kebal tepi jalan. Hebat sungguh rasanya. Kerjasama, tolong-menolong pun up selevel bila sampai musim pilihanraya ni. 

Tapi yang tak best bila ada gadoh sana sini. Dekat kampung aku sehari sebelum pilihanraya bergaduh jugak bila orang PKR yang dok angkat banner tepi jalan bertembung dengan puak konvoi bermotor BN. Ala senang cerita lebih kurang kes flashmob kat Ipoh tu la. Semua nak ikot hati. Yang baran tu baran lah, yang alim bertudung labuh bagai tu patut ke nak menyumpah seranah memaki hamun? Tepuk dada tanya selera. Benda dah lepas buat pengajaran.

redup..
tu dia helikopter..(abaikan pokok yang menghalang tu, aku malas nak cari angle menarik)
so sweet..PAS maen love love gitu..
semua korang nak free..kencing pun kena bayar 30sen kot..
yang ni hampeh..2, 3 kali lampu hijau aku takleh jalan lagi..grr!
sempat la aku melayan makan free kat sini..terima kaseh daun keladi..
dan semalam adalah hari jari dan tangan se-Malaysia dengan hashtag #PRU13 atau #GE13 dekat instagram..aku pun taknak ketinggalan..gigih paksa orang laen join..hehehe
DUN
PARLIMEN

Selamat maju jaya dan selamat mentadbir pada yang menang. Pada yang kalah cuba lagi 5 tahun akan datang. Kalau nak tengok sendiri keputusan yang lebih detail, sila klik sini.


Thursday, 2 May 2013

Udang!


Hai. Seronok bercuti semalam? Apa pengisian cuti Hari Buruh korang semua? Confirm ramai yang tidur sampai tengahari kan? Haih korang ni, asal cuti je tidur, asal cuti je tidur. Cuba la buat aktiviti mencabar sikit. Baru la bermakna sikit hari cuti tuh! (mentang-mentang la tak tidur lebih semalam kan, hehe). Nak tau aku pergi mana semalam? Haaa, aku pergi sini…





Tak payah teka pun dah tau kan. Sebab hint tu dah terang lagi bersuluh. Jadinya, pengisian hari cuti aku ngan bebudak ni adalah memancing udang. Kalau nak ikutkan aku bukan la spesies yang minat memancing pun. Tapi sebab nak mengelakkan terperuk kat rumah sambil dapat release tension (konon macam tension sangat), ini lah hasilnya. Tempat mancing udang ni kat Gopeng. Sejam RM10, sewa joran lak RM5 satu.


Mangsa pertama. Nampak macam besar kan? Sebenarnya saiz dia lebih kurang besar kelingking aku je. Jadi lepas balik sebab nak makan pun tak sampai hati kecik-kecik camni. Lepas tu, inilah hasil pertama yang betul-betul memberangangkan. Tadaaaaaaa.

abaikan muka terlebih happy tu ye..


Haa nak tau kenapa gambar aku dengan kak awien je? Sebab nak buktikan kitorang dah berjaya pecahkan rekod telur ayam masa pergi candat sotong dulu. Hehehe






Sambil mancing ni boleh la kitorang layan alam sekitar yang nyaman dan dingin ni. View boleh tahan la sebab tepi hutan, tepi gua. Sejuk mata memandang.


Hasil 2 jam. Jadi la dari takde langsung kan. Kalau ikotkan masa ni masing-masing tak puas lagi, tapi sebab dah tak mampu nak membayarnya, kitorang beransur pulang la. Baru tau seronok rupanya mancing ni (tu pun kalau dapat hasil la). Lepas ni dorang ajak mancing kat sungai lak. Boleh la try. Nanti aku update untuk korang semua ye. Bye. 

Sunday, 28 April 2013

Lost World Hot Spring


Kebaikan mandi manda kat kolam air panas :

  • Boleh menghilangkan stress
  • Membuatkan tubuh lebih bersih
  • Melancarkan peredaran darah dalam tubuh
  • Membuka pori-pori dan membuka liang atau ruang pada kulit
  • Boleh menurukan 13% kadar gula dalam darah (penyelidikan oleh New Zealand Medicine)
  • Memperbaiki kesihatan jantung (penyelidikan oleh Jepun)
  • Mampu mengatasi ruam atau jangkitan kulit
  • Mampu mengeluarkan racun atau toksin
  • Menyembuhkan sakit otot dan menjaga usus besar
  • Membantu dalam penyembuhan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kaki
  • Menghilangkan lenguh-lenguh badan
  • Tidur lebih nyenyak

Disebabkan nak mengkaji fakta-fakta disebalik kebaikan mandi air panas tu, semalam kitorang pun berakit-rakit la pergi kat Lost World Hot Spring..selalu pergi berjimba kat lost world ni time siang je..kali ni tuka strategi, layan air panas malam-malam..

Asalnya plan nak ke Ulu legong kat Baling, Kedah..tapi bila pikir balik macam jaoh sangat pulak..jadi layan dekat-dekat punya je lah..yang bestnya kat sini ada kolam air panas dengan suhu yang berbeza..kiranya memula tu boleh la warming up masuk kolam yang suam-suam kuku dulu..pastu ada gak refleksologi kat dalam air (jalan atas batu dengan air panas boleh membantu melancarkan peredaran darah dan baik untuk kesihatan) dan yang paling best masuk sauna cave..tapi yang ni serious buat aku sesak nafas..panas gila weh, terus batalkan hajat nak bertapa dalam tu lama-lama..









mandi tu mandi, tapi henpon tak tinggal..
ingatkan aku sorang je yang takleh berpisah dengan teknologi..hehehe


haa ni la dia..kat pintu gua tu ada tulis takleh duduk dalam ni lebih dari 5 minit..memula konon nak pertikaikan apsal kejap sangat, tak sempat la nak feel..sekali masuk, meloncat-loncat nak keluar..ni kira yang paling panas la..masterji je bleh layan duduk dalam ni lama-lama..
sebelum balik sempat la melayan san yang konon artistic sangat tu..

Kalau teruja sila lah datang sini sendiri ye nanti..tiket masuk RM15/person..tapi kena datang awal sikit, sebab hot spring ni bukak sampai pukul 10 je..